Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “hidup ikut kemampuan jangan terlebih gaya“. Kali ini Abang nak berkongi kisah Akhlak orang muslim di jalanraya.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Jalan di Bukit Jalil sangat sesak semasa perjalanan pergi meeting baru-baru ini. Dalam kesesakan tu datang tiga buah kereta polis dengan siren, pasti ada kecemasan jadi semua pemandu mestilah ketepi untuk beri laluan.
Abang gerakkan kereta ketepi tapi apabila tengok cermin sisi macam tak lepas untuk kereta polis itu lalu. Kereta Myvi putih depan tak nak bergerak pulak. Bunyi siren kereta polis tersebut semangkin kuat. Abang paksa juga gerak ke depan untuk bagi laluan kereta polis tersebut. Rupanya Abang sudah tersondol kereta Myvi di depan.
Lelaki muda Cina keluar dengan marah minta ganti. Abang tak nampak bagaimana keadaan kereta tersebut cuma bagi tahu terpaksa ke depan sebab nak bagi laluan kereta polis. Ayah pemuda cina itu keluar minta anak dia gerakkan kereta ke depan sebab takut bertambah sesak. Dia tengok bumper kereta Myvi sambil senyum dan tunjuk tangan ok. Abang angkat tangan ucap terima kasih. Anak dia keluar lagi marah-marah minta ganti. Ayah dia minta anak dia masuk sambil tunjuk tanda ok pada Abang. Mereka pun berlalu dan Abang nampak carik hitam cat kereta Abang meletak pada bumper Myvi tetapi tidak kemek.
Alhamdulillah bagus sungguh akhlak pak cik cina tersebut tetapi berapa ramai yang begitu. Ramai yang jadi samseng jalan raya berubah menjadi semakin ganas apabila memegang stereng kereta. Kemalangan jalanraya kecil tapi bergaduh macam kereta sudah hancur. Peraturan jalanraya dengan gembira dilanggar tanpa rasa bersalah walaupun boleh membunuh orang lain.
Kita orang Islam kena tunjuk akhlak baik supaya orang bukan Islam hormat kepada kita. Sedih sungguh apabila melihat video rusuhan kecil selepas solat Jumaat di Surau Austin Perdana Johor Bahru. Abang tidak menyokong Cina yang membunyikan hon dengan kuat ketika solat Jumaat tetapi yang boleh kita muhasabah adalah sebab rusuhan tersebut tercetus.
Dengan akhlak mulia Rasulullah SAW, Islam sekarang tersebar kepada lebih 2 billion manusia. Kita mesti contohi akhlak Baginda SAW barulah hidup kita berjaya dunia hingga akhirat.
Abang Denaihati (jangan lupa follower FB Abang untuk banyak lagi kisah motivasi)
Founder Denaihati
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
52 Comments
terima kasih udah di share aretikel nya sangat lah menarik like it
Sepatutnya dunia hari ini kita mmg ptt ketengahkan lebih nilai murni .. xsemestinya bbuat baik sesama agama sahaja.. tnjuk hormat antara satu sama lain lbih seronok hdup dlm dunia y sma.
Curahan rasa Ira @ ..Trip Percuma Ke Japan Bersama Shaklee
Baru baru ni tular video pasangan yang berebut parkir kereta di Langkawi, entah mengapa si perakam tak respon tapi sekadar merakam aksi pasangan Melayu tersebut sehingga menunjukkan jari tengahnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Apa Erti Sebenar Bersara?
kelakuan dan budi pekerti baik tak mengenal agama.. biarpun islam sendiri ajar berlembut. kita ni susah nak buat benda baik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Andainya Takdir di Tv3
Pernah kereta kena langgar dengan abang bangsa cina. Terus dia keluar kereta dan minta maaf. Dan bagi biz card siap alamat workshop, suruh hantar kereta kat situ dia tanggung. Banyak kali dia minta maaf.
Pernah juga terlanggar kereta orang kita. Suami ok, isteri turun dan marah2 kenapa pi langgar. Takkan ler sengaja nak langgar. huhuhu. Tapi kerosakan kami tanggung sebab memang silap kami. Hanya minta dia hantar kereta ke workshop yang kami suggest.
Selebihnya langgar bumper parking dan tiang rumah… hehehhehe
Curahan rasa syamila @ ..Minyak Morhabshi Minyak Satu Keluarga
Kemalangan merupakan musibah yang kita tidak dapat elakkan…
bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang buruk berlaku
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
betul2.. yang kurang ajar dan tak nak mengalah kebanyakkannya melayu. sombong..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Resepi Kek Batik Sedap
Semoga selepas membaca Entri ni… kita dapat sama2 bermuhasabah diri…
Supaya dapat mengurangkan staristik kemalangan jalan raya..
Curahan rasa anuar @ ..Senarai Pemenang Tak Rasmi Contest SEO Belajar Buat Blog
kalau berhati-hati kita boleh mengelakkan perkara yang tidak diingini..
sepanjang saya memandu pun pernah beberapa kali kemalangan kecil..
namun semuanya kemalangan kecil
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
Kita memang kena ada kesedaran yang memandu tue juga salah satu ibadah yang berpahala kalau tak langgar hak Tuhan dan hak manusia dan makhluk lain. Saya pun selalu kena ingatkan diri tentang ini sebelum mula keluar memandu. 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pengedar Shaklee Pasir Gudang, Masai, Bandar Seri Alam dan Johor Bahru
kemalangan ada hikmahnya..
semoga kita tabah menghadapi musibah tersebut..
yang penting jaga akhlak
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
tulah tabiat kita apabila tidak menghayati akhlak Rasullulah….
mudah-mudahan kita tidak termasuk orang mempunyai akhlak yang buruk
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Teknik Forex Sebenar Terbongkar
akhlak terbaik dan contoh adalah akhlak Rasullulah…
berdoa la kita semua agar tergolong bersama orang yang berakhlak mulia..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
Mesej dan pesanan yang disampaikan oleh Tuan Denaihati dalam artikel ni sebagai peringatan untuk diri saya juga..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
kalau faham dan mengerti bagus la..
samalah kita untuk menghayati mesej yang cuba tuan Denaihati..
In shaa Allah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Teknik Forex Sebenar Terbongkar
Kalau tak ikut peraturan jalan raya dan mempunyai sikap mementingkan diri sendiri… inilah jadinya..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
jalan raya tempat orang berkongsi..
kalau nak berkongsi mestilah ikut pelaturannya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Sebagai pengguna jalan raya kita kenalah ikut peraturan yang ditetapkan..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Ramai yang buat undang undang sendiri, tu yang banyak terjadi pelbagai masalah. 🙁
Curahan rasa syamila @ ..@Resepi : Kek Karamel Pelangi Sedap
hati yang panas..
akal letak tepi dan pelbagai lagi meyebabkan apabila kemalangan berlaku ada yang naik hantu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Guna Pakaian Tradisional Sarawak Kena Halau Dari KLCC
Betul tu tuan,
orang kita, tak kira lah sesiapa pun, hampir kebanyakkannya, bila dah pegang stering kereta, lupa habis semua. lagi-lagi kalau dah berlangar. kadang, kerosakkan tu tak ada lah teruk sangat, tapi siap ajak bergaduh lagi. aduh.
Curahan rasa Mrejoy @ ..Income sehari RM100 hanya dengan promote bisnes di handphone!
Comments are closed.