Assalamualaikum dan salam ceria untuk rakan pembaca DenaiHati.Com semua. Syukur Alhamdulillah, hari ini sekali lagi saya dijemput untuk menjadi penulis undangan. Bukanlah satu tugasan yang mudah kerana apa yang saya tulis mencerminkan apa yang ingin di zahirkan oleh pemilik blog ini. Selari dengan TAGLINE blog ini iaitu “Hidup untuk memberi”, hari ini sekali lagi saya cuba merialisasikan gaya penulisan saya terhadap tagline tersebut yang agak mencabar kewibawaan seorang penulis.
Adakah kita mengongkong diri untuk terus maju dalam bidang penulisan blog? Saya merupakan seorang blogger yang boleh dikategorikan blogger yang agak baru. Baru saja mencecah tiga tahun. Dalam pada itu… perubahan terhadap kegahirahan menulis blog rata-rata dikalangan rakan-rakan kita dapat diperhatikan ada turun naiknya. Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah faktornya?
Penulisan yang terkongkong
Ada sesetengah blogger dapat kita perhatikan, perkara yang membantutkan mereka untuk menulis adalah kerana terdapatnya sempadan dalam penulisan mereka. Sekiranya anda menulis blog berkaitan komputer, sukan atau mempunyai NICHE yang tertentu…. itu adalah BETUL!!! Anda memang tertakluk kepada skop penulisan yang anda sendiri tetapkan supaya ianya tidak menjadi rojak. Sebaliknya, jangan hadkan penulisan anda kepada NICHE sekiranya anda menulis blog peribadi. Bahagikan catatan anda kepada beberapa kategori supaya anda memiliki cabang untuk menulis.
TAGLINE
Bagi blog peribadi, seperti yang saya ulaskan dalam perenggan di atas, saya tidak sarankan anda menulis dengan niche yang spesifik. Kerap kita perhatikan sekarang ini, kekurangan idea menulis blog peribadi adalah lahir disebabkan anda meletakkan TAGLINE yang sangat spesifik. Perkara ini menjadikan anda menulis berdasarkan konsep TAGLINE tersebut. Bila dah habis kupasan TAGLINE… anda menjadi jemu. Kemudian bercadang untuk menutup blog tersebut dan membina yang baru. Adakah wajar sedimikian? Cuba kelainan dimana ubah TAGLINE kepada sesuatu yang agak umum tapi bermakna untuk diri anda.
Lintasan Fikiran
Kadang-kadang bila anda dah terlampau banyak menulis, idea akan datang mencurah bukan pada masa anda berada di depan komputer, tetapi mungkin masa anda di dalam tandas, dalam pengangkutan awam… atau mungkin di dalam lif. Perkara sebegini kerap terjadi untuk penulis yang menulis catatan berkonsepkan PENULISAN MINDA. PENULISAN MINDA adalah jenis penulisan yang memerlukan idea kreatif untuk menulis. Ianya bukan hentam keromok, tapi penuh susunan rapi. Sekiranya anda dalam kategori ini, sila pastikan anda memiliki buku catatan untuk mencatat apa sahaja yang anda terlintas. Mungkin ianya kurang digunapakai pada waktu sekarang, mana tahu pada masa akan datang???
Memaksa diri menulis
Perkara yang kerap terjadi apabila seseorang blogger kekeringan idea. Tapi masih berdegil untuk menerbitkan catatan harian. Saya fokuskan kepada Blog Peribadi. Perlukah anda menceritakan hal ehwal diri pada umum setiap hari? Dimanakah privasi anda? Tak semua perkara kita dapat luahkan. Sekiranya anda tidak punya idea, apa kata anda cuba untuk mengubah tema blog, mengubah TAGLINE anda…. dengan cara ini, meskipun tidak dikemaskini, blog anda nampak seperti baru dan tampak kelainan di situ.
Hari ini saya malas
Kesilapan yang besar dalam menulis blog apabila anda mengeluarkan artikel seperti ini. Artikel ini sebenarnya bukan setakat membunuh minat anda untuk menulis, malah ianya mempengaruhi minda pembaca anda. Pembaca anda bukan sahaja menjadi meluat untuk bertandang ke blog anda, malah mood pembaca anda juga akan menurun untuk menulis. Saya kerap mengelak untuk membaca blog yang mempunyai artikel seperti ini. Ianya seolah virus yang boleh merosakkan minda dan melemahkan semangat untuk menjadi penulis.
Berblog kerana duit
Tidak salah menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Tapi jangan lah sampai duit itu mempengaruhi faktor penulisan. Kalau dulu kita seorang yang berhemah ketika menulis, sekarang ni agak berlainan. Perkara sebegitu telah kita ketepikan gara-gara mengejar keuntungan berblog (bukan semua). Cuba kita perhatikan kembali corak penulisan kita di awal pembabitan dalam dunia blog dengan sekarang. Apakah motif kita dahulu? Cuba kita fikirkan kembali. Adakah kerana duit? Saya tak rasa semua akan berkata duit adalah matlamat utama mereka. Sebaliknya mereka menulis untuk lepaskan tekanan. Betul bukan? Tapi lama-kelamaan???
