Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sehingga hari ini, masih ramai yang berkira-kira sama ada ingin membina laman sesawang @ website atau tidak? Antara faktor utama adalah kerana ianya melibatkan kos pembangunan dan kos untuk selenggara domain dan hosting setiap tahun. Sebenarnya ini berlaku kerana masih ramai tidak pasti kenapa perlu ada laman sesawang untuk perniagaan atau jenama mereka.
Dalam artikel kali ini, kita akan berbincang 7 sebab mengapa setiap perniagaan perlu mempunyai laman sesawang. Ini agar tiada lagi perasaan ragu-ragu untuk membina laman sesawang untuk syarikat masing-masing. Mari kita baca di ruangan di bawah.
1. Membina kredibiliti
Laman sesawang sebenarnya dapat mewakili syarikat kita untuk membina kredibiliti tanpa kita perlu ada di situ. Laman sesawang akan dapat menyampaikan info-info penting dan seterusnya membolehkan perkenalan dan perhubungan dengan pelawat baru terbina.
Ini antara perkara penting yang perlu kita fahami, laman sesawang yang dibina dengan baik akan menyampaikan asas jenama syarikat tersebut. Apa yang ingin disampaikan, konten apa yang ingin disogok kepada pelawat, semuanya adalah sebahagian daripada perancangan apabila kita membina laman sesawang.
Bayangkan, sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet akan dapat melayari laman sesawang syarikat kita dan seterusnya berkenalan dengan perkhidmatan atau produk yang kita ingin pasarkan.
2. Alat Pemasaran Digital
Laman sesawang adalah salah satu daripada alat penting dalam mendominasi pemasaran dalam dunia digital masa kini. Kita boleh menggunakan rangkaian media sosial, aplikasi mobile, forum, email dan sebagainya. Namun begitu, ianya sangat berbeza dengan konsep atau strategi yang digunakana apabila kita membina laman sesawang.
Menggunakan laman sesawang, anda boleh memperkenalkan perniagaan anda kepada bukan sahaja pasaran di Malaysia, bahkan di seantero dunia. Ini merupakan satu perkara yang memerlukan kos yang sangat tinggi 20 tahun yang lalu. Namun sekarang, anda boleh melakukannya dengan lebih jimat dan mudah. Laman sesawang akan bertindak sebagai wakil pemasaran anda di mana juga anda berada.
3. Sebagai wakil membuat jualan
Apabila melakukan perniagaan, pasti dan pasti kita mahukan jualan berlaku. Semakin banyak jualan, semakin seronoklah pernaigaan kita diteruskan. Jualan dalam dunia digital ini boleh berlaku dalam banyak saluran. Saluran media sosial, sistem perhubungan seperti Whatsapp dan tidak dilupakan melalui laman sesawang.
Jualan yang berlaku menggunakan laman sesawang sebenarnya lebih menyeronokkan. Ini kerana ianya berlaku secara automatik tanpa penglibatan kita secara langsung semasa proses jualan berlaku. Kita boleh berada di mana sahaja semasa proses jualan itu berlaku. Tidak perlu lagi mengadap telefon pintar setiap masa hanya kerana ingin membuat jualan.
Namun begitu, teorinya lebih mudah berbanding praktikal, kita perlu terlebih dahulu bersusah payah untuk mengenalpasti sama ada laman kita cukup bagus untuk menjadi wakil jualan kita. Ini perlukan ilmu dan perancangan yang teliti.
4. Membuat analisa lebih mendalam
Apabila kita mempunyai laman sesawang, adalah lebih mudah untuk kita membuat analisa apa isi kandungan yang digemari, dari mana pelawat kita hadir, lokasi mana yang menjadi tumpuan dan topik apa yang menarik perhatian ramai. Kebanyakan data-data ini kita boleh perolehi secara percuma sahaja. Memang berbaloi-baloi apabila kita dapat membuat analisa yang mendalam dan seterusnya memberikan impak kepada perniagaan kita.
Semakin banyak data yang kita kumpul daripada laman sesawang, semakin hebat perancangan yang akan dapat kita sediakan. Kuasa laman sesawang ini memang sangat luar biasa seandainya diusahakan dengan baik. Apa yang penting, kita selenggara laman sesawang kita dengan baik. Pasang alatan untuk mengumpul semua data berkaitan dan akhirnya membuat analisa yang diperlukan.
5. Menyampaikan maklumat dengan baik
Kita biasa baca, dengar atau lihat, pernyataan “content is king” atau “isi kandungan itu raja”. Jika benar kita faham mengenai perkara ini, isi kandungan yang berbentuk maklumat ini akan menyebabkan kita boleh merajai atua mendominasi dunia digital untuk industri yang kita ceburi.
