Assalamualaikum dan salam sejahtera,
animasi Upin dan Ipin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kita semua. Majoriti anak-anak pada zaman sekarang mahupun ibu bapa mengetahui siapa itu Upin dan Ipin.
Bermula dengan 10 tahun yang lalu, Upin Ipin kini telah melebarkan sayapnya dengan permintaan ke pelbagai negara di seluruh dunia sehinggakan proses alih suara berlaku. Sebelum ini, filem ‘Geng Pengembaraan Bermula’ ditayangkan pada tahun 2009 dan untuk 2016 pula , Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bakal ke pawagam pada 24 November 2016.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia jana income rumah sewa!
Rahsia Jana Income dgn Menulis!
Cara elak diserbu LHDN![/box]
Filem ini turut disokong oleh Malaysia Ekonomi Digital Corporation (MDEC) yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini.
Sinopsis Filem Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!
Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng! mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis. Dia sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin. Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar bahawa Rumah Anak Yatim tersebut hendak diambil alih kembali oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.
Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim tersebut. Dia telah meminta bantuan daripada Upin & Ipin, tanpa disangkai Upin & Ipin benar-benar muncul di hadapannya. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin. Pada masa yang sama, Awie penyanyi rock terkenal suatu ketika dahulu turut mengalami masalah kewangan. Dia tidak lagi popular dan sedang mencari peluang untuk menghasilkan album terbarunya bagi mendapatkan pendapatan.
Awie dengan pembantunya Bo terserempak dengan Balqis yang sedang kecewa setelah bergaduh dengan Noreen. Atas pujukan dari Upin & Ipin, Balqis bersetuju untuk pulang ke rumah namun dia masih tidak berbaik dengan Noreen.
7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
- Filem ini diarahkan oleh Erma Fatima bersama-sama dengan Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.
- Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI).
- “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup.
- Dato’ Aliff Syukri yang juga meneraju syarikat D’Herbs Holdings, mengeluarkan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak.
- Muzik video lagu rasmi adalah “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri).
- Proses penggambaran semula pernah dilakukan kerana filem ini mempunyai kriteria dan piawainya tersendiri.
- Teaser selepas kredit tayangan filem adalah sesuatu yang cukup mengujakan. Anda mesti lihat!
Informasi Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tajuk Filem : Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Tarikh Tayangan : 24 November 2016
Durasi Tayangan : 98 minit
Kos Terbitan Filem : RM4 juta
Terbitan Bersama :
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan KRU Studios,
Penaja Utama : Aliff Syukri Terlajak Laris
Edaran: Primeworks Distribution, TV3 Malaysia, TV9 Di Hatiku
Penaja Bersama: Telekom Malaysia, Upin Ipin Pasta Gigi
Dana Kesan Khas :FINAS Malaysia
Disokong oleh : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM
Barisan Pelakon Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
ASYIELA PUTRI pelakon Suara Upin & Ipin : Asyiela Putri merupakan pelakon suara bagi watak animasi popular, Upin & Ipin. Asyiela Putri telah menyumbangkan suara emasnya untuk kedua-dua watak kembar comel ini hampir 7 tahun.
PUTERI BALQISH sebagai Aqish : Seorang anak yatim yang periang dan merupakan peminat tegar Upin & Ipin sehinggakan beliau dapat melihat Upin & Ipin setiap kali menyebut “ Jeng, Jeng, Jeng!”
AWIE sebagai AWIE : Merupakan penyanyi rock yang sudah tidak popular lagi. Bagi menaikkan kembali namanya di persada seni, beliau secara tidak sengaja terlibat dengan perancangan Aqish, Upin dan Ipin.
SARA ALI sebagai NOREEN : Noreen seorang yang penyayang namun beliau amat cepat berputus asa apabila ditimpa masalah. Beliau juga merupakan penjaga rumah anak yatim yang menempatkan Aqish dan kawan-kawan yang lain.
REMY ISHAK sebagai BO : Bo merupakan kawan baik Awie sejak kecil lagi. Beliau seorang yang kelakar dan sentiasa berada bersama-sama Awie di mana sahaja dan menyokong segala yang dilakukan oleh Awie.
