Adi Putra hero Cinta Si Wedding Planner

Spread the love

Assalamulaikum dan salam sejahtera, jutaan terima kasih kepada pelakon popular Adi Putra hero Cinta Si Wedding Planner kerana sudi mempromosi Denaihati untuk anugerah MSMW best blog 2016 di akaun instagram beliau. Alhamdulillah pertemuan pertama kami di Mekah pada tahun 2013 dan kedua pada tahun 2014 telah menyambung persahabatan dengan pertemuan di Malaysia.

denaihati bersama Adi Putra
Nama Adi Putra naik semula dengan kejayaan membawa watak sebagai Abang Ngah Fariz dalam drama 28 episod Cinta Si Wedding Planner yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat yang kerinduan setelah berehat lebih daripada setahun. Drama Zahira dan dan filem Isyarat Cinta adalah lakonan terakhir sebelum Adi Putra berehat panjang.

Video Adi Putra layan lagu Shahrukh Khan

Cinta Si Wedding Planner telah membawa kembali Adi Putra kepersada seni Malaysia sehingga dijemput diberbagai program seperti Melodi, Wanita Hari Ini, radio Hot FM juga menjadi cover di Majalah Maskulin dan Media. Peminat Adi Putra juga mengelar beliau sebagai Shahrukh Khan Malaysia terutama selepas beliau berkongsi beberapa video menyanyikan lagu Shahrukh Khan di Channel Youtube.

Video Cinta Si Wedding Planner yg menarik

Khabarnya lakonan Adi Putra bersama Mira Filzah dalam drama Cinta Si Wedding Planner yang tamat pada 16/2/2016 menjadi trending Malaysia beberapa kali akan diangkat sebagai telefilem Cinta Si Wedding Planner untuk tayangan hari raya. Ada juga khabar angin mengatakan drama ini akan diangkat ke layar perak sebagai filem. 

Gambar Adi Putra bersama Mira Filzah 

Untuk mengetahui perkembangan Adi Putra boleh follow twitter ADPadiputra, FB page ADPadiputra dan blog ADPadiputra. Sekali lagi terima kasih kepada adi Putra kerana membaca blog Denaihati.


Spread the love

167 Comments

  1. Denaihati + Adiputra bergabung! Meletup! Syukur Alhamdulillah. Pertemuan di Makkah berjaya menjuruskan ke arah hubungan yang berterusan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!