Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjelang rayuan Anwar Ibrahim atas hukuman penjara lima tahun pada 28 – 29/10/2014 berbagai siri program meraih sokongan rakyat telah dianjurkan oleh Anwar Ibrahim diseluruh pelosok negara. Kemuncak kepada provokasi rakyat berdasarkan laporan portal berita Asamboi.my adalah acara meruntuhkan pintu pagar Universiti Malaya untuk sessi pidato Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim memilih Universiti Malaya sebagai puncak provokasi kerana disinilah segalanya bermula.
Ramai sahabat-sahabat yang bertanya kenapa aku begitu marah kepada Anwar Ibrahim. Sebenarnya aku tidak marah tetapi kesian dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang sudah lari daripada landasannya. Kesian kerana aku ada pengalaman sendiri berada dalam pasukan yang merawat kes Arsenik dan berkawan dengan pembantu-pembantu rahsia Anwar. Sejak 1998 Anwar Ibrahim telah mengubah lanskap politik Malaysia tidak disangkal ada kebaikannya tetapi banyak juga buruknya. Perkataan kerajaan ZALIM bermain dibibir untuk mempengaruhi anak muda berjiwa panas tanpa mereka sedar bahawa ZALIM juga menjadi permainan politik Anwar.
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 1)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 2)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 3)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 4)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 5)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 6)
LAPORAN LANSUNG RAYUAN KES LIWAT II ANWAR IBRAHIM (HARI 7)
ALLAH telah membuka pintu hati ramai pemimpin yang dahulunya bersama Anwar tetapi kini berduyun-duyun meninggalkan beliau. Mereka tidak meninggalkan Anwar tanpa sebab lihat sahaja polimik politik Selangor bagaimana Anwar bermain politik kotor. Semua melihat seakan-akan Anwar ingin melantik Wan Azizah menjadi MB tetapi sebenarnya strategi liciknya adalah melantik orang kanannya Azmin sebagai MB Selangor. Wan Azizah dan Azmin Ali bukan dari khemah yang sama tetapi Anwar tahu cadangan melantik Wan Azizah pasti akan ditolak oleh Sultan. Politik Anwar memang licik atas laungan perjuangan demokrasi dan menolak kezaliman. Anwar akan memancong lumat pemimpin yang tidak menyokong perjuangan peribadi beliau seperti Khalid Ibrahim walau sebagus mana mereka.
Dahulu memang ramai rakyat yang takut untuk menentang Anwar kerana akan dikutuk habis-habisan disosial media oleh penyokong fanatik Pakatan tetapi tidak sekarang. Rakyat sudah terbuka mengkritik politik Anwar yang tidak memberi manafaat kepada negara tetapi hanya kepentingan peribadi. Perjuangan Anwar Ibrahim bukan berlandaskan Islam telah menghasilkan Alvin Tan, Ali Abdul Jalil dan ramai lagi pemimpin muda yang kurang ajar sebagaimana kurang ajarnya Anwar Ibrahim sejak dari zaman Universiti dahulu. Mereka meniru gaya politik Hisyamuddin Rais yang lari keluar negara setelah membuat onar di negara sendiri.
Anwar Ibrahim memang kelihatan dizalimi tetapi bagi yang membuka pintu hatinya luas-luas pasti akan melihat sebenarnya Anwar Ibrahim menzalimi diri sendiri dengan menyeret keluarga dan menggunakan penyokong tegar yang tidak tahu hujung pangkal. Jumlah penyokong yang datang setiap kali program Anwar sudah jauh berkurang berbanding dulu-dulu. Sejarah akan membuktikan Anwar Ibrahim bukan watak perjuang sebenar terlalu jauh untuk jadi seperti Nelson Mandela.
Kalau 10 tahun dulu tidak ramai yang berani mengkritik perjuangan Anwar tapi sekarang tidak lagi …
Sean Tallien D’proefficio : Era dia dah tamat dah nak kacau mahasiswa plak. First time dalam sejarah negara institusi menara gading dirempuh perhimpunan politik haram.
Anit Aneck : Demokrasi tidak menandakan anda perlu buat ikut suka hati…adakah anda suka keadaan yang huru hara berlaku di malaysia.
Imran Hj Ngah : Dulu satu keluarga ni dihormati orang lain sekarang jadi sampah masyarakat.
Nur Faizuddin : pemimpin yg baik tidak akan memalukan negaranya sendiri di luar negara.. anuar ? kutuk Malaysia dkt media luar.
Kucha Lana : bagi aku anwarisma perlu dibuang dari Pakatan jika ingin lihat pakatan pergi lebih jauh…beberapa kejadian yang lepas telah buat inspirasi rakyat kabur
Semuga ALLAH terus beri hidayah pada kita semua termasuk Anwar Ibrahim untuk menjadi hambanya yang taat akan perintahnya supaya kita berjaya di dunia dan akhirat.
