Aku kena Santau

Spread the love

Jangan marah ya saja nak bagi gempak je. Ni nak cerita, dulu aku pernah bisnis kedai makan. Selepas setahun mula timbul macam-macam masalah. Biasalah bila dah ada masalah maka aku akan rujuk kepada Tok Guru (bukan dukun ya dan bukan juga Nik Aziz!!). Tok Guru akan beri beberapa amalan yang mesti dibuat dan insyallah dengan izin Allah boleh membantu selesaikan masalah yang sedang dihadapi. Selalunya aku pasti kena marah sebab buat kerja terbalik sepatutnya minta panduan amalan sebelum mula bisnis bukannya dah ada masalah baru nak pergi jumpa Tok Guru.

Budaya kita orang Melayukan gitu. Bila dah kena SANTAU, bisnis dah jatuh, rumahtangga sudah kacau, anak degil, anak asyik tak lulus periksa, sakit, putus cinta, kerja dah lama tapi tak naik-naik pangkat, buat bisnis asyik rugi je dan macam-macam hal barulah kita kehulu kehilir mencari bantuan. Nasib tak baik sanggup jumpa bomoh siam.

Apa kata mulai tahun baru hijrah 1431 dan 2010 yang kian dekat ini kita azam dalam diri untuk HIJRAH minda dan amalan. Kita sama-sama azam belajar daripada Tok Guru yang terdekat amalan-amalan yang dapat membantu kita untuk terus berjaya dunia dan akhirat.

Berikut adalah amalan-amalan baik yang aku dapat daripada beberapa Tok Guru dari Malaysia dan Indonesia iaitu Solat Fajar, Baca Al-Fatihah sebanyak 21x antara Sunat Subuh dan Solat Subuh, Baca Yassin selepas Solat Subuh, Dzikir asas sebanyak 300x pagi dan 300x petang, Dzikir Khas Pagi, Solat Sunat Isyak, Solat Sunat Dhuha, Dzikir Bismillah sebanyak 786x di waktu siang, Dzikir Khas Petang, Dzikir Ya Allah sebanyak 5,000x selepas Solat Isyak, Banyakkan Solat Sunat Taubat pada bila-bila masa dalam sehari, Solat Sunat Tahjud dan Solat Witir. Jangan lupa niatkan di hati untuk mendapat REDHA ALLAH untuk setiap amalan yang kita buat.

Aku yakin pasti ada banyak lagi amalan lain yang teman-teman boleh kongsikan. Mulakan dengan satu setelah istiqamah maka tambahkan dengan amalan yang lain tanpa meninggalkan yang fardu. Insyallah apabila kita mulakan dengan amal yang baik maka Allah ada bersama kita dalam apa-apa juga aktiviti yang kita lakukan. Seandainya aktiviti itu berakhir dengan kegagalan maka adalah HIKMAH disebalik kegagalan tersebut.

Alhamdulillah aku telah mengamalkan sebahagiannya dan hasilnya memang hebat. Apa yang perlu adalah kesabaran kerana amalan adalah benda GHAIB. Jangan harap buat hari ini besok dapat hasilnya. Hasilnya kita akan kecapi apabila Allah merasai sudah sesuai untuk dikurniakan kepada kita. Kuasa Allah Subhanallah kerana itu Allah berfirman dalam surah Al-Fatihah ayat 5 yang maksudnya “Hanya pada Engkaulah kami sembah dan Hanya pada Engkaulah kami mohon pertolongan“. Mintalah tolong dengan ALLAH jangan sesekali minta tolong dengan selain daripada ALLAH.

Entri adalah khas untuk peringatan diri aku sendiri. Aku berazam utuk terus berHIJRAH diri dan minda dari buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Semuga semangat ‘HIDUP BERANI UNTUK GAGAL” terus subur dalam hidup aku. Semuga Allah perkenankan dan permudahkan segalanya.


Spread the love

35 Comments

  1. ya allah… bila baca entry ni, saya teringat kisah ayah saya.. ayah saya dlu peniaga juga.. bisnes makanan.. dia penah kena buatan org.. kat kedai pn kena.. org dtg.. lalu dpn kedai nmpk kedai tutup.. sdgkan kedai buka! esok bila customer tnya, akak yg jaga kedai mati2an ckp kedai buka.. kesian ayah.. dlu kedainya income ribu2 1 ari.. pastu dah kureng.. nk dptkan 500 sehari pn ssh.. pastu ayah saya pindah.. kami skrg idop dlm serba sederhana.. dlu ayah saya boleh dikatakan selalu bermewah.. kini tidak lagi.. kesian ayah.. saya sedih tgk org dengki sama sendri ni.. kenapa perlu jadi semua ni.. geram pn ada tp apa boleh buat.. Allah maha adil n mengetahui segala yang terjadi.. smoga mdapat balasan di akhirat nanti.. saya berusaha membantu ayah sekarang..
    .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

    1. @aduka, Hm…. sedih pun baca tentang kisah bro ni.. ye la, orang dah naik jeles sebab kita hidup senang, ada jer cara yang dibuat untuk menjatuhkan kita. Kita tak nak la orang yang buat benda dekat kita tu dpt balasan, tapi harap agar orang tu sedar apa yang telah dilakukannya. Kalau ikutkan betul, memang kita nak kenakan orang tu balik, tapi nanti benda ni jadi complicated pulak.. Tak pe Aduka sabar jer ya..
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

      1. @Steward John; trima kasih steward.. saya x mahu pn revenge.. saya dr kluarga yg baik.. x pernah simpan dendam.. namun apa yg dukacitakan saya, perkara ni terjadi antara kaum melayu kami sendri.. kami sedih lebih2 lagi yg terlibat adalah dari kaum seagama kami sendri.. mereka tahu dosa pahala namun kerana perasaan diselubungi cemburu dan iri hati, dosa pahala tidak langsung dihiraukan lagi.. kami hanya berserah kepada tuhan agar kami dilindungi.. itu saja..
        .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

        1. @aduka, Tu yang susah tu Aduka.. orang sendiri pun buat benda macam tu.. tak malu ker dorang tu. tak senang hati tengok orang duduk senang.. Kan bagus kalau saling membantu. Patut la orang kita ni jauh ketinggalan..
          .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

    1. @zuriey, PHD tu merujuk kepada apa Zuriey? tak faham. Tidak dinafikan orang ni pantang tengok orang lain duduk senang..
      .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

        1. @zuriey, PHD = PERASAAN HASAD DENGKI. Memang tak tahu term ni la… hehe
          .-= Steward John´s last blog ..Slug that fires love darts at its chosen mate | An Important Discovery =-.

  2. thanks sbb share info yg sgt berguna…insyaAllah dya akan cuba amalkan..sbb kita hidup ni xtahu sape yg memerhati..silap hari bulan org ade PHD ngan kita, xpasal2 kita kene.. tp nauzubillah mintak dijauhkan lah….

    pape pn, truskn meng”post” entri sebegini, sharing is definitely caring for this one yay!
    .-= Dya´s last blog ..Sami Yusuf =-.

    1. @farahaznil, Nak buat macam mana kan.. pemikiran orang susah nak diubah.. masih mengamalkan pemikiran cara lama walaupun zaman ni dah berteknologi.
      .-= Steward John´s last blog ..Shopping in UK =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!