Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
blog telah wujud sejak sekian lama, ianya bermula sebagai platform penulisan diari online kemudian berkembang menjadi satu platform pemasaran yang luar biasa berkesan. Sehingga kini, blog semakin relevan disebabkan perkongsian maklumat dan isi kandungan yang dekat dengan pembaca.
Walaupun ramai yang menyatakan orang sudah tidak membaca blog, tanpa sedar sebenarnya mereka menggunakan Google untuk membuat carian dan keputusan yang dipaparkan itu kebanyakannya terhasil daripada penulisan artikel di blog. Hari ini, sekiranya kita ingin melakukan pemasaran menggunakan isi kandungan (content marketing), blog adalah platform paling mudah.
Denaihati Network merupakan syarikat yang wujud daripada sebuah blog peribadi, kami menggunakan WordPress sebagai platform utama kerana setelah lebih 10 tahun menggunakan WordPress, banyak teknik-teknik dan strategi yang dapat dirancang untuk perjalanan pemasaran yang lebih efektif.
1. Blog sebagai alat penjenamaan
Blog kepada peniaga merupakan salah satu cara untuk kita bina jenama. Artikel-artikel yang ditulis untuk bidang atau topik yang tertentu secara terperinci akan memberikan kepercayaan kepada jenama yang kita usahakan. Harini ini pengguna semakin bijak untuk membuat pilihan apabila mereka ingin membuat belian.
Pengguna akan membuat carian terlebih dahulu dan membaca penemuan-penemuan dalam enjin carian. Sekiranya mereka menemui banyak bahan rujukan daripada blog perniagaan kita, dari situ mereka akan lebih mudah untuk terpikat dan membeli produk atau perkhidmatan yang kita sediakan.
2. Membina perhubungan dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada
Blog boleh digunakan untuk membina perhubungan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang sangat berkesan. Apabila kita banyak menulis artikel yang memberikan faedah dan manfaat kepada pembaca, mereka akan kerap hadir ke blog kita untuk membaca bahan-bahan yang berkualiti.
Perhubungan ini terbina apabila pembaca mendapat manfaat tersebut, dan akhirnya mereka akan bertukar menjadi pembeli apabila penawaran berlaku dan mereka telah percaya dengan apa yang kita sampaikan selama ini. Perkongsian tips kehidupan dan seumpamanya yang tidak berkaitan dengan menjual produk atau perkhidmatan adalah antara perkara yang boleh dilakukan.
3. Kos pemasaran semakin lama semakin berkurang
Menggunakan blog, kos pemasaran akan semakin berkurang semakin lama kita berada di persada platform digital ini. Apabila cukup banyak artikel yang boleh ditemui di enjin carian, ketika itu, rujukan kepada blog kita akan menjadi semakin hebat, dan apabila artikel disusun dengan baik, kita akan dapat membuat jualan dengan menggunakan blog.
Pada masa kini, ramai pengusaha blog yang hanya berdiam diri mengakut keuntungan daripada artikel yang mereka tulis, ada yang menggunakannya sebagai platform pengiklanan, menjual produk affiliate dan pelbagai lagi, semua disebabkan mereka telah menulis cukup artikel di blog mereka untuk blog mereka menjadi tumpuan.
Andai anda ingin belajar selok belok menggunakan pemasaran blog secara sistematik, usah ketinggalan untuk hadirkan diri ke kelas WordPress For Business yang akan diadakan pada 7&8 Januari 2017. Ruang untuk mendominasi industri anda masih luas, lakukan sekarang dan anda akan dapat kesannya dalam tempoh 12 – 24 bulan dari sekarang.
