Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setahun cepat sangat berlalu dan kita bakal meninggalkan 2014 yang penuh dengan kejadian yang tidak terduga. Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang 2014 dan berikut sedikit perkongsian sebagai diary yang terindah dalam kenangan sepanjang 2014.
1. Kembara Palestine
Kenangan menjejaki kaki di makam-makam Rasul dan Majis Al Aqsa ke bumi Palestine bagaikan mimpi menjadi kenyataan yang belum tentu dapat diulang lagi kerana suasana politik Palestine sudah sangat banyak berubah. Insyaa Allah kisah Kembara Palestine akan dibukukan suatu hari nanti.
2. MSMW best micro blog
Alhamdulilah rezeki apabila Majlis Sosial Media Malaysia telah memilih Instagram Denaihati pemenang anugerah Best Micro Blog 2014. Alhamdulillah ini anugerah ke empat yang diterima oleh Denaihati.
3. Sepetang Bersama Blogger 2014
Alhamdulilah SBB2014 kali ini lebih besar dan lebih meriah dengan kehadiran blogger dan penaja yang pelbagai. Lokasi baru di Saloma Bistro juga menjadi majlis kali ini melekat di hati. Ada koleksi video SBB2014 untuk tatapan semua.
4. Kehilangan MH370 tak siapa yang tahu
Serentak di hari majlis SBB2014 dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang sehingga sekarang masih belum ditemukan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
5. Buku Denaihati
Alhamdulillah dengan izin Allah tercapai juga cita-cita mencetak buku Denaihati yang mengumpulkan tulisan-tulisan menarik blog Denaihati sepanjang berblog. Kepada yang nak membeli buku Denaihati bolehlah singgah di Kedai Denaihati.
6. Fatin Liyana top blogger Denaihati
Blogger Fatin Liyana terus menjadi keywords carian blogger paling popular di blog Denaihati. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja carian keywords Fatin Liyana yang singgah. Selain keywords Fatin Liyana banyak lagi keywords lain yang sering singgah di blog Denaihati nak tahu jom terjah entri “carian paling popular 2014“.
7. Kembara Turki
Kembara yang tidak dirancang tetapi telah membuka berbagai ruang kerjasama. Kembara Turki diusahakan oleh Hj Masruken partner eQurban membawa menjelajah berbelas Madrasah Tahfiz Sulaimaniyyah di Turki membuka mata hati. Jiwa orang Turki memang besar kerana mereka pernah menguasai 1/3 dunia.
8. Arsenal juara FA Cup 2014
Pasukan kesayangan Arsenal berjaya menjulang Piala FA 2014 setelah dikutuk teruk bertahun-tahun tidak menjulang sebarang piala walaupun selama 17 musim berturut-turut setiasa berada pada kedudukan top 4 BPL.
9. Jerman juara World Cup 2014
Pasukan pilihan Jerman menepati jangkaan menjadi juara Piala Dunia 2014 apabila dapat menewaskan Argentina 1 – 0 hasil jaringan Mario Gotze. Ramai juga kawan-kawan blogger yang menang hadiah hebat untuk contest Piala Dunia 2014.
10. Trafik blog Denaihati paling tinggi
Entri Gadis Peugeot CDM46 telah memecah rekod trafik blog Denaihati paling tinggi dalam sehari apabila mececah lebih 170k. Trafik boleh jadi lebih tinggi sebenarnya kalau tidak disebabkan pakej hosting tidak dapat menampung trafik yang begitu tinggi sehingga blog tergendala beberapa jam. Selain itu dalam entri “10 paling popular di blog Denaihati” ada senarai entri yang paling tinggi trafik sepanjang 2014.
11. Tragedi pesawat MH17 ditembak di Ukraine
Belum terubat luka dengan kehilangan pesawat MH370, dunia dikejutkan dengan tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pesawat perjuang Ukraine di ruang udara Ukraine. Lebih tragis lagi kerana salah seorang mangsa yang terkorban adalah anak saudara. Alhamdulillah arwah antara jenazah pertama yang dibawa pulang dan selamat disemadikan di perkuburan Batu Anam, Segamat.
12. IFTAR bersama blogger
Alhamdulillah dapat bersama lebih 300 jemputan berbuka puasa bersama blogger dan bersolat terawih di Saloma Bistro.
13. Denaihati di media massa perdana
Alhamdulillah sepanjang tahun 2014 Denaihati telah mendapat perhatian media massa perdana iaitu Astro Awani, Harian Metro dan Sinar Harian yang berkongsi kisah kejayaan blog Denaihati.
14. Cabaran iPhone 5s
Sepanjang 2014 berbagai cabaran dan contest telah dianjurkan oleh blog Denaihati dan contest terbesar “Cabaran iPhone 5s” yang insyaa Allah kuputusan akan diumumkan pada awala 2015 sebagai permulaan yang baik untuk tahun baru.
15. Kelas buat blog Akademi Denaihati
Alhamdulillah syukur sepanjang 2014 Akademi Denaihati telah mendidik ramai blogger baru dan blogger lama untuk menjadi blogger yang lebih profesional. Semuga usaha Akademi Denaihati yang diketuai oleh Eizil dapat mengubah minda untuk menjadikan blogger sebagai kerjaya.
16. Seminar Buat Duit dengan Affiliate
Penutup 2014 diakhiri dengan majlis ilmu khas untuk blogger. Paling manis apabila Dato Hussamuddin, CEO Karangkraf sudi menerima komuniti blogger berkampung sehari di Kompleks Karangkraf. Seminar Buat Duit dengan Affiliate merupaka majlis ilmu pembuka minda di kalangan peserta untuk lebih kreatif buat duit secara online.
