Anak bongsu masuk asrama tinggallah kami berdua

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat  yang hebat. Suasana tahun baru masih terasa lagi, adakah sahabat semua sudah merancang apa  yang bakal dilakukan untuk 2017. Bijak pandai kata kalau gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.

Pada 1/1/2017 Abang dan isteri menghantar anak bongsu kami ke asrama untuk menyambung pelajaran ke  tingkatan satu. Anak bongsu Abang ini bersemangat sungguh hendak mengikuti jejaki abang-abang dan kakak belajar di asrama. Abang cuba juga pujuk banyak kali supaya bersekolah dekat dengan rumah jadi bolehlah menenami ibu, tapi dia menolak dengan alasan takut tak dapat mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet.


Dalam era ekonomi digital dan dunia tanpa sempadan memang sukar untuk mengawal diri daripada pengaruh gajet dan internet melainkan kita mempunyai disiplin yang tinggi. Yang dewasa pun ramai ketagihan gajet dan internet tanpa menghasilkan apa-apa pulangan selain membazir masa dan duit bersosial, apatah lagi anak-anak remaja yang memang suka menyelongkar perkara-perkara baru. Syukurlah anak bongsu Abang nampak akan bahaya ini kerana dia tahu di rumah memang sukar untuk mendisiplinkan diri. Sebenarnya gajet dan internet boleh menjadi cara untuk menambah penambatan kepada mereka yang tahu menggunakan, tetapi tidak ramai yang memanafaatkannya.


Anak bongsu Abang menyambung pelajaran di Maahad Ihya Al Ahmadi di Sg Kelambu Banting, tempat yang sama kakaknya belajar tingkatan empat dan lima. Abang suka sekolah ini kerana cara didikan bukan sahaja fokus kepada keputusan cemerlang malahan mendidik bagaimana untuk hidup dengan cemerlang. Pada akhir zaman ini, anak-anak kita bukan sekadar cukup dengan keputusan cemerlang tetapi mesti mahir untuk hidup dalam dunia yang penuh dengan fitnah. Mahir untuk menghormati guru-guru, mahir untuk berkawan dengan cara yang betul, mahir untuk menguruskan tekanan hidup sebagai pelajar, mahir untuk berkomunikasi, mahir untuk menguruskan diri tanpa ibu bapa dan paling penting mahir menjaga amal harian.

Matlamat utama Abang menghatar anak bongsu ke sekolah Maahad Ihya  Al Ahmadi adalah untuk menjadikan dia anak yang soleha yang berjaya dunia hingga akhirat. Kini tinggallah Abang dengan isteri berdua di rumah kerana semua anak-anak sedang sibuk menuntut ilmu. Semuga ALLAH permudahkan.

Abang Denaihati
Penulis Blog
Amir Denaihati (page baru Abang follow ya!)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

43 Comments

  1. saya pun dulu anak bongsu hehe,mak tak berapa bagi nak duduk asrama, suh duduk dengan dia teman dia kat umah..arwah mak sy dulu ibu tunggal… so duduk berdua je lah dengan dia hehe…. tapi tu dulu zaman 90an mana ada gajet2 apa semua, setakat godaan TV dan rakan2 ajak lepak je hehe still boleh kawal
    Curahan rasa imnajmi @ ..ALK Momot Episod 2My Profile

  2. bercerita mengenai pengaruh gadget tu. hmm, ada benarnya, zaman sekarang ni, pemikiran ramai orang termasuklah golongan muda banyak terpengaruh dengan sebaran berita atau benda-benda lain hanya melalui gadget. saya pun agak takut sebenarnya bila anak sulung saya lebih banyak bermain dengan gadget. apa pun, semoga anak tuan menjadi anak yang soleh dan solehah, amin.
    Curahan rasa haffizuliskandar @ ..The winner Of Fifa Puskas 2016!My Profile

  3. Alhamdulillhah dan tahniah abang. Moga anak2 menjadi anak yang solehah dunia akhirat. Semuanya bemula didikan awal di rumah, Nampak anak2 abang dah pandai berfikir secara rasional dan kehadapan kesan bahaya gadjet .Sangat bagus, sebab anak2 dah sedar matlamatnya. Moga cemerlang dunia akhirat. Aminn
    Curahan rasa Gambir Emas @ ..COD Gambir Emas KL Call Wan 011 55045653My Profile

  4. Assalam..

    Alhamdulilah syukur .
    Tahniah buat anak Tuan Haji, moga mejadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat ..aamiinn

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!