Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“ dan “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Semakin jauh berjalan semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ilmu yang dipelajari. Turki bukan negara sebarangan memang hebat dengan berbagai kemudahan untuk rakyat tapi kalau tengok harga minya memang boleh terjojol biji mata, harga petrol lebih RM9 seliter.

Alanya Turki bandar pelancongan menghadap Israel dan Syria
Alanya Turki bandar pelancongan menghadap Israel dan Syria

asrama MTS di alanya turki

Daripada Konya kami bergerak ke bandar pelancongan Alanya di persisiran pantai laut Mediterranean. Perjalanan menuju ke Alanya memang menarik melalui gunung ganang yang bersalji seindah mata memandang membawa ingatan kepada Kembara New Zealand setahun yang lalu. Paling best setelah lebih empat jam perjalan apabila sampai di Alanya kelihat lautan terbentang luas. Kenderaan bergerak lebih 30 minit dipersisiran pantai yang sangat cantik menuju ke asrama MTS tempat penginapan kami.

Pelajar MTS di Alanya Turki
Pelajar MTS di Alanya Turki
Makan bersama CEO Karangkraf di Alanya Turki
Makan bersama CEO Karangkraf di Alanya Turki

Di Alanya ada lebih daripada 50 asrama MTS dan terdapat tujuh orang pelajar Malaysia dan beberapa pelajar Indonesia. Seperti asrama yang lain semuanya sangat kemas dan bersih. Semua ini diuruskan oleh pelajar dan sukarelawan MTS mengikut jadual yang ditetapkan. Semuga disiplin dan budaya baik seperti begini boleh kita bawa ke Malaysia bukan hanya mengharap tukang cuci sahaja bekerja sehingga anak-ana tak tahu nak buat kerja. Kejayaan sebuah kehidupan bukan sekadar ijazah yang tinggi tetapi lebih bermakna dengan kemahiran hidup sebegini.

Bersama pelajar MTS Malaysia di Alanya Turki
Bersama pelajar MTS Malaysia di Alanya Turki

Terharu sangat apabila dapat bertemu dengan tujuh orang pelajar Malaysia yang baru sampai kira-kira enam bulan lepas dan seorang ustaz Malaysia yang sudah lebih dua tahun di Turki. Paling terkejut rupanya salah seorang anak Malaysia berasal dari Sg Besi Indah setaman dengan Tn Hj Zainal. Siapa sangka beribu KM baru bertemu walaupun bapak beliau seorang imam di surau di pangsapuri di Sg Besi Indah tapi tidak pernah bercerita. Semuga berjaya kalian menjadi pemimpin Islam yang ikhlas menyebarkan kebenaran keseluruh alam.

Ziarah makam anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan di Alanya Turki
Ziarah makam anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan di Alanya Turki

Alanya sebuah bandar pelancongan sememangnya banyak tempat yang boleh dijejaki. Kami bermula dengan menziarahi makam beberapa anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan. Di Turki memang mereka menghormati tokoh-tokoh ulama dan sentiasa menziarahi makam mereka tetapi tidak adalah amal khas seperti di makam wali songo di Indonesia sekadar membaca surah Al Fatihah sekali dan sural Al Ikhlas sebelas kali serta diikuti dengan doa.

Alanya Castle antara tempat menarik di Alanya Turki
Alanya Castle antara tempat menarik di Alanya Turki
Pemandangan cantik Bandar Alanya dari Alanya Castle
Pemandangan cantik Bandar Alanya dari Alanya Castle
Red Tower Alanya Castle antara tempat tumpuan pelancong
Red Tower Alanya Castle antara tempat tumpuan pelancong

Paling menarik menjejaki Alanya Castle yang dibina oleh Kerajaan Byzantine yang menjadi tempat pendudukan warga Alanya suatu masa dahulu. Kota yang masih tegak berdiri daripada puncak bukit sehingga kepinggiran laut. Masih berdiri tegak lagi menara merah tempat pemanah dan pelabuhan tempat kapal-kapal perdagang dan kapal perang berlabuh.

Pantai Alanya Turki yang cantik dan bersih menjadi tarikan pelancong
Pantai Alanya Turki yang cantik dan bersih menjadi tarikan pelancong
Gua Damlatas Alanya Turki jadi tumpuan pelancong
Gua Damlatas Alanya Turki jadi tumpuan pelancong
Gua Damlatas di pinggir pantai Alanya tempat rawatan sakit asma
Gua Damlatas di pinggir pantai Alanya tempat rawatan sakit asma

Memang tabik dengan kebersihan pantai Alanya yang dipenuhi dengan beribu-ribu pelancongan eropah. Kat sini mata kena jaga sebab pelancong memang pakai seksi bukan sahaja di tepi pantai malah dengan selamba berjalan di dalam bandar dengan pakaian mereka. Jadi kalau terpandang pelancong seksi terus je pandang jangan berkelip-kelip sebab sekali pandang rezeki dua kali pandang dah maksiat .. heee gurau je. Terdapat sebuah gua iaitu Gua Damlatas di tepi pantai yang dikunjungi ramai terutama pesakit asma kerana mereka yakin dengan berbaring beberapa jam di dalam gua ini dapat menyembuhkan penyakit mereka. Kami juga mengambil kesempatan menaiki bot selama sejam mengelilingi persisiran pantai Alanya melihat keindahan ciptaan ALLAH. Ombak boleh tahan juga nasib baik tak ada yang pening dan muntah. Di sini juga disediakan kapal besar yang boleh mengisi lebih 100 pelancong dengan berbagai aktiviti di atasnya seperti mandi buih dan tarian perut … ada berani naik??

Mengelilingi persisiran pantai Alanya dengan boat
Mengelilingi persisiran pantai Alanya dengan boat

Kehebatan Alanya bukan sahaja pada pantainya tetapi sungai dan bukit bukau yang menghijau. Kami bersama keluarga Abe Muastafa sempat bersarapan pagi disebuah resort di Sungai Dim berhampiran dengan Empangan Dim. Memang bersih air sungai tak seperti di kawasan rekreasi di Malaysia yang penuh dengan sampah sarap. Memang jauh sangat berbeza budaya kita dengan budaya orang Turki yang sangat berdisiplin dan pembersih. Semuga rakyat Malaysia akan berubah menjadi pembersih kerana ianya sebahagian dari iman.

Bersarapan pagi di Sungai Dim Alanya
Bersarapan pagi di Sungai Dim Alanya
Singgah sebentar di Empangan Dim Alanya
Singgah sebentar di Empangan Dim Alanya
Berselfie di air terjun manavgat Alanya
Berselfie di air terjun manavgat Alanya

Video air terjun manavgat Alanya antara tempat paling menarik di Alanya Turki

Sebelum meninggalkan Alanya kami ke Air Terjun Manavgat yang sangat cantik dengan air yang biru dan hutan yang menghijau. Tak puas rasa hati berada sejam di air terjun sambil makan aiskrim Turki. Kami meninggalkan Alanya dengan pesawat tambang murah Onur Airlines dari Lapangan terbang Gazipasa. Harga tiket pesawat dari Alanya ke Istanbul lebih kurang RM400 dengan penerbangan selama satu jam 15 minit yang mendarat di Ataturk International Airport.

Kembara Turki di sebuah asrama MTS di pinggir Sungai Manavgat
Kembara Turki di sebuah asrama MTS di pinggir Sungai Manavgat

Perjalanan seterusnya terbang balik ke Istanbul dan terus ke Bursa. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.


Spread the love

178 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!