Aaron Ramsey bukan Van Persie

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, tabik hormat dengan Aaron Ramsey yang tak boleh disekat lagi dengan tenang tidak meraikan dua gol jaringannya ketika Arsenal menewaskan Cardiff City. Kerjaya bolasepak Aaron Ramsey bermula dari akademi bolasepak Cardiff City kerana itu beliau sangat menghormati tempat asalnya. Cara hormat Aaron Ramsey mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja dari penyokong Arsenal juga dari penyokong Cardiff.

[box type=”shadow”]Last year, RVP tak celebrate gol bila jaringkan lawan Arsenal tetapi penyokong-penyokong Arsenal boo dia habis-habisan dan maki hamun masa di Emirates. Berbeza dgn layanan yang Ronaldo terima semasa kembali ke OT dan diberi standing ovation serta tepukan gemuruh. Mungkin RVP rasa peminat pun tak hargai sumbangan dia mcm peminat MU hargai sumbangan Ronaldo. Apa-apa pun Arsenal menang kan this week – Penyokong MU [/box]

Cara Aaron Ramsey jauh berbeza dengan Roben Van Parsie ketika meraikan jaringan ketika mengalahkan Arsenal dengan wajah sombong seperti gambar dalam entri “Roben Van Persie sudah lebih lah“. Penyokong Manchester United kata penyokong Arsenal yang menyerang Van Persie sebab itu dia bertidak begitu. Kalau betul penyokong Arsenal yang menyerang dahulu pasti ada sebabnya. Berbeza dengan Cesc Fabregas yang sentiasa diingati dan dihormati oleh penyokong Arsenal kerana beliau sentiasa menghormati penyokong dan pengurusan Arsenal begitu juga Thierry Henry yang sentiasa disanjung oleh penyokong. Van Persie tidak akan menjadi legenda MU seperti Wayne Rooney dan namanya pasti akan dilupakan oleh penyokong MU apabila kuasa ledakan golnya telah hilang kelak dan juga pastii tidak akan jadi legenda Arsenal.

BPL 2013/2014 Week #14

Keputusan BPL 30/11/13 masih mengekalkan Arsenal ditahta BPL untuk minggu ke 13 terutama setelah Liverpool tewas kepada Hull city dan MU seri dengan Tottenham. Chelsea yang dikejutkan dengan jaring terpantas BPL 2013/14 pada saat ke 14 bagaimanapun dapat merapatkan mata dengan Arsenal setelah berjaya menewaskan Southampton 3 – 1. Kemenangan Manchester City 3 – 0 kepada Swansea juga dapat menjarakan kedudukan elite BPL ketangga ke tiga.

Keputusan Arsenal vs Hull City

Disember adalah bulan penentuan kerana jadual yang sangat ketat temasuk boxing day boleh menyebabkan ramai pemain utama tercedera dan pasti akan memberi kesan pada sesebuah pasukan. Nasib mungkin menyebelahi Arsenal kerana beberapa pemain yang cedera sebelum ini seperti Theo Walcott dan Podolski telah boleh bermain dan ini memberi ruang kepada Arsene Wenger untuk mengilirkqm pemain bagi mengelakan keletihan.

Kemenangan perlawanan Arsenal vs Hull City sangat penting untuk menjarakkan mata dari pasukan elit yang lain yang juga dijangka menang kerana menentang pasukan lemah. Penyokong Arsenal pasti mengharapkan keputusan Manchester United vs Everton berakhir dengan seri untuk menjarakan lagi perbezaan mata. Arsenal tidak boleh memandang ringan kerana Hull City bukan pasukan yang mudah dikalahkan terutama rekod Arsenal bermain di tempat sendiri yang kurang menyerlah. Sentuhan Aaron Ramsey yang lebih hebat dari Van Parsie dengan bantuan Jack Wilshere, Giroud dan Ozil pasti akan memberi kejayaan kepada Arsenal. Jangkaan aku Arsenal akan menang 3 – 0.

Keputusan Arsenal vs Hull City : 1 – 0

Live Arsenal vs Hull City @ Twitter


 

Keputusan BPL 2013/2014 Week #14

[box type=”shadow”]Crystal Palace vs West Ham : 1 – 0

Southampton vs Aston Villa : 2 – 3

Stoke City vs Cardiff City : 0 – 0

Manchester United vs Everton : 0 – 1

Swansea vs Newcastle : 3 – 0

Sunderland vs Chelsea : 3 – 4

Liverpool vs Norwich City : 5 – 1

West Brom vs Manchester City : 2 – 3

Fulham vs Tottenham : 1 – 2

[/box]

Video kehebatan Aaron Ramsey yang bakal jadi pemain lebih hebat dari Van Persie


Spread the love

47 Comments

  1. Mulanya saya pelik jugak sebab apa masa Aaron Ramsey score gol tu dia tak celebtrate..nampak macam takde semangat je..rupanya dia hormatkan tempat asal usulnya..memang berbeza sangat la dengan Van Persie..
    Apa pun keep it up The Gunners..korang memang terbaik!

  2. Untuk Peminat Man U…
    RVP mmg di kecam oleh fan Arsenal bersebab…

    Sepanjang di Arsenal, Brapa season RVP injured?
    Bila RVP bebas dari injured, terus jadi top utk season tersebut..
    Next season blah trus ke Man U…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!