Anak-anak bising ketika Khutbah Jumaat

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, setiap kali Jumaat setiap kali pasti kita akan melihat anak-anak yang berlari sana sini sambil buat bising ketika katib sedang berkhutbah. Aku sering terfikir siapa sebenarnya yang salah apabila anak-anak ini tidak tahu tertib masjid terutama ketika khutbah dibaca.

Teringat aku kisah berpuluh tahun yang lepas. Ketika itu aku masih bersekolah rendah, ketika sembahyang Jumaat beberapa teman dibelakang aku buat bising dan tak semena-semena abah aku datang dan lempang aku kerana katanya aku buat bising. Teman aku yang buat bising terus senyap tak terkata apa-apa. Ketika itu aku rasa sungguh kecewa. Sekarang setelah aku ada anak baru aku faham kenapa abah buat begitu. Sudah pasti kita rasa tidak selesa apabila orang buat bising ketika katib berkhutbah tetapi tak akan nak tegur anak orang sedangkan ayahnya yang ada disitu pun buat selamba sahaja. Jadi rupanya tindakan abah tu sebenarnya bertujuan untuk menegur teman-teman aku yang buat bising.

masjidil haram mekah

Anak-anak bising ketika khutbah Jumaat biasa tapi yang lebih malang bila pak cik yang dah beruban pun sibuk berbual kisah dunia ketika katib berkhutbah. Semua ini berlaku kerana kurang ILMU sebenarnya. Tujuan untuk ke masjid baik tetapi kerana tidak tahu adab masjid maka semuanya menjadi sia-sia sahaja.

Nota : sepotong hadith yang antara lain mafhumnya: “ Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka luputlah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat”.


Spread the love

52 Comments

    1. Karena itulah Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa Salam memperingatkan berkata-kata ketika khutbah disampaikan, meski dengan ucapan yang singkat. Seseorang yang berkata kepada rekan di sampingnya, “Diamlah!” ketika imam menyampaikan khutbah, berarti dia telah mengucapkan perkataan yang rusak, karena dia melakukan sesuatu yang menafikan perhatian terhadap khutbah.
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pembagian Group dan Jadwal Pertandingan AFC Asian Cup Qatar 2011My Profile

      1. ini adalah maksud tersirat dalam entri ini kalau ayah tak boleh jaga mulut macam mana anak nak jaga mulut dan macam manalah orang lain nak menegur.

  1. tadi siang baca tweet kawan2, katanya ada budak sibuk ber-sms time khutbah, bukannya nak dengar khutbah, yg tu macam mana pulak ye??

      1. setiap anak-anak yg datang ke masjid ada malaikat yg mengikut cuma malangnya tak banyak masjid yg ada program mendidik anak-anak justeru dari itu anak-anak jadi liar walaupun di dalam rumah Allah.

      1. yang parah bukan sekadar berkata-kata ketika yang dewasa bersolat malah ada yang berkejaran dan diakhir solat ketika tahiyat barulah mereka ikut serta.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!