Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
blog telah wujud sejak sekian lama, ianya bermula sebagai platform penulisan diari online kemudian berkembang menjadi satu platform pemasaran yang luar biasa berkesan. Sehingga kini, blog semakin relevan disebabkan perkongsian maklumat dan isi kandungan yang dekat dengan pembaca.
Walaupun ramai yang menyatakan orang sudah tidak membaca blog, tanpa sedar sebenarnya mereka menggunakan Google untuk membuat carian dan keputusan yang dipaparkan itu kebanyakannya terhasil daripada penulisan artikel di blog. Hari ini, sekiranya kita ingin melakukan pemasaran menggunakan isi kandungan (content marketing), blog adalah platform paling mudah.
Denaihati Network merupakan syarikat yang wujud daripada sebuah blog peribadi, kami menggunakan WordPress sebagai platform utama kerana setelah lebih 10 tahun menggunakan WordPress, banyak teknik-teknik dan strategi yang dapat dirancang untuk perjalanan pemasaran yang lebih efektif.
1. Blog sebagai alat penjenamaan
Blog kepada peniaga merupakan salah satu cara untuk kita bina jenama. Artikel-artikel yang ditulis untuk bidang atau topik yang tertentu secara terperinci akan memberikan kepercayaan kepada jenama yang kita usahakan. Harini ini pengguna semakin bijak untuk membuat pilihan apabila mereka ingin membuat belian.
Pengguna akan membuat carian terlebih dahulu dan membaca penemuan-penemuan dalam enjin carian. Sekiranya mereka menemui banyak bahan rujukan daripada blog perniagaan kita, dari situ mereka akan lebih mudah untuk terpikat dan membeli produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.
2. Membina perhubungan dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada
Blog boleh digunakan untuk membina perhubungan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang sangat berkesan. Apabila kita banyak menulis artikel yang memberikan faedah dan manfaat kepada pembaca, mereka akan kerap hadir ke blog kita untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti.
Perhubungan ini terbina apabila pembaca mendapat manfaat tersebut, dan akhirnya mereka akan bertukar menjadi pembeli apabila penawaran berlaku dan mereka telah percaya dengan apa yang kita sampaikan selama ini. Perkongsian tips kehidupan dan seumpamanya yang tidak berkaitan dengan menjual produk atau perkhidmatan adalah antara perkara yang boleh dilakukan.
3. Kos pemasaran semakin lama semakin berkurang
Menggunakan blog, kos pemasaran akan semakin berkurang semakin lama kita berada di persada platform digital ini. Apabila cukup banyak artikel yang boleh ditemui di enjin carian, ketika itu, rujukan kepada blog kita akan menjadi semakin hebat, dan apabila artikel disusun dengan baik, kita akan dapat membuat jualan dengan menggunakan blog.
Pada masa kini, ramai pengusaha blog yang hanya berdiam diri mengakut keuntungan daripada artikel yang mereka tulis, ada yang menggunakannya sebagai platform pengiklanan, menjual produk affiliate dan pelbagai lagi, semua disebabkan mereka telah menulis cukup artikel di blog mereka untuk blog mereka menjadi tumpuan.
Andai anda ingin belajar selok belok menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7&8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.
Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
102 Comments
Betul..blog memang medium penjana pendapatan paling hit sekarang ni.
Curahan rasa mira @ ..Anak tak cukup nutrient – cabaran buat ibu bapa
Benar tuh, buat saya berniaga dengan blog lebih lebih gampang, karena tak perlu ada barang langsung, cukup picture saja. Lebih penting jika ada log, haruslah up date
Curahan rasa Ami Mulyadi @ ..Paket Promo Umroh Murah Melepas Kerinduan Ziarah ke Tanah Suci
info yang bagus..saya pon dah setahun dalam blog..memang berkesan
Curahan rasa harnani_dini @ ..FENOMENA SILERA CHIA SEED
Bisnes sekrang di hujung jari. Semua orang pakai smartphone, dan hampir semua orang akan gunakan carian internet. Peniaga perlu ada blog bila orang cari akan jumpa maklumat terperinci mengenai bisnes kita.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Minyak Herba Asmak Penawar Asma Bayi
Skrg ni sy cuma ada blog peribadi. In Shaa Allah jika ada rezeki sy akn buka blog biz pulak. Thanks for the tips!
Terima kasih tuan atas nasihat yang bermanfaat ni..sy peniaga online baru belajar berblog 🙂
Mantap sekali pemaparannya enak dibaca dan begitu mudah dimengerti serta kata katanya santai bgt. Good post!
Curahan rasa Download One Piece Episode 325 Subtitle Indo – Download One Piece Eps. 325 Bahasa Indonesia @ ..Download One Piece Episode 325 Subtitle Indonesia
Salam semua….. dah lama saya guna pakai blog untuk memperkenalkan sesuatu barangan produk kepada pengguna. Kita tahu semua carian maklumat di google.
Inilah peluang untuk kita perkenalkan sesuatu produk dgn menulis kebaikan sesuatu produk dan testimoni.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Puskas Fifa 2016: Undilah Mohd Faiz Subri
Bila ada blog senag nak bercerita itu dan ini. Kena belajar juga buat blog. insyallah boleh dapat hasil.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Ada blog boleh buat duit. Tak ada blog kena belajar. Team DH ada buat kelas macam ni boleh cuba. banyak manfaatnya jika kita belajar.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Seronok berniaga dengan blog. Boleh dapat hasil yang berterusan jika kena dengan caranya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Bagus buat pemasan dengan blog. Banyak kesan baik yang bakal diperolehi darinya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Sayangnya gan , banyak pelaku bisnis online tapi tidak tahu membuat blog . kebanyakan mereka menggunakan fasilitas seperti media sosial saja .. ngomong2 artikel anda sangat bagus . salam kenal yah …
nice information.. kena mahir blog ni dan belajar dari tuan sifu.. kalau boleh hendak tahu cara pemasaran dan rahsia close sale yang berkesan
Curahan rasa pinkbubblegum @ ..(Drama)Isteri Tuan Ihsan | Aww I suke Seroja Irdina tau tau tau..
Betul tu. Boleh belajar dari kelas yang team DH sediakan ini. Isyallah boleh dapat banyak ilmu.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
itu lah.
lebih baik ada blog daripada takde langsung.
tapi bila dah ada blog, jangan lupa plak untuk update blog ye.
Curahan rasa uber lejen @ ..Berapa UPAH pemandu UBER dapat?
Comments are closed.