Tambah menarik, apabila menulis artikel di laman sesawang, ianya dapat disusun mengikut apa yang kita telah rancang. Berbeza jika kita menulis di rangkaian media sosial seperti Facebook dan lain-lain. Kita terpaksa akur dengan tetapan yang telah disediakan.
Apabila maklumat dapat disampaikan dengan baik, pelawat yang tidak mengenali kita, akan mula mengenali. Apabila perkenaalan telah berlaku. proses untuk menukarkan status pelawat kepada pembeli itu akan lebih lancar dan mudah. Semua ini akan berlaku dengan susun atur maklumat yang baik dan bukan sekadar untuk menjual. Didiklah mereka dengan ilmu secukupnya, jualan akan berlaku selepas itu.
6. Fleksibiliti dalam pengurusan
Laman sesawang juga membenarkan kita untuk menjadi lebih fleksibel dalam menguruskan perniagaan. Sama ada kita menggunakan telefon pintar, laptop mahupun komputer meja, semuanya masih boleh digunakan untuk menguruskan perniagaan kita seperti mana kita menggunakan laman media sosial dan lain-lain.
Laporan jualan, analisa prestasi harian, mingguan, bulanan dan tahunan, semuanya berada dalam genggaman kita dan hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan semua laporan ini. Mudah bukan?
7. Pusat hentian setempat
Akhir sekali, laman sesawang akan menjadi tempat hentian setempat untuk pembaca, bakal pelanggan, pelanggan, ejen jualan dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui mengenai berita terkini dan perkembangan syarikat kita. Ianya akan memudahkan proses penyampaian berita dan banyak lagi.
Semua ini memang boleh dilakukan juga menggunakan saluran yang lain, namun dengan laman sesawang, ianya boleh kita susun agar mudah untuk dicari dan dirujuk semula.
Semoga perkongsian kali ini menjawab persoalan rakan-rakan yang masih berfikir-fikir sama ada perlu atau tidak membina laman sesawang untuk perniagaan masing-masing.
65 Comments
Gunakan kemudahan Internet dengan bijak. Cari pendapatan dari rumah.. Great Info
Curahan rasa semakkini @ ..Tempat-Tempat Menarik di Sabah
Dengan kemudahan internet, boleh bina blog yang menjual ebook peperiksaan berkaitan dengan kerja kerajaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Betul… Saya suka dengan cadangan tuan Ikhwan Fahmi… Doakan saya berjaya mencapai sasaran dalam cabaran affiliate kali ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Jarang saya menulis artikel blog dengan bersungguh-sungguh dalam cabaran-cabaran affiliate infokerjaya sebelum-sebelum ini.. Tapi kali ni In Shaa Allah saya akan buat dengan bersungguh-sungguh
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Blog merupakan medium marketing untuk jangka masa panjang. Kalau malu untuk bisnes secara berdepan, blog memang langkah terbaik untuk pemasaran.
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Kelebihan Suka Minum Soya
Bila ada blog, kena belajar hasilkan artikel yang mesra SEO untuk pemasaran jangka masa panjang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan 1 Juta Dalam Masa 7 Hari
Setuju dengan tuan Ikhwan Fahmi… Untuk pengiklanan homestay setakat ini Alhamdulillah berhasil guna strategi SEO…
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Tapi untuk cabaran affiliate Tim Infokerjaya belum mampu lagi bersaing dalam SEO… Sebab ramai pakar-pakar ada modal untuk bayar kos pengiklanan pada google..
Curahan rasa Anuar @ ..Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
Great blog. Really nice information shared. Thanks for sharing the important points with us. – shirdi flight package from bangalore, nasik flight package from bangalore
http://myshirditrip.com/shirdi-and-nasik-flight-package-from-bangalore.html
it is a great blog like Denai Hati because they have a group of active blogger gathers around.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2017
Blog salah satu mediaum paling mudah untuk mereka yang sudah menceburi bidang perniagaan ditambah lagi dengan pelbagai sosial media yang semain pesat membangun , jadi ianya tidak mustahil jika para peniaga pada masa kini wajib mempunyai laman sesawang ataupun blog
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk
sekarang n ramai lebih tumpukan perhatian pada sosial media kerana ia lebih senang diuruskan. tapi blog lebih banyak potensi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem IT 2017
Media sosial sebenarnya sangat bagus digunakan untuk menarik trafik ke website. Ia juga banyak membantu SEO kalau digunakan sebaiknya.
Curahan rasa Sani @ ..Percutian Itu Memang Menyeronokkan!
Ada blog yang dah hebat SEO tambah dengan Adwords, berjaya buat jualan affiliate niche kerjaya RM70 ribu dalam masa 2 hari.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Pencen Kerja Kerajaan Bukan Jaminan
Comments are closed.