Nota : Gambar ehsan dari blog Minaq Jinggo
280 Comments
anwar tak akan berdiam diri selagi beliau tidak memenagi piliha raya. mana2 ahli politik akan buat benda yang sama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
salam ikhlas dan satu dunia…..semoga sukses selalu….gimana kabarnya Anwar Ibrahim
sihat seperti biasa. dan usia semakin bertambah dan masih belum berjaya jadi PM
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
yang menyokong anwar ni bersebab. yang sokong najib juga bersebab. kita hormat saja lah
hisyamudin rais.. saya suka baca hasil tulisan beliau. ayat kelakar dan pedas
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Bila la nak tamat budaya jatuh menjatuhkan sesama Melayu nih.. teringin juga nak tengok bangsa Melayu bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain ..
Semua tertunggu-tunggu keputusan mahkamah. Bila agaknya nak diumumkan ya? Minggu depan kah? Sama-sama kita tunggu
Curahan rasa ainun @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh.. nak tahu juga apa pengakhirannya kisah yang dah bertahun2 nih.. rasanya pasti ada juga pihak yang tak puas hati lagi nanti..
saya jangkakan kes ni akan berlarutan dan tak ada penghujungnya. complicated sebab banyak campur tangan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blog Bakal Dikenakan GST?
penyokong anwar memang betul betul fanatik dnegan beliau. sanggup berjuang habis habisan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul atau tidak biar lah mahkamah yang tentukan.. kalau benar bersalah pasti akan menerima hukuman setimpal.. kalau tak dunia, akan terima di akhirat sana..
mungkin anwar tak akan berhenti selagi dia tak jadi PM. kesian jugak sebenarnya
Dah memang menjadi cita2 dia dari dulu nak kan jawatan PM tuh.. kalau lah jawatan tuh ada lebih dari satu, pasti yang lain tuh pun akan turut berebut..huhu
tapi bila pikir pikir balik, sampai bila BN nak jadi memerintah? nak juga rasa perubahan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Anwar Ibrahim memangnya tak sama macam Nelson Mandela…malas dah nak amik tahu pasal anwar ibrahim…huhuhu
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Blogger Buat Duit Online
hihihi… memang dia tak sama. Kalau saya baca tajuk, replynya akan jadi gini, Ya! Dia kan melayu..mana nak sama..hehe.. gurau je
Curahan rasa ainun @ ..Blogger Buat Duit Online
Perjuangan hak individu mana boleh nak disamakan dengan perjuangan bangsa..jauh sangat bezanya tuh..
Perjuangan Nelson Mandela lebih kepada perjuangan bangsa yang telah didiskriminasi..perjuangan saudara Anwar lebih nampak macam perjuangan hak individu..
Ternyata benar adagium tend to corrupt. Semoga ada lagi Mandela-Mandela Baru, Gus Dur Baru, Bunda Theresa baru, Ghani baru, dan tokoh-tokoh kemanusiaan lainnya yang menolak berselingkuh dngan kekuasaan.
Curahan rasa gusdurian @ ..Road Map Perjuangan Gus Dur
ya… saya pasti ada lagi. Setiap zaman, pasti ada pembela kemanusiaan. Tapi bukan mudah untuk menjadi seorang pembela. Ilmu di dada, semangat yang kental harus ada
Curahan rasa ainun @ ..Blogger Buat Duit Online
Yang menyokong pun perlu lihat apa yang diperjuangkan..jangan hanya menyokong membuti tuli sehingga dipergunakan pun kita tak sedar..perlu lebih berhati2..
Tapi kena tengok juga apa yang diperjuangkan.. so nanti takder la kita hanya menyokong membuta tuli jer..
Kebebasan memilih pemimpin terletak di tangan rakyat.Masing-masing bebas membuat pilihan samada ingin berjuang atau “terbuang”.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
berjuang pun ada cara-cara dia..bukan dengan keganasan dan huru hara
Curahan rasa JMR23 @ ..Ikan sardin sedap di La Forketta, Dempsey Hill Singapore
Sebagai pemimpin perlu menjadi contoh yang baik kepada pengikut2nya..bukan dengan menghasut dan menghuru-harakan suasana kerana ramai yang tak bersalah turut menjadi mangsa keadaan juga nanti..
rakyat memang bebas memilih. nmpknya kita kena la tunggu PRU 14 kalau nak tgk orang lain ambil alih
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Masalahnya bila nak dekat pilihanraya semua nampak macam bagus2 jer..lepas pilihanraya semua tunjuk belang sebenar..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh..nilaikan sendiri dan jangan hanya terikut-ikut dan menyokong membuta tuli..kelak kita juga yang rugi bila menyokong pemimpin yang salah..
bangsa yang besar adalah bangsa yang bisa menghargai jasa para pahlawan nya
Curahan rasa obat sakit perut anak tradisional @ ..Obat sakit perut anak tradisional
setuju..bangsa yang besar & bijak akan folo pahlawan yang betul betul berjuang
Curahan rasa JMR23 @ ..Ikan sardin sedap di La Forketta, Dempsey Hill Singapore
Perjuangan yang benar pasti akan dapat sokongan yang tidak berbelah bahagi..
