Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat. Suasana tahun baru masih terasa lagi, adakah sahabat semua sudah merancang apa yang bakal dilakukan untuk 2017. Bijak pandai kata kalau gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.
Pada 1/1/2017 Abang dan isteri menghantar anak bongsu kami ke asrama untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu. Anak bongsu Abang ini bersemangat sungguh hendak mengikuti jejaki abang-abang dan kakak belajar di asrama. Abang cuba juga pujuk banyak kali supaya bersekolah dekat dengan rumah jadi bolehlah menenami ibu, tapi dia menolak dengan alasan takut tak dapat mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet.
Dalam era ekonomi digital dan dunia tanpa sempadan memang sukar untuk mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet melainkan kita mempunyai disiplin yang tinggi. Yang dewasa pun ramai ketagihan gajet dan internet tanpa menghasilkan apa-apa pulangan selain membazir masa dan duit bersosial, apatah lagi anak-anak remaja yang memang suka menyelongkar perkara-perkara baru. Syukurlah anak bongsu Abang nampak akan bahaya ini kerana dia tahu di rumah memang sukar untuk mendisiplinkan diri. Sebenarnya gajet dan internet boleh menjadi cara untuk menambah penambatan kepada mereka yang tahu menggunakan, tetapi tidak ramai yang memanafaatkannya.
Anak bongsu Abang menyambung pelajaran di Maahad Ihya Al Ahmadi di Sg Kelambu Banting, tempat yang sama kakaknya belajar tingkatan empat dan lima. Abang suka sekolah ini kerana cara didikan bukan sahaja fokus kepada keputusan cemerlang malahan mendidik bagaimana untuk hidup dengan cemerlang. Pada akhir zaman ini, anak-anak kita bukan sekadar cukup dengan keputusan cemerlang tetapi mesti mahir untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan fitnah. Mahir untuk menghormati guru-guru, mahir untuk berkawan dengan cara yang betul, mahir untuk menguruskan tekanan hidup sebagai pelajar, mahir untuk berkomunikasi, mahir untuk menguruskan diri tanpa ibu bapa dan paling penting mahir menjaga amal harian.
Matlamat utama Abang menghatar anak bongsu ke sekolah Maahad Ihya Al Ahmadi adalah untuk menjadikan dia anak yang soleha yang berjaya dunia hingga akhirat. Kini tinggallah Abang dengan isteri berdua di rumah kerana semua anak-anak sedang sibuk menuntut ilmu. Semuga ALLAH permudahkan.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Amir Denaihati (page baru Abang follow ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
43 Comments
Bile mase melepas anak untuk menuntut ilmu, itulah saat dimane kite harus rela melepas dirinya. Sudah menjadi tanggung jawab orang tua untuk memberikan bekal yang cukup bagi sang Anak. Insya Allah Anak yang soleh dan solehah akan menjadi salah satu amalan jariyah kita sebagai orang tua nanti. Amin…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..8 Manfaat Nutrisi Tambahan Brainking Plus bagi Kesehatan Otak
insyaallah anak abang dunia akhirat bang, dilancarkan oleh tuhan amin
Curahan rasa icp capsule @ ..Agen ICP Capsule Kudus
semoga berjaya anak abang denai hati…cabaran di asrama sememangnya lain… tapi masyuk jika berbisnes di asrama 😀
Curahan rasa amirul hafiz @ ..Dividen & Bonus Tabung Haji 2016
Semoga anak bongsu tuan Denaihati berjaya dunia dan akhirat… In Shaa Allah..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Satu hari nanti apabila sudah sampai masanya… mungkin saya juga akan mengalami apa yang sedang tuan Denaihati dan isteri alami pada ketika ini..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Doakan semoga saya dan isteri lebih bersedia untuk menghadapi detik2 tersebut…
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
Bukan senang sebenarnya nak berpisah dengan anak2 ni.. tapi demi masa depan anak2, kita perlu berkorban..
Curahan rasa anuar @ ..Alhamdulillah… Tercapai SATU SASARAN 2017
bagus bagus.. nak elak diri daripada ketagihan internet.. semoga dapat tumpukan perhatian di sekolah baru
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Rasmi Pemain Kelantan 2017
Alhamdulillah, anak yang bijak memilih tempat yang jauh dari ketagihan gajet dan internet. Anak BONGSU memilih untuk masuk asrama adalah anak bongsu yang hebat.
Jadi anak solehah. Gimbirakan hati ibu dan ayah.
Seronok tinggal di asrama.
Boleh belajar cari pengalaman.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Review
Tinggal di asrama akan lebih berdikari.
Selamat maju jaya. Jumpa kawan baru di sana.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Review
good luck yaaa moga jadi anak sholikhah. Zaman sekarang memang kudu protect ke anak biar jadi anak yang berguna bagi nusa bangsa.
Curahan rasa aliafif @ ..AHOK Kalahkan Jokowi
Semoga sukses Bang putrinya yang bungsu di asrama. Kalo di Indonesia bahasanya Mondok. Yaitu sekoah atau Belajar di Pondok Pesantren.
Comments are closed.