17. Denaihati di final Pencetus Ummah
Siapa sangka entri blog Denaihati yang ditulis pada 13 Julai 2011 bertajuk “28.7% sahaja ramaja Islam solat lima waktu penuh” menjadi bahan tontonan jutaan penonton yang menyaksikan final Pencetus Ummah 2014 apabila dijadikan rujukan oleh PU Azman yang juga merupakan Juara Pencetus Ummah 2014. Bijak pandai ada berkata kalau berbudi dengan tanah pasti ada hasilnya begitu juga apabila berkongsi ilmu yang baik di blog pasti akan mejadi rujukan ramai.
18. Banjir Besar dan Tragedi AirAsia QZ8501
Siapa sangka penutup 2014 diakhiri dengan tragedi banjir besar Kelantan yang maha dahsyat dan tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang mengorbankan 155 penumpang. Semua itu ketentuan ALLAH yang pasti ada pengajaran yang perlu difikirkan oleh umat manusia.
Terima kasih ALLAH kerana memberi kesempatan kepada kita semua untuk menikmati 2014. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung wewarnakan keindahan 2014 dan jutaan kemaafan di atas segala silap salah, harap tidak disimpan dalam hati.
Mari kita melangkah ke tahun 2015 dengan kayakinan yang tinggi dan berazam untuk menjadi lebih baik daripada tahun 2014.
77 Comments
tahun 2014 banyak kenangan manis n pahit yang ekin alami…. tahun 2014 ekin sudah bergelar isteri… kenangan pahit tu bila family dikelantan ditimpa musibah banjir besar…..
Curahan rasa Cik Ash @ ..Teruja Tengok Bunga Kembang 10 pagi
Memang banyak kenangan manis dan pahit yang telah dilalui oleh setiap orang pada tahun 2014 yang lalu kan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau #3
Terimkasih karena Allah masih memberi kita nikmat iman dan kehhidupan sampai tahun 2015 ini
Curahan rasa Al Najwa @ ..Bolehkah Rumah Tangga Beda Agama?
semoga kenangan yang manis menjadi kenangan dan kenangan pahit dapat di lupakan.
Curahan rasa iuzira @ ..pelayaran islamic pertama di dunia
betul tu iuzira….pengalaman yang ada pada diri kita dpt memberi kelebihan kpd kita utk menghadapi hari-hari yg mendatang…..
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
Banyak sumbangan Denaihati Network untuk komuniti blogger..
Terima kasih banyak-banyak…
Hopefully tahun 2015 lagi banyak lagi program dari Denaihati network..
p/s – Ada kerja kosong tak? nak join Denaihati Network…
Curahan rasa fazrol @ ..MLM minggu ke 8! Semua best bagi aku.
sudah tak terhitung sumbangan beliau bagi dunia blogger Indonesia dan Malaysia
Curahan rasa Al Najwa @ ..Hukum Seorang Muslim Menikahi Orang Kafir Yang Tidak Memiliki Kitab
semoga ada lebih peluang kpd blogger lain utk turut serta dlm komuniti Denaihati Network….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
banyak kenangan 2014..ada ape2 plan untuk program kembara pada tahun 2015?
Curahan rasa Vimax Malaysia Original @ ..Vimax 3D Izon Hologram
begitu banyak kenagan Indah Alhamdulillah semoga semakin meningkatkan ketaqwaan kita kepada Nya
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
Tahniah Denaihati! Harap kekal success sentiasa.. selalu terjah blog ini untuk release tension.. hehe
Curahan rasa Ain Ridzuan @ ..TIPS HILANGKAN PENAT KETIKA MENGANDUNG
blog ini menjadi sumber inspirasi kpd kita semua dgn tips-tips yang berguna…
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
banyaknya kenangan terindah blog denaihati..semoga sentiasa sukses dan memberi inspirasi kepada blogger baru.. 🙂
Curahan rasa pinkbubblegumprincess @ ..(31 photos)Marian Rivera and ding dong dantes weding pictures!
inspirasi dan ilmu yang bermanfaat bagi semua blogger baru maupun blogger lama Insya Allah akan selalu dijumpai di blog ini
Curahan rasa risalah @ ..Hendaklah memasang sutrah
semoga DH terus sukses…. doakan kami sama2 juga ya~
tahniah 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Jom Aktifkan MyKad
kita berharap DH akan terus memacu usaha utk meramaikan lagi golongan blogger pada masa hadapan…
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Samsung Lancar Model Samsung Galaxy A3 dan Samsung Galaxy A5
tahun 2014 merupakan tahun yg bak buat DH. semoga terus sukses
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – Gone Girl
Tahniah atas kejayaan terbaik denaihati.com, semoga ia menjadi inspirasi buat semua blogger malaysia. Nyata memang hebat. Terbukti hebat.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..10 Aplikasi Kegunaan MyKad
Banyak suka duka kehidupan yang dah dilalui oleh team DH. Tapi apa apa pun, yang part contest yang suka sekali hehe
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Betul. Masih menantikan keputusan gajet impian iphone 5s .. nak tahu siapakah blogger bertuah yang berjaya. Dah lama sangat rasanya menunggu.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Lazada Pineng PN-913 10000mAh Berbaloi Beli
InyaAllah tak lama lagi adalah keputusannya. sabar yer hujung tahun/awal tahun baru sibuk sikit.
Curahan rasa Denaihati @ ..AirAsia Surabaya ke Singapura Hilang
kami akan terus menunggu. terima kasih sekali lagi atas penganjuran contes hebat
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – Gone Girl
Ya, okay. Kami akan terus menunggu dengan penuh kesabaran. Mudah mudahan penantian ini berbaloi. Amin
Tahniah Denai Hati.. Banyak Rezeki Allah beri pada DH..
Semoga tahun ini, rezeki