Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.
“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd“
“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni”
“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain”
“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed“
Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.
Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.
“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil“
Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.
Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.
Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.
ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??
174 Comments
Masih mengumpul duit sikit-sikit untuk beli ebook “Teknik SEO Merah Jambu“. Heheheh.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Cara Melakukan Qunut Nazilah
Blogger yang mahir seo memang boleh pergi jauh dalam blogging
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Kitab merah jambu tu memang hebat dan tekniknya berkesan
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Alhamdulillah saya sudah membaca kitab me rah jambu En Titan.
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
saya tabik dengan Encik Titan yang berjaya meraih RM10k sebulan dengan blogging.
Semuanya atas teknik2 SEO berkesan beliau
Me many tidal dinafikan kebanyakkan otai blogger adalah pakar seo
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Ilmu seo terlalu Luas rasanya. Terima kasih perkongsian ini
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
ho3.. teman udah semakin tak faham bab seo ni, dulu berminat nak tahu.. tapi sekarang taknak stress2 dalam ber blogging.. just santai2 aje sudah.. heee.. tapi dalam diam tu ada gak intai2 blog pakar seo ni.. heeee
Curahan rasa Tengkubutang @ ..PRAY FOR PALESTINE | SAVE GAZA
Samalah kita..huhuhu..kadang-kadang itu memang tension..kemudian buat bodo je.
Curahan rasa Aini Zakaria @ ..Buffet Ramadhan Casa Ombak
masih lagi belajar tentang seo…
Takkan habis ya kalo sudah berbicara mengenai SEO.
saya antara salah seorang yang tak pandai SEO
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
Kalau membahas tentang seo, sebenarnya sangat luas pengertiannya.
jadi terima kasih untuk ilmunya yang sudah di share di artikel ini.
Curahan rasa Agen Vimax @ ..Vimax Pro Extender – Alat Pembesar Penis Terjitu
tak sangka ada trafik masuk lagi hari ini dari entri ni ke blog MB….ehehehe
ramai yang masih keliru tentang SEO ni….
Terima kasih. Banyak tips menarik dalam ni. Saya baru nak belajar tentang SEo dan blog ni.
wah saya juga pemain seo lho
thanks ente share ke awak
Curahan rasa harga xperia terbaru @ ..Spesifikasi Dan Harga Sony Xperia ZL C6502 Terbaru Juni 2014
Comments are closed.