Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang menjadi prinsip aku untuk tidak menulis kisah peribadi seseorang tidak kiralah samada yang terkenal atau tidak terkenal. Siapalah aku nak menulis kisah orang yang tidak aku kenali secara peribadi. Nak menulis kisah sendiri walaupun tidak sehangat kisah Amalina Che Bakri pun boleh buat buku. Ramai sangat yang menulis tentang Amalina di blog dan Facebook sehingga ibu dan akhirnya Amalina sendiri perlu memberi penjelasan.
Apa yang beliau buat bukanlah betul tetapi berapa ramai pula yang ada dikeliling kita samada sahabat, jiran, adik, kakak, ibu dan isteri yang berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian. Beranikah kita menegur mereka sebagaimana kita menegur Amalina yang jauh beribu batu. Beranikah kita cakap “sape suruh kau letak gambar macam tu, bangang ?” depan muka orang yang kita kenal. Tidak ramai yang ada kekuatan menegur dengan hikmah mereka yang rapat dikeliling kita apabila mereka berpakaian seksi atau berpakaian tidak mengikut syariat.
Ada yang kecewa kerana suatu masa dahulu mereka jadikan Amalina Che Bakri sebagai idola untuk dicontohi anak-anak mereka. Mengapa perlu kecewa itulah kehidupan sedangkan iman pun ada pasang surutnya. Kita tidak pernah akan belajar daripada kehidupan seandainya semua baik-baik belaka. Apa yang berlaku daripada perubahan kehidupan Amalina pasti telah berlaku pada ramai anak muda dari dahulu hingga ke masa akan datang cuma Amalina itu terkenal itu yang jadi kecoh 1Malaysia. Itulah kehidupan yang kita perlu belajar dan mengajar anak-anak supaya perkara yang sama tidak berulang lagi.
192 Comments
xperlu kecoh2 ttg dia…cuma harap dia xpake mcm itu lagi lah…
Curahan rasa Nana @ ..Pameran Sempena Happy Easter Day di Boulevard Miri
amalina che bakri pun saya tak kenal. baca entry ni baru kenal. cetek nya isu semasa yang saya ada.
Curahan rasa Naziman @ ..Tiga cara betulkan skrin terbalik
THANK FOR YOUR SHARE !
biarlah , itu pilihan masing…..
Curahan rasa Jelly Gamat Gold G @ ..Asma | Obat Alami Penyakit Asma
Walau apa pun tohmahan, harap Amalina faham dari mana asalnya.. Janganlah jadi Sufiah no dua ..udah le..
Kepada emak Amalina, nasihat selalulah anaknya, supaya tidak terpesong arah. Belajarlah bersgguh-sgguh sehingga berjaya dgn cemerlang dan menaikkan nama negara apabila kejayaan anakmu menjadi sanjungan seluruh rakyat Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Jgn tinggal kesopan dan kesusilaan serta adat resam org timur apabila belajar di luar negara/Eropah. Segala tingkah laku anda rakyat Malaysia sentiasa perhatikan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
Semoga selepas ini Amalina dpt berpakaian sopan dan tidak mengulangi lagi. Ini adalah satu pengajaran baginya . Harap2 begitulah hendaknya. Berubah sebelum “Nasi Menjadi Bubur”.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..“PRU KE 13 RAMALAN MUNGKIN MENJADI KENYATAAN”
saya hanya berharap saya dijauhkan dari hal” itu oleh Allah. . .
Curahan rasa Obat Alami Untuk Asam Urat @ ..Asma | Obat Alami Penyakit Asma
Janganlah terlalu menghentam & mengaibkan Amalina. Otak dah cerdik jadi marilah kita sama-sama mendoakan semoga die akan menjadi Muslimah yang sejati sebagaimana sebahagian dari kita yang sedang berusaha ke arah itu.
Curahan rasa Azilawati @ ..The 8th grandchild + Family Tree.
perlu saling mengingatkanlah sebagai seorang muslim
Curahan rasa munir ardi @ ..Sudahkan Anda Memberi lebih Banyak dari Menerima
info yg menarik. tks.
Curahan rasa Obat Herbal Gagal ginjal @ ..Pengobatan tradisional alami gagal ginjal
Berita yg bagus. slm knl.
Curahan rasa Obat Herbal diabetes @ ..Cara cepat sembuhkan diabetes
Semoga kita diampuni atas kekhilafan kita baik yang sengaja atau tidak
Curahan rasa Berita Satu Dunia @ ..Mengenal 10 Wanita Tercantik di Dunia
Comments are closed.