Aku Lupa

Aku selalu lupa bahawa hidup dunia cuma sedetik waktu je ..kalau dinisbahkan dengan 1 hari akhirat bersamaan dengan 1000 tahun di dunia ..maknanya kalau kita hidup 70 tahun di dunia kita hanya hidup 2 minit je!!! .Jadi berbaloi ke dalam kehidupan yang sekejap tu kita sering berdukacita, sering hampa dan keluh kesah.

Aku selalu lupa bahawa harta yang aku simpan ini pasti bukan milik aku, Harta yang jadi milik aku yelah harta yang telah dibelanjakan untuk jalan Allah tetapi kenapa aku bakhil dan berkira kira untuk infaqkan harta aku ini dijalan Allah

Aku selalu lupa bahawa jangankan harta yang tidak melekat di tubuh badan aku ni bukan milik aku bahkan tangan, kaki,mata dan seluruhnya juga bukan milik aku, Rupa paras yang cantik dan dihias hiasini satu hari hari akan hanya akan menjadi makanan ulat di dalam tanah.

Aku selalu lupa bahawa , anak dan isteri ini bukan lah milik aku semuanya akan di pulangkan ke Allah dan mereka hanya amanah dan ujian kesabaran je bagi aku.Kalau kita tidak bawa mereka kepada agama di dunia nie nescaya di akhirat nanti merekalah akan menjadi musuh aku yang utama,kerana mereka akan membuat tuntutan yang tidak mampu aku bayar.

Aku sering lupa memang Allah telah bagi tahu manusia memang pelupa dan sering keluh kesah..dan Allah lah yang mebolak balikkan hati manusia..sebab Allah nak manusia hanya bergantung kepada Dia. Sesiapa yang usahakan keyakinan dalam hati mereka kepada Allah maka Allah akan mudahkan kepada mereka untuk datang kepada amal amal agama. Sesiapa yang datang kepada amal amal agama maka hatinya akan jadi tenang. Semua yang datang kepada Nya akan memberi manfaat  samada berupa kejayaan atau kegagalan, sakit atau sehat,  kaya atau miskin,muda atau tua, anak, isteri, keluarga, perniagaan malahan  kematian juga akan membawa kejayaan kepadanya.

Tetapi bila kita tak usahakan keyakinan kita pada Allah, iman tidak terbentuk..bila iman lemah amal agama akan menjadi sesuatu yang membebankan. Solat beban, puasa menyusahkan, baca quran mengantuk dan lain lain lagi. Bukan itu sahaja bahkan apa yang datang kepada nya kejayaan,  kegagalan,  anak, isteri, kekayaan, kemiskinan, pangkat dan darjat juga tidak akan membawa kepada apa-apa faedah kepadanya. Mati pun sesuatu yang amat menyakitkan baginya.

Seandainya hati kita lara, stress hanya satu je jalan keluar kembalilah kepada agama dengan perbanyakkan percakapan tentang kebesaran Allah, gunakan telinga untuk mendengar kebesaran Allah, fikiran kita untuk fikir kebesaran Allah lihat lah hasilnya nanti iman akan meningkat…Oleh itu letakkan diri kita dalam lingkungan orang orang yang mengingatkan kita tentang agama kerana itulah nikmat yang paling besar,kerana tanda Allah sukakan seseorang Allah akan meletakkannya ditempat tempat yang baik dan Allah akan lingkungi dirinya dengan orang orang yang baik yang sentiasa  mengingatkan  dirinya tentang agama.Sebab itulah kegagalan yang sebenarnya bukanlah kita tak lulus spm,gagal dalam bercinta,bangkrup dalam perniagaan dan lain lain KEGAGALAN YANG SEBENARNYA APABILA KITA DI ISTIHAR SEBAGAI AHLI NERAKA…oleh itu enjoylah kehidupan ini dengan mengikuti perintah perintah Allah dengan cara yang di tunjukkan oleh Nabi Muhammad…pasti hati akan tenang kerana kita telah mendapat kejayaan hakiki.

Keterangan PenulisEntri Aku Lupa adalah hasil karya Amin yang merupakan seorang pendakwa bebas dan blogger. Blog beliau Carihikmah.blogspot.com penuh dengan panduan dan tips kehidupan yang dapat membantu teman-teman blogger untuk meneruskan kehidupan.

Comments

  1. says

    salam eidul adha

    kita sering lupa kerana seringkali disibukkan dengan urusan dunia yang tiada kaitan dengan urusan Allah… Nauzubillah… mudah-mudahan kita tidaklah selalu dilupakan
    Entri terbaru yangbaik – Take CareMy Profile

Trackbacks