Boleh terus ke http://akademi.denaihati.my untuk membuat pendaftaran.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
102 Comments
Pasaran dapat ditingkatkan dengan mewujudkan blog, mudah pengguna nak review
Entri terbaru : http://riverstonegirl.blogspot.my/2016/12/hotel-ibis-styles-kuala-lumpur-fraser.html
Betul tu. Boleh jadi rujukan untuk pengguna bila mereka nak tahu tentang produk yang kita buat.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Mula-mula dulu memang tak yakin dengan blogging, tapi bila dah bermula dan komited dengannya, Alhamdulillah banyak hasil dan kebaikan yang datang daripada blog. 🙂 Yang penting kena betulkan niat terlebih dulu.
Curahan rasa Oja Samid @ ..9 Tips Persediaan Bercuti ke New Zealand Bersama Keluarga 9 hari 8 malam
Saya setuju dengan ketiga-tiga sebab di atas. Saya banyak explore laman web perniagaan luar negara yang mempunyai jenama perniagaan yang hebat, apa yang menariknya laman web mereka mempunyai blog.
Blog adalah tool utama untuk menarik bakal pelanggan ke laman perniagaan. Untuk jangka masa panjang ianya sangat baik untuk perniagaan. Tetapi berita sedihnya ialah blog tidak sesuai untuk mereka yang buat hari ini nakkan hasilnya esok.
Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Benarkah perawat boleh tafsir mimpi?
Betul tu saya setuju… cuba tengok syarikat-syarikat besar di Malaysia.. sebagai contoh Air Asia dan Legoland.. kedua-dua syarikat ini menggunakan platform blog untuk memasarkan perniagaan mereka..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
kalau ada blog, perniagaan boleh set auto dalam jangka masa panjang. masa tengah tidur pun duit boleh masuk 🙂
Curahan rasa Rayna @ ..Manfaat Bisnes SHAKLEE !
Perniagaan boleh beroperasi non stop.. 24 jam sehari.. 7 hari seminggu.. 30 hari sebulan..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kalau kita bercuti ke.. melancong ke.. tak perlu nak tutup kedai.. Perniagaan boleh terus berjalan..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
pemasaran menerusi blog akan lebih berterusan kerana enjin carian memang menjadi rujukan utama mereka yang mencari maklumat atau produk
saya setuju dengan artikel yang mba tulis dan tentunya sebagai pembaca kita harus mengetahui karakterisitik blog itu sendiri!
thanks informasinya mba, hehehe
apakah blog personal boleh dicampur dengan blog bisnis?
saya baru mencoba blog sekitar 4 bulanan, jadi masih awam.
blog memainkan peranan yg penting dalam arus pemodenan sekarang ini..ianya menjadi penghubung kpd bakal pelanggan kita…
Curahan rasa asraff @ ..Jaringan Mohd Faiz Subri Tersenarai 10 Gol Tercantik Dunia
Betul sangat.. peniaga yang nak bisnes untuk long term memang wajib buat blog. sekarang semua hujung jari, customer google je. Tapi nak konsisten update blog memang payah sikit. :p
Blog kena rajin up-date dan maintain barulah ramai pengunjung takdelah sendu jer….
Kalau setahun sekali up-date susahlah macam tu.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Apabila Kucing-Kucing Selsema
Memang kne ada blog…namun nak buat blog up to date memang payah..
betul tu, blog boleh digunakan untuk pasarkan produk tapi kena rajin la blogwalking semua tu
Curahan rasa ira @ ..Info Produk-Carotomax
yes, kena rajin selalu lah kalau nak berblog ni. hehe
Curahan rasa ira @ ..Info Produk-Carotomax
betul..ramai masih belum sedar potensi blog..dr dulu smpi smpai, blog sentiasa memberi pulangan tanpa ramai yg sedar..mungkin FB ads tgh hot skng, tapi dlm masa yg sama blog terus menyumbang sesuatu jika kena dengan cara kendaliannya.
Curahan rasa JMR @ ..Anniversary Dinner 2016: Rezeki Datang Dalam Pelbagai Bentuk.
Blog ni makan masa, nak kata susah sangat tak jugak, nak kata senang sangat pun tak…yang penting konsisten.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Permohonan Kemasukan Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa Ambilan Febuari 2017
Comments are closed.