Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, entri ini adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“ dan “Konya kota bermula tarian sufi Turki“. Semakin jauh berjalan semakin banyak pengalaman dan semakin banyak ilmu yang dipelajari. Turki bukan negara sebarangan memang hebat dengan berbagai kemudahan untuk rakyat tapi kalau tengok harga minya memang boleh terjojol biji mata, harga petrol lebih RM9 seliter.
Daripada Konya kami bergerak ke bandar pelancongan Alanya di persisiran pantai laut Mediterranean. Perjalanan menuju ke Alanya memang menarik melalui gunung ganang yang bersalji seindah mata memandang membawa ingatan kepada Kembara New Zealand setahun yang lalu. Paling best setelah lebih empat jam perjalan apabila sampai di Alanya kelihat lautan terbentang luas. Kenderaan bergerak lebih 30 minit dipersisiran pantai yang sangat cantik menuju ke asrama MTS tempat penginapan kami.
Di Alanya ada lebih daripada 50 asrama MTS dan terdapat tujuh orang pelajar Malaysia dan beberapa pelajar Indonesia. Seperti asrama yang lain semuanya sangat kemas dan bersih. Semua ini diuruskan oleh pelajar dan sukarelawan MTS mengikut jadual yang ditetapkan. Semuga disiplin dan budaya baik seperti begini boleh kita bawa ke Malaysia bukan hanya mengharap tukang cuci sahaja bekerja sehingga anak-ana tak tahu nak buat kerja. Kejayaan sebuah kehidupan bukan sekadar ijazah yang tinggi tetapi lebih bermakna dengan kemahiran hidup sebegini.
Terharu sangat apabila dapat bertemu dengan tujuh orang pelajar Malaysia yang baru sampai kira-kira enam bulan lepas dan seorang ustaz Malaysia yang sudah lebih dua tahun di Turki. Paling terkejut rupanya salah seorang anak Malaysia berasal dari Sg Besi Indah setaman dengan Tn Hj Zainal. Siapa sangka beribu KM baru bertemu walaupun bapak beliau seorang imam di surau di pangsapuri di Sg Besi Indah tapi tidak pernah bercerita. Semuga berjaya kalian menjadi pemimpin Islam yang ikhlas menyebarkan kebenaran keseluruh alam.
Alanya sebuah bandar pelancongan sememangnya banyak tempat yang boleh dijejaki. Kami bermula dengan menziarahi makam beberapa anak murid Sheikh Suleyman Hilmi Tunahan. Di Turki memang mereka menghormati tokoh-tokoh ulama dan sentiasa menziarahi makam mereka tetapi tidak adalah amal khas seperti di makam wali songo di Indonesia sekadar membaca surah Al Fatihah sekali dan sural Al Ikhlas sebelas kali serta diikuti dengan doa.
Paling menarik menjejaki Alanya Castle yang dibina oleh Kerajaan Byzantine yang menjadi tempat pendudukan warga Alanya suatu masa dahulu. Kota yang masih tegak berdiri daripada puncak bukit sehingga kepinggiran laut. Masih berdiri tegak lagi menara merah tempat pemanah dan pelabuhan tempat kapal-kapal perdagang dan kapal perang berlabuh.
Memang tabik dengan kebersihan pantai Alanya yang dipenuhi dengan beribu-ribu pelancongan eropah. Kat sini mata kena jaga sebab pelancong memang pakai seksi bukan sahaja di tepi pantai malah dengan selamba berjalan di dalam bandar dengan pakaian mereka. Jadi kalau terpandang pelancong seksi terus je pandang jangan berkelip-kelip sebab sekali pandang rezeki dua kali pandang dah maksiat .. heee gurau je. Terdapat sebuah gua iaitu Gua Damlatas di tepi pantai yang dikunjungi ramai terutama pesakit asma kerana mereka yakin dengan berbaring beberapa jam di dalam gua ini dapat menyembuhkan penyakit mereka. Kami juga mengambil kesempatan menaiki bot selama sejam mengelilingi persisiran pantai Alanya melihat keindahan ciptaan ALLAH. Ombak boleh tahan juga nasib baik tak ada yang pening dan muntah. Di sini juga disediakan kapal besar yang boleh mengisi lebih 100 pelancong dengan berbagai aktiviti di atasnya seperti mandi buih dan tarian perut … ada berani naik??