Kekerapan kemaskini
Tidak dinafikan, ini terjadi untuk mereka yang menulis blog peribadi. Dalam satu hari sampai 10 artikel diterbitkan. Anda seolah memaksa pembaca anda membaca dan berkomen. Adakah wajar sedemikian? Mungkin hari ini anda mampu untuk menulis sebanyak sepuluh kemaskini sekaligus disebabkan idea anda sangat mencurah… bagaimana pula dengan 2 atau 3 hari akan datang? Apa kata… dari anda lambakkan kesemuanya dalam satu hari, anda buatkan catatan tersebut secara berjadual. Jarakkan jangkamasa terbitan kemaskini blog. Mungkin selang sehari atau dua. Dengan cara ini, blog anda akan sentiasa dikemaskini secara teratur dan tersusun.
Rasanya cukup setakat ini dahulu saya berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan semua. Mungkin ada di antara anda yang nak tambah barangkali. Apa kata… catatkan pandangan anda pada ruangan komen yang sentiasa terbuka. Berkomen lah dengan berhemah.
Insyaallah pada catatan akan datang, saya akan berkongsi pula “Bagaimana membina identiti anda di dunia blog dengan hanya berkomen” atau mungkin anda mahukan “Tips: Bagaimana mencari idea menulis blog peribadi tanpa henti” ??? Erk… sila nyatakan keghairahan anda terhadap tajuk tersebut, insyaallah saya akan cube tunaikan apa yang termampu untuk perkongsian bersama.
Keterangan Penulis : Entri ini adalah hasil karya saudara Azman Ishak yang merupakan penulis jemputan tetap di blog ini. Melalui blog Azmanishak.com beliau banyak berkongsi kisah kehidupan dan tips teknologi terkini. Projek terbaru beliau adalah kakikomplen.com.
67 Comments
Entah la.. dekat blog saya tu seolah2 tiada Niche.. memang multi topic sangat. Macam2 ada… Blog pun tak kerap sangat diupdate sebab nak bagi masa untuk pembaca baca dulu.. Saya tengok dekat blog orang lain,. sehari tu macam berpuluh2 post update, padahal yang diupadatenya tu sebenarnya benda copy paste dari sumber lain, Misalnya Beritaharian, utusan dan sebagainya. Ingat nak juga ikut cara dorang tu waktu idea memang kering, tapi rasanya google tak suka kalau ada duplicate content kan.
Blog saya juga tampaknya multi niche.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Surat Dari Putri Nurdin Halid
Karena memang saya setting untuk blog berita.
perkongsian yang bagus kat sini. saya update blog berdasarkan tahap kesihatan diri. kalau ok, saya duduk depan laptop, tak ok,,tinggal terus.
Curahan rasa eiela @ ..Pemakanan Punca Penyakit
Moga eiela terus dapat berkongsi informasi dengan pembaca lain.
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
itu harapan kita semuanya disini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Megabytes- Gigabytes- Terabytes… What Are They
Salam Ukhuwah dan Salam Bloggers. Just for sharing, bloging untuk share benda2 umum, daily activities pun boleh update. Singgah la ke blog http://lieyalatif.blogspot.com
Curahan rasa lieyalatif @ ..rezeki rezekirezeki
wah, bro azman menulis di sini. terbaiklah perkongsian ko, kalau bab blog peribadi tu aku setuju. jgn terlampau pressure untuk update blog sentiasa sehinggakan memberikan kesan negatif kepada pembaca. tulis ikut keselesaan kita, kalau dah nak kejar sgt duit dalam blogging disarankan buat blog berniche dan spesifik. better tulis dalam english, itu baru boleh buat duit. kalau nak harapkan duit dari blog peribadi, boleh tapi jgn mengharap earnings yang banyaklah jawabnya. betul tak bro? hehe
Curahan rasa Mohd Isa @ ..Berjimat Untuk Makan Dan Gunting Rambut
Buka pintu hati dan minda apabila mahu menulis. Jangan sesakkan kepala untuk mengupdate blog. Entri ini memang memberikan satu motivasi untuk terus mengupdate blog…Thanks.
Curahan rasa Shaffik @ ..Matangkan Diri Di Dalam Pekerjaan Anda
su tulis ikut rasa hari tiada paksaan..kalau malas su manje kopi paste je….sikit je yg kopi paste..suku dari blog su tu…
Curahan rasa SuManje @ ..Su Manje nak KeluarHelp me!!!
Haha.. saya pun sebenarnya berfikiran seperti itu.. tapi kalau copy paste mungkin saya akan ubah 100%
Curahan rasa Steward John @ ..Wa… saya menang Apple Macbook & Nokia N8!
Comments are closed.