Kita belum ada pemimpin yang betul2 berjuang untuk memartabatkan bangsanya..yang banyak kita lihat adalah orang2 yang hanya berjuang demi kepentingan sendiri jer yang banyak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Adakah ini ruangan artikel berbayar? Come on .. sila terbitkan artikel dari kedua-dua arah..baru adil.. biar terbuka sikit minda oRg Malaysia.. media blog pun nak disapu ke
Curahan rasa infolaju @ ..Alasan Lawak DNA Ramai Lelaki Pada Dubur Saiful Kerana Mangkuk Tandas
rasanya ini bukan entri berbayar tapi memang minat si penulis ke arah ini.
Curahan rasa JMR23 @ ..Ikan sardin sedap di La Forketta, Dempsey Hill Singapore
Sekadar pendapat peribadi penulis..masing2 punya pendapat tersendiri..tak perlu ler kita nak sentap di laman orang.. 😉
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Artikel ni free rasanya saudara..
Mungkin boleh diutarakana pada penulis..
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Penulis sekadar meluahkan pendapat peribadi..bukan penulis saja berpandangan begituh.. ramai lagi berpandangan sama..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Artikel nih pendapat peribadi penulis..maybe ada yang setuju dan ada yang tidak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Denaihati ni x kaji habis ni.. dy jadi boring la bila isu yg sama je kerajaan duk mainkan.. politik kotor.. x pernah lg tgok negara luar main fitnah2 isu liwat.. mcm xd isu yg cerdik lg.. denaihati kne kaji sesuatu perkara tu dalam2 sebelum buat artikel.. artikel x menarik langsung..
Saya tak sokong mana-mana pihak sebab saya sendiri tak tahu-menahu pucuk pangkal cerita berkaitan politik apatah lagi kalau cerita tentang DSAI.Tapi saya rasa artikel ni agak menarik untuk dibaca.Pilihan di tangan rakyat.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
rasanya ramai yang tak setuju dengan entri ini..rambut sama hitam, pegang lain lain kan
Curahan rasa JMR23 @ ..Ikan sardin sedap di La Forketta, Dempsey Hill Singapore
Betull.. lain orang lain pilihan mereka.. kita hormat sesama sendiri. Hehe.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Kalau tak silap penulis ada pengalaman sendiri.. menulis berdasarkan apa yang beliau tahu disamping pendapat peribadi beliau..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
sebab setiap orang ada pendapat masing. saya pun perasan ramai yang tak setuju dengan entry ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Ada yang setuju dan ada juga yang tak setuju.. semua orang punya pendapat berneza dan punya sebab2 yang tersendiri sebelum mengeluarkan pendapat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Rambut pun dah tak sama hitam bro..ada yang ada kaler2.. tapi hati tetap lain2.. semua orang ada pendapat sendiri..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Artikel tak menarik pun ada juga yang rajin jenguk dan komen kan..hehe.. artikel tuh sekdar pendapat peribadi dan luahan hati penulis jer..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
saya bukan orang politik..saya duduk di malaysia agar negara aman dan damai..bersyukur sangat..kalau ada musim mengundi kena juga tunaikan hihii
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih
hhehe kena tunggu musim mengundila kan..time tu, sumer ahli politik rapat dengan rakyat biasa.
Tiba musim mengundi nanti,semua ahli politik yang kita tak pernah nampak akan datang menunjukkan senyuman “pancing undi”.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
itu normal dari dulu sampai skang..tak tahu nak cakap apa lagi pasal ahli-ahli ni hhee
Dah jadi kebiasaan ramai pemimpin macam tuh..tu sebab kita kena bijak memilih pemimpin yang akan mewakili kita rakyat marhein..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
setiap lima tahun perkara mcm tu pasti akan berlaku. orang politik mula masuk kampung tanya kebajikan rakyat.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Lebih-lebih lagi bila nak dekat pilihanraya umum..pasti pemimpin2 baru nak nampak batang hidung sebab nak meraih undi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Hehehe.. memang ramai yang spesis macam tuh..tu sebab kita kena bijak memilih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Bila tiba musim mengundi tak kira kerajaan mahu pun pembangkang mula nak mengambil hati pengundi..bila dah dapat mandat terus jer tunjuk belang.. yang merana rakyat marhein..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Saya pun sama.. buka orang politik.. tapi sedikit sebanyak kita kena ambil tahu.. walaupun dah muak dan malas. Sebab isunya pi mai pi mai tang tu jugak.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Blogger Buat Duit Online
Walau pun tak berapa suka dengan politik tapi memang kena ambil tahu juga.. sebab kita punya hak untuk memilih pemimpin yang akan mewakili kita..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Dunia politik sekarang banyak amalkan politik murahan dengan fitnah memfitnah, jatuh menjatuhkan.. memalukan bangsa dan negara jer.. bangsa lain bertepuk tangan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blogger Buat Duit Online
Comments are closed.