Adobe Creative Cloud dengan skim pembayaran yang menarik

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Adobe Creative Cloud adalah perkhidmatan yang diperkenalkan oleh pihak Adobe untuk menggunakan dan menguruskan semua perisian yang mereka tawarkan. Sebelum ini, ramai yang susah hati apabila ingin menggunakan perisian-perisian dari Adobe yang sememangnya mahal harganya. Ribuan ringgit perlu dikeluarkan untuk memiliki hanya sebahagian daripada perisian-perisian yang ditawarkan oleh pihak Adobe.

paparan utama panel kawalan adobe creative cloud
panel Adobe Creative Cloud

Adobe Creative Cloud ini didatangkan dengan tools atau control center yang membolehkan anda memasang, mengemaskini dan menguruskan perkhidmatan Creative Cloud yang disediakan. Perkhidmatan ini didatangkan bersama-sama ruangan simpanan awan yang membolehkan anda menyimpan fail rekaan anda terus ke ruangan tersebut. Selain itu, fungsi fonts atau dikenali sebagai Adobe Typekit membolehkan anda menggunakan font yang tersedia dalam perkhidmatan tersebut dari dari komputer anda. Dua perkhidmatan ini masih dalam pembinaan dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Senarai perisian yang ditawarkan oleh Adobe Creative Cloud
sebahagian daripada perisian yang boleh dipasang

Sekiranya anda ingin melanggan perkhidmatan Adobe Creative Cloud ini, terdapat pakej untuk satu perisian sahaja ataupun untuk kesemua perisian yang ditawarkan dalam Adobe Creative Cloud ini. Harga langganan untuk satu perisian bermula dari RM60.99 sebulan (untuk langganan setahun), atau anda langgan versi penuh pada harga RM155 sebulan (untuk langganan setahun).

Pastinya langganan pakej keseluruhan lebih berbaloi disebabkan jumlah perisian yang anda boleh guna adalah begitu banyak. Tiada lagi masalah untuk menggunakan perisian Adobe apabila perkhidmatan Creative Cloud ini ditawarkan. Bayaran bulanan memudahkan para peniaga atau pengguna untuk membuat bayaran.

Senarai perisian yang telah dipasang.
Contoh senarai perisian yang telah dipasang.

Perisian-perisian juga menerima updates yang agak kerap. Sepanjang penggunaan Adobe Creative Cloud ini, sudah beberapa kali kemaskini demi kemaskini di tawarkan oleh pihak Adobe. Sekiranya anda sedang mencari perisian untuk pengurusan grafik, video dan sebagainya, Adobe Creative Cloud adalah pilihan yang terbaik setakat ini.

Sekiranya anda masih ragu-ragu, pihak Adobe ada menyediakan plan percubaan selama 30 hari. Anda boleh memasang semua perisian yang tersenarai dan menggunakan perisian tersebut seperti versi berbayar yang lengkap. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan langganan anda boleh membuang perisian tersebut daripada komputer anda.


Spread the love

57 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!