Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tak ada rezeki blog Denaihati yang terpilih untuk pencalonan awal APO2016 tetapi tidak terpilih antara lima blog yang masuk final. Tidak kecewa kerana terpilih untuk pencalonan awal juga penjenamaan dan back link yang sangat baik utk mengukuhkan blog Denaihati.
Malam anugerah APO 2016 pada 30.04.2016 bertempat Auditorium Perdana Angkasapuri RTM aku mendapat dua jemputan melalui Master Chef Papa Jo dan calon aktor pilihan dan calon lelaki tampan, Adi Putra. Pertama kali menjejaki kaki di RTM dan pertama kali berjalan di Purple Carpet dalam acara yang sangat meriah.
Ramai juga blogger dan tentunya seleberiti yang memeriahkan majlis pertama APO 2016 anjuran MStar, Suria.fm dan Dnars Kosmetik. Ramai juga artis yang tak datang mungkin mereka rasa tidak penting sedangkan mereka tidak sedar inilah cara undian anugerah masa depan. Ada ke peminat yang rajin nak beli surat khabar dan potong borang pengundian di masa depan??
Secara keseluruhan masjiis APO2016 berjalan sangat lancar dengan persembahan yang menarik tanpa acara remeh temeh yang membosankan penonton. Adi Putra juga buat persembahan menyanyikan lagu tema Cinta Si Wedding Planner walaupun kurang sihat.
Tahniah kepada semua pemenang termasuk Siakap Keli yang menang untuk katogeri Blog Pilihan Online. Tapi sedih juga bila pemenang hanya hantar wakil sahaja. Tahniah kepada Akim @ The Majistret yang terpilih untuk menang Anugerah Pilihan Online terunggul.
Kami pulang awal kerana perlu menghantar Adi Putra balik ke Prince Medical Center untuk sambungan rawatan.
90 Comments
Tidak mengapa, tercalon dalam blog pilihan adalah satu kebanggaan, semoga Denai Hati terpilih sebagai juara satu hari nanti 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Swlamat untuk blog denaihati ….luar biasa bisa mendapat pringkat juara diacara pemilihan online ini….
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Subhanallah, Inilah Manfaat Wuduhu Bagi Kecantikan –
Selamat untuk para pemenang…. Memang para finalis dalam pemilihan ini adalah blog _blog yang luar biasa …sekali lagi selamat
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Cara Mengatasi Hati Yang Galau Secara Islami –
menarik..tahniah denaihati dapat masuk ke peringkat awal..nak dapat peringkat awal pun agak susah..
Curahan rasa ahmad hasif @ ..8 Sebab anda perlu ambil takaful.
Tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Seronoknya kalau dapat join sekali. Hehe
Curahan rasa T Shirt Printing Cetak Baju Murah @ ..Kedai Cetak Tshirt | Kilang Print Baju | Tempah T Shirt Printing Murah
Comments are closed.