Adakah Blogger keliru dengan SEO

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca komen-komen Rakan Blogger di beberapa entri yang membincangkan ilmu SEO semacam ada kekeliruan yang bersarang di minda. Mungkinkah ada salah faham tentang ilmu SEO yang sering menjadi perbincangan hangat di kalangan Blogger.

“sesekali bolehlah buat entri SEO.. tapi kalau selalu tak best juga.. hilang seri entry blog tu – myvitrd

“Memang betul..dapat diperhatikan banyak artikel yang terlalu mengejar SEO sehinggakan nilai-nilai penyampaian terhadap pembaca sebagai seorang manusia telah hilang..ini semua akibat daripada terlalu ghairah menulis berdasarkan niat berlumba-lumba untuk menduduki muka depan enjin carian – Hairul Azni

“kadang-kadang confuse jugak, mana yang patut utamakan sebenar nie, SEO or Isi, kalau tak adjust SEO krang google tak detect la pa semua, tapi biasanya pelawat tengok isi dalam blog.. SEO tu hold dulu…nanti-nanti boleh buat – adarain

“Alangkah bagusnya kalau Web Crawler ini mempunyai human touch tak lah asyik hendak main SEO sehingga tak enak blog dibaca – akubiomed

Berdasarkan banyak komen yang dibaca kefahaman aku sebahagian Rakan Blogger beranggapan entri SEO itu adalah entri sensasi semasa seperti kisah Alvin dan Vivian atau kisah hujan meteor atau berita Mesir terkini atau entri live blogging Barcelona vs Malaysia dan lain-lain cerita semasa yang selalunya tak ada kena mengena dengan niche blog.

Ada blog yang memang dibina khas untuk memaparkan hanya berita-berita sensasi terkini yang berjaya menarik jutaan trafik dalam tempoh yang singkat dan ini menambah keliru Rakan Blogger. Keywords sensasi terkini akan menjadi perhatian untuk diolah menjadi tajuk sehingga mendatangkan rasa kecewa apabila tidak berjaya menarik trafik.

Bagaimana membina blog yang baik
Sekadar gambar hiasan – kredit : topseopicks.com

Pendapat aku semua ini salah. SEO bukan sekadar berlumba menulis kisah terkini dengan tajuk dan keywords yang sensasi sehingga lari dari niche blog. Cuba Rakan Blogger semak blog Kujie2.com jarang sekali ibunda kita menulis entri sensasi tetapi itu tidak bermakna entri beliau tidak mesra SEO. Sebagai bukti perkongsian beliau bercuti di Kuala Lumpur bersama anak-anak di blog Denai.my telah mendapat lebih 8K kunjungan tanpa cerita sensasi dan tak perlu promosi di FB dan Twitter … itulah yang dikatakan kuasa SEO.

“Apabila kita berjaya menyampaikan maklumat dengan baik kepada para pembaca, kemudian di tambah dengan teknik SEO yang betul. Ini pastinya akan memberikan kesan yang lebih baik kepada blog kita, pembaca kita, dan seterusnya memberi tambah nilai dalam komuniti atau masyarakat secara umumnya – Eizil

Kalau ada masa cuba buat kajian blog En. Titan dengan penulisan yang mudah kekadang menggunakan tajuk sensasi tetapi olahannya bukan copy paste dari surat khabar memang mempunyai kuasa SEO, kalau tidak tak kan Mat Cendol ini berani nak menulis buku tentang SEO yang bertajuk “Teknik SEO Merah Jambu“.

Bukan cemburu tapi majoriti Blogger bukan ensem seensem Abangensem, bukan cantik secantik Fatin Liyana, bukan kacak sekacak Boni Kacak, bukan molek semolek Yuyu Zulaikha, bukan popular sepopular Redmummy atau bukan babyface sebabyface Melastik Bintang yang boleh mengundang trafik blog walaupun tanpa kuasa SEO.

Kita Blogger biasa memang perlu belajar ilmu SEO yang boleh diselongkar dalam entri-sentri SEO denaihati atau beli buku SEO atau beli eBook SEO seperti “Teknik SEO Merah Jambu“. Lebih baik kalau kita dapat korbankan masa untuk hadir seminar atau kelas SEO yang dianjurkan oleh sifu SEO supaya kita dapat belajar secara praktikal dan bertanya jika tidak faham. Dengan ilmu SEO yang lengkap dalam dada pasti kita tidak lagi pening nak fokus ISI atau SEO kerana kedua-dua penting dan pasti tulisan kita tak jadi macam tulisan robot tapi penuh dengan roh dari jiwa. Dengaan ilmu SEO kita tak perlu lagi bergantung dengan isu sensasi untuk menarik berjuta trafik blog tapi cukup dengan pembaca setia dan trafik organik yang akan memeriahkan blog setiap hari.

ATAU mungkin aku salah faham dengan maksud komen-komen tersebut??


Spread the love

174 Comments

  1. Saya pun baru tau pasal SEO, sedang belajar dan cuba terapkan di blog mana yang boleh. Memandangkan niche blog saya dalam Bahasa Melayu, mmg susah sikit utk dapatkan trafik organik. Trafik tinggi yg masuk pun melalui sebaran twitter. Tapi ada kawan saya yg mempunyai blog niche yg sama tapi dalam B. Inggeris langsung tak nak ambil tahu mengenai benda2 di sebalik blog. Apa yang penting bagi dia ialah unsur luaran blog. Saya berpeluang tengok statistik blog dia. Kalau hari yang dia tak buat posting, bilangan UV lebih kurang blog saya je. Padahal blog dia sudah hampir 3 tahun. Mungkin dia lebih menumpukan kpd FB/TW je kot.
    Curahan rasa N’war @ ..Mari Undi Malaysia untuk Lokasi Konsert Jelajah 2014 LEDAppleMy Profile

  2. wah best pembahasan abang, dan seo sepertinya memang masih menjadi barang yang sangat berharga, kalo mendengar seo pasti telinga pada tegak, nak tahu dari ujung sampai akar, tetapi seo hanya sekedar seo kalo tidak pernah update dan memiliki keragaman isi didalam blog kite,, semangat
    Curahan rasa penowo @ ..Tips Menjadi Blogger SuksesMy Profile

  3. Pada mulanya MJ juga keliru, tapi bila baca pendapat dari komen2 termasuklah pendapat dari DH, MJ baru faham apa sebenarnya.

    Penulisan di blog juga memainkan pranan, kekadang entry personal pun akan terkena SEO jugak.. Jadi tak perlulah terlalu mengejar SEO.. betul ke?
    Curahan rasa Myra Jay @ ..Homemade Burger Sedap 🙂My Profile

  4. SEO itu dominasi enjin carian…. sebaik-baik SEO ialah SEO untuk kata-kunci berkualiti yang meningkatkan reputasi & jualan.. Tak ada guna kalau rangking pada suatu-suatu kata-kunci yang memberi trafik tinggi tetapi tiada sebarang hasil (terlalu tinggi bounce rate).

    Ikhlas,

    Amin Johar
    (Jurutera SEO Malaysia)
    PAKAR NIAGA
    Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | RibbonMy Profile

    1. @Galut,

      Fokus sahaja kepada aktiviti menghasilkan kandungan artikel yang mempunyai info berkualiti.. rangking SERP (Search Engine Result Page) akan menyusul sedikit demi sedikit.. 🙂
      Lebih ‘MANTOP’ jika sudah bersedia & tahu ‘ASAS SEO’.

      Ikhlas,

      Amin Johar
      (Jurutera SEO Malaysia)
      PAKAR NIAGA
      Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | RibbonMy Profile

  5. SEO itu sendiri bermaksud “Search Engine Optimization” maksudnya..mengoptimasikan kandungan blog tu untuk naikkan di top search di dalam search engine. Sudah tentu search engine yang popular..

    ada sesetengah blogger mungkin menganggap entri SEO,blog SEO,Main SEO dan memacam lagi lah..sebenarnya itu adalah beberapa teknik yang digunakan untuk naikkan search quiry ke search engine..lebih kepada aspek teknikal kalau dilihat..

    tapi tak ramai blogger yang nak sembang sangat pasal deep link,OBL,Moz,Link Juice,Link Authority,Panda,Penguin,long tail keyword,Google Dance..dan lain-lain..semua istilah tu seakan-akan asing plak bagi SEO Player…sedangkan..SEO player sudah maklum tentang perkara tu.:D

    mungkin blogger baru hanya berminat untuk short term keyword yang mana keyword tersebut bakal ditendang selepas beberapa ketika apabila dah top rank, sedangkan nak maintain keyword tu di atas..bukan satu kerja mudah..backlink dari site high PR juga tak ramai yang ambil berat..apatah lagi no follow dan dofollow site..cuma mungkin segelintir yang ambil peduli..kan ?:D

    *terpanjang plak komen..hehee
    Curahan rasa reezluv @ ..Contest Mudah – Review Fotocinta & MenangMy Profile

    1. kak jie pernah sentuh bab backlink blog top rank, tapi kebanyakkan blogger lebih fokus kepada quantiti…ramai nak join contest yg perlu bagi bakclink berlambak…dia tak sedar nilai blog dia jatuh kalau backlink keluar terlalu banyak. kena tahu setakat mana yang cukup saja, jangan berlebihan.

      kita kena jaga ‘milik ‘ kita, blog kita..bina dengan bahan yang berkualiti baru tahan lama
      Curahan rasa Kujie @ ..Kenapa Kak Jie Jarang Sertai Gathering BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!