7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

animasi Upin dan Ipin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kita semua. Majoriti anak-anak pada zaman sekarang mahupun ibu bapa mengetahui siapa itu Upin dan Ipin.

Bermula dengan 10 tahun yang lalu, Upin Ipin kini telah melebarkan sayapnya dengan permintaan ke pelbagai negara di seluruh dunia sehinggakan proses alih suara berlaku. Sebelum ini, filem ‘Geng Pengembaraan Bermula’ ditayangkan pada tahun 2009 dan untuk 2016 pula , Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bakal ke pawagam pada 24 November 2016.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia jana income rumah sewa!

Rahsia Jana Income dgn Menulis!

Cara elak diserbu LHDN![/box]

Filem ini turut disokong oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet  gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini.

malam-gala-upin-ipin-jeng-jeng-jeng
Perasmian Malam Gala oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah  tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut.  Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.

Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.

promosi-upin-ipin-jeng-jeng-jeng
Di sebalik tabir pembikinan Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Proses 'voice over' oleh Remy Ishak yang membawa watak sebagai Bo
Proses ‘voice over’ oleh Remy Ishak yang membawa watak sebagai Bo

7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

  1. Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
  2. Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
  3. “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.
  4. Dato’ Aliff Syukri yang juga meneraju syarikat D’Herbs Holdings, mengeluarkan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak.
  5. Muzik video lagu rasmi adalah “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri).
  6. Proses penggambaran semula pernah dilakukan kerana filem ini mempunyai kriteria dan piawainya tersendiri.
  7. Teaser selepas kredit tayangan filem adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Anda mesti lihat!
yubi-band
Yubi Band yang membawa lagu rasmi Jeng Jeng Jeng

Informasi Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

Tajuk Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit
Kos Terbitan Filem : RM4 juta

Terbitan Bersama :
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan KRU Studios,

puteri-balkish-upin-ipin-jeng-jeng-jeng
Balqis hanya impikan keluarga bahagia
Hajah Ainon dan Erma Fatima menjadi Pengarah bagi filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Hajah Ainon dan Erma Fatima menjadi Pengarah bagi filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Barisan Pelakon Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng

ASYIELA PUTRI pelakon Suara Upin & Ipin : Asyiela Putri merupakan pelakon suara bagi watak animasi popular, Upin & Ipin. Asyiela Putri telah menyumbangkan suara emasnya untuk kedua-dua watak kembar comel ini hampir 7 tahun.

PUTERI BALQISH sebagai Aqish : Seorang anak yatim yang periang dan merupakan peminat tegar Upin & Ipin sehinggakan beliau dapat melihat Upin & Ipin setiap kali menyebut “ Jeng, Jeng, Jeng!”

AWIE sebagai AWIE : Merupakan penyanyi rock yang sudah tidak popular lagi. Bagi menaikkan kembali namanya di persada seni, beliau  secara tidak sengaja terlibat dengan perancangan Aqish, Upin dan Ipin.

SARA ALI sebagai NOREEN : Noreen seorang yang penyayang namun beliau amat cepat berputus asa apabila ditimpa masalah. Beliau juga merupakan penjaga rumah anak yatim yang menempatkan Aqish dan kawan-kawan yang lain.

REMY ISHAK sebagai BO : Bo merupakan kawan baik Awie sejak kecil lagi. Beliau seorang yang kelakar dan sentiasa berada bersama-sama Awie di mana sahaja dan menyokong segala yang dilakukan oleh Awie.

remy-ishak-upin-ipin-jeng-jeng-jeng
Aksi Awie dan Bo yang terkejut apabila melihat Balqis yang bermain dengan Upin Ipin

Review Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Lakonan adik Balqis yang membawa emosi selama beberapa ketika di dalam beberapa babak. Penghayatan watak yang mementingkan kasih sayang di antara insan-insan yang membesar tanpa ibubapa. Sara Ali bijak membawa emosi anak-anak kecil yang mulanya riang, kemudian sedih dan marah bersama lakonan Gambit.

Suntikan elemen kelakar dari Awie, Remy Ishak dan David Teo cukup menjadi dan ia tidak begitu berat untuk ditonton. Pelbagai perasaan timbul hasil dari semua pelakon apabila menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini dengan mengharapkan sesuatu kejayaan dan kemanisan. Ianya wujud apabila impian menjadi kenyataan dan semuanya tersenyum dan riang di akhir filem.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng di pawagam berdekatan pada 24 November 2016. Bawa anak-anak, cucu-cucu dan seluruh keluarga untuk bersama-sama menonton filem animasi dan lakonan yang ditunggu-tunggu pada cuti sekolah nanti.

Denaihati
Rakan Sosial Media anda
Denaihati Network (jangan lupa follow juga page kami)


Spread the love

45 Comments

  1. Sudah tonton di pawagam. Terasa sangat rugi membayar tiket. Cerita untuk anak-anak kecil yang dipenuhi storyline dewasa seperti dipukul gangster kerana berhutang, penyanyi tua yang tidak trending lagi,bibit cinta berputik dan pinjaman tanah. Bila Upin Ipin hanya menjadi bintang undangan, jangan beri tajuk “Upin Ipin”…
    Anak-anak saya nak cerita pasal Upin,Ipin, Mei Mei, Jagjit, Ehsan, Mael, Opah, Tok Dalang, Seppi, Uncle Muthu dan yang lain.
    Jangan buang wang anda.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!