Kehebatan Alanya bukan sahaja pada pantainya tetapi sungai dan bukit bukau yang menghijau. Kami bersama keluarga Abe Muastafa sempat bersarapan pagi disebuah resort di Sungai Dim berhampiran dengan Empangan Dim. Memang bersih air sungai tak seperti di kawasan rekreasi di Malaysia yang penuh dengan sampah sarap. Memang jauh sangat berbeza budaya kita dengan budaya orang Turki yang sangat berdisiplin dan pembersih. Semuga rakyat Malaysia akan berubah menjadi pembersih kerana ianya sebahagian dari iman.
Video air terjun manavgat Alanya antara tempat paling menarik di Alanya Turki
Sebelum meninggalkan Alanya kami ke Air Terjun Manavgat yang sangat cantik dengan air yang biru dan hutan yang menghijau. Tak puas rasa hati berada sejam di air terjun sambil makan aiskrim Turki. Kami meninggalkan Alanya dengan pesawat tambang murah Onur Airlines dari Lapangan terbang Gazipasa. Harga tiket pesawat dari Alanya ke Istanbul lebih kurang RM400 dengan penerbangan selama satu jam 15 minit yang mendarat di Ataturk International Airport.
Perjalanan seterusnya terbang balik ke Istanbul dan terus ke Bursa. Semuga ada ilmu baru yang dipelajari dari entri “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“. Untuk melihat keenseman kami dan keindahan tempat menarik di Turki sila ke http://instagram.com/denaihati.
178 Comments
Menarik sekali untuk di lawati..membaca saja artikel ini bagaikan sudah berada di sana kan hehe..ada rezeki sampai lah ke sana ..InshaAllah..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Hal Yang Membuatkan Ibu Bapa Menzalimi Anak Sendiri Tanpa Di Sedari
Memang menyeronokkan dapat mengembara ke seluruh dunia. DH dah banyak ke negara luar, boleh la buat pengalaman dan dicatitkan di blog ya
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Lepas baca catatan pengembaraan ni, terus pasang impian nak ke sini juga suatu hari nanti
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Red Tower Alanya Castle tu pun best jugak. Boleh saksikan pemandangan indah seluruh bandar dari atas istana tu. Mesti pemandangannya menakjubkan
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Dekat air terjun tu paling best. Nampak tenang je kawasan tu. Mesti seronok DH ke sana kan
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Teringin nak mengembara ke tempat tempat indah macam Turki ni. Memang satu keajaiban bila dapat pergi
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Wah seronok la pulak nampak trip ni. Tempat tempat kat sana pun cantik cantik je
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Cantiknya…Kena pasang impian satu hari nanti nak sampai ke turki ni…
Curahan rasa fatiha @ ..Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Cepat dan Mudah
Cantik sungguh pemandangan di sana ye..tertarik dengan keindahan dan kebersihan pantai kat sana..
Curahan rasa cikgu naman @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tengok gambar pun rasa seronok.. easa macam nak pergi jer jika berpeluang..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
“Pantai Alanya Turki yang cantik dan bersih menjadi tarikan pelancong”. memang cantik dengan permandangan kapal-kapal tu
Curahan rasa misz aa @ ..background blog change
mahalnya harga minyak petrol RM9 seliter. maybe sebab minyak dekatsana susah nak dapat
Curahan rasa misz aa @ ..background blog change
memang banyak tempat bersejarah di turki ni. kena duduk lama baru cukup nak terokai
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. Sejuta manfaat yang saya dapat melalui pembacaan ini. Semoga sukses
Dah berjaya habiskan pembacaan sebanyak lima entri yang memaparkan pengembaraan DH ke bumi Istanbul hihi. Nampak seronok dan mencabar. Insya Allah nak pergi jugak
Curahan rasa qtiechan @ ..Ayuh bangkit Lee Chong Wei
Teringin nak jadi blogger yang gemar travel dan update pengalaman sepanjang travel dalam blogger untuk dikongsi dengan mereka yang tak dapat nak pergi tu
Comments are closed.