Review Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng
Lakonan adik Balqis yang membawa emosi selama beberapa ketika di dalam beberapa babak. Penghayatan watak yang mementingkan kasih sayang di antara insan-insan yang membesar tanpa ibubapa. Sara Ali bijak membawa emosi anak-anak kecil yang mulanya riang, kemudian sedih dan marah bersama lakonan Gambit.
Suntikan elemen kelakar dari Awie, Remy Ishak dan David Teo cukup menjadi dan ia tidak begitu berat untuk ditonton. Pelbagai perasaan timbul hasil dari semua pelakon apabila menonton filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini dengan mengharapkan sesuatu kejayaan dan kemanisan. Ianya wujud apabila impian menjadi kenyataan dan semuanya tersenyum dan riang di akhir filem.
Denaihati
Rakan Sosial Media anda
Denaihati Network (jangan lupa follow juga page kami)
45 Comments
bukan saja di malaysia, di tempat saya Indonesia, upin dan ipin sudah sangat populer , …. pokoknya mantap ….
Curahan rasa Ahmad @ ..Jasa Karikatur Murah
cerita yang bagus untuk kanak-kanak kerana banyak pengajaran yang boleh dicontohi.
Curahan rasa ira @ ..Penekanan Agama Walau Bersekolah Cina
Upin ipin best sangat jeng jeng jeng , anak anak suka sangat
anak-anak suka tengok nih filem, bagus ditonton seluruh keluarga
kan nonton bersama di ujung bulan ini
Curahan rasa Ami Mulyadi @ ..Paket Umroh Januari Tahun Baru Penuh Makna
Nak ajak budak-budak tengok nih filem Upin Ipin. banyak hikmah dan pengajaran di selitkan kat dalamnya….
saya suka upin & ipin juga. best nak pergi tengok juga..
Tengok trailer pun dah teruja. Tak sabar nak bawa anak pergi tengok! Kualiti grafik bertaraf dunia. 😀
Curahan rasa Hasrul Wayne @ ..Bercuti Di Jepun: Bagaimana Ingin Travel Bajet
Dah ada plan nak bawa anak tengok cerita ni lepas habis kerja hujung bulan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
dah lama tak layan upin ipin! nak kena layan ni
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Aku Rindu Kota Madinah
Dulu layan Upin dan Ipin dengan anak, kali ni dah rasa lama tak tengok Upin dan Ipin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Tengok trailer filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng ni pun nampak macam best jer…. Time cuti sekolah pulak tu…. Mesti ramai anak-anak ajak emak ayah tengok filem ni…
Curahan rasa Anuar @ ..Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
24 November yer… lama lagi tu… Sehari lepas exam Online PTD…
Calon Exam PTD pun boleh tengok filem ni untuk lepaskan kelegaan selepas berhempas pulas jawab exam online sehari sebelumnya…
Curahan rasa Anuar @ ..Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
Menarik sangat! Saya yang mak budak nie pun sukakan siri Upin-Ipin, apatahlagi anak-anak. Memang tak pernah mengecewakan, sama ada kualiti animasi dan juga konten. 😀
Curahan rasa Oja Samid @ ..Cara Mudah dan Semulajadi Kuatkan Sistem Imun Badan Melawan Penyakit | Triple Immune Protection
Banyak nilai-nilai murni dalam kisah upin dan ipin, semangat setiakawan dan persaudaraan pun ada.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
Tak sabar pulak bila tengok kesan CGI dia nampak bermutu.
cerita upin ipin ni bukan sekadar cerita saja, dia ada pengajaran jugak. bagus ditonton seisi keluarga
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tahniah Kepada Pemenang Top Komentator Oktober – Simkad Onexox
Ya betul tu.. saya setuju sangat. Banyak pengajaran yang diselitkan dalam setiap cerita Upin & Ipin
Curahan rasa anuar @ ..Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 (PTD) pada 23 November 2016
Comments are closed.