Akhirnya Hijrah 1432

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, perjalanan hidup di dunia terlalu sebentar ibarat berteduh sekejap kepenatan di bawah pohon rendang sebelum meneruskan perjalanan yang panjang. Dunia ibarat ladang untuk kita berusaha menjadi hasil sebagai bekalan pulang ke kampung akhirat yang kekal abadi. Rasanya semalam menyambut Maal Hijrah 1432 tetapi kita sudah sampai di penghujung tahun hijrah 1432. Begitu cepat masa berlalu menuju akhir zaman yang semakin dekat. Pasti 1432 akan ditinggalkan dengan seribu memori suka, duka, kajayaan dan kegagalan. Setiap dari kita mempunyai penilaian berbeza pencapaian sepanjang 1432.

Akhir hijrah 1432 dan mula hijrah 1433 jangan dibiarkan begitu sahaja ibarat hari-hari biasa yang kita lalui dengan kesibukan dunia yang tidak pernah akan habis. Ada banyak amalan-amalan baik yang boleh kita lakukan sebagai menutup tahun hijrah dan membuka lembaran baru 1433.

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

1. DOA AKHIR TAHUN HIJRAH bagus dibaca bersendirian atau terbaik berjemaah bersama keluarga sebelum masuk waktu Maghrib 29 Zulhijjah 1432.

2. DOA AWAL TAHUN HIJRAH bagus dibaca selepas solat Maghrib.

3. Solat malam dengan membaca dzikir antaranya baca ayat kursi sebanyak 360x.

4. Puasa sunat pada 1 Muharram 1433.

5. Puasa sunat pada 9 dan 10 Muharram 1433.

Rakan Blogger mungkin ada amalan-amalan baik lain sempena menyambut kedatangan tahun hijrah yang boleh dikongsikan untuk kita amalkan bersama.

Hijrah 1432 akan berlalu jangan ditangisi sekiranya kita melalui tahun yang penih cabaran dan dugaan. Cabaran dan dugaan ini bermakna Allah SWT kasih kepada kita maka itu kita diuji. Ramai yang kata mereka banyak masalah tahun ini tapi sebenarnya selagi kita hidup selagi itu kesusahan itu bukan masalah hanya sekadar ujian yang masih boleh diperbaiki. Masalah itu hanya ada di alam akhirat apabila kita tidak cukup bekalan tetapi tidak boleh lagi perpatah balik mencari bekalan baru.

Yang lepas biarkan lepas terima dengan ikhlas dan redha. Fikirkan yang ke depan dan jadikan semalam sebagai panduan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Aku nak syorkan amalan baru di tahun baru hijrah 1433 iaitu membaca surah Yassin setiap hari selepas suboh. Azam amalkan selama 40 hari berturut-turut dan jika berjaya pasti akan menjadi amalan seusia hidup. Insyallah di masa yang lain akan aku ceritakan fadilat membaca Yassin setiap hari selepas subuh dan pengalaman mereka yang telah mengamalkannya.

Daripada Ibn Abbas r.a berkata (maksudnya): “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda turut mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Lalu mereka berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani. Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sekiranya di tahun depan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″. Ibn Abbas berkata: Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (Riwayat Imam Muslim)


Spread the love

161 Comments

  1. salam maal hijrah utk semua umat Islam. Semoga tahun baru ini kan kita perbanyakan amalan, dn meninggalkan kemungkaran. min

  2. amir
    hijrah itu satu pengorbanan..moga kita semua dpt hijrahkan diri utk menjadi insan yg lebih baik..amin..
    berubahlah,walaupun payah =)

    amin…hijarh ke arah kebaikan…

    Bang Iwan
    mari perbanyak amal sholeh, sholawat dan berdzikir kita memohon ampunanNYA atas segala salah dan dosa kita di masa yang telah lalu. Kita bersyukur dan tetapoptimis meraih harapan-harapan kita untuk tahun ke depannya menjadi manusia yang lebih baik lagi.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1433 Hijriah

    segeralah bertaubat jika melakukan dosa…mati itu pasti ..
    Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget ImpiankuMy Profile

  3. amir
    hijrah itu satu pengorbanan..moga kita semua dpt hijrahkan diri utk menjadi insan yg lebih baik..amin..
    berubahlah,walaupun payah =)

    amin…hijarh ke arah kebaikan…
    Curahan rasa lin azlina @ ..Gadget ImpiankuMy Profile

  4. berbahagialah bagi mereka yang memperoleh nikmat umur yang panjang dan mengisinya dengan amalan-amalan yang baik dan perbuatan-perbuatan yang bijak. Rasulullah SAW bersabda : Artinya : Sebaik-baik manusia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya ( HR Ahmad)
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1433 HijriahMy Profile

  5. Waktu laksana air yang mengalir ke hilir yang tak pernah lagi kembali ke hulu. Kadang ia membangkitkan gairah dan semangat, kadang ia melenakan kita. Kadang kita tidak menyadari kehadiran waktu dan melupakan nilainya. Oleh karenanya kita harus menghargai setiap kesempatan yang ditawarkan sang waktu, sebelum ditarik dari kita, karena kesempatan tidak akan datang untuk kedua kalinya.

      1. mari perbanyak amal sholeh, sholawat dan berdzikir kita memohon ampunanNYA atas segala salah dan dosa kita di masa yang telah lalu. Kita bersyukur dan tetapoptimis meraih harapan-harapan kita untuk tahun ke depannya menjadi manusia yang lebih baik lagi.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1433 HijriahMy Profile

        1. Waktu terus berjalan tiada mau berhenti

          tak lagi peduli apa yang bisa kita isi dengan waktu ini
          banyak cerita yang didapat
          semua tertuang dalam agenda dengan variasi tema kehidupan
          banyak kesalahan dan dosa yang tlah kita perbuat
          tertulis dalam buku besar kita
          yang takkan mungkin bisa dihilangkan
          banyak cerita manis dalam buku kenangan kita
          yang takkan mungkin bisa bisa dilupakan
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1433 HijriahMy Profile

          1. Tahun baru sudah di depan mata
            Menutup buku lama dengan perbanyak ampunanNYA
            Menutup buku lama dengan bersyukur padaNYA
            Takkan ada yang tergores sedih di hati
            Kar’’na kita membuka lembaran –lembaran baru
            Dengan harapan dan doa tertanam di hati

            Duhai Rabb……
            Catatlah diriku menjadi hamba-hambaMU
            Yang Engkau pilih tuk menjadi kekasihMU
            Selamanya…

            ***SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRAH***
            Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Tahun Baru 1433 HijriahMy Profile

  6. hijrah itu satu pengorbanan..moga kita semua dpt hijrahkan diri utk menjadi insan yg lebih baik..amin..

    berubahlah,walaupun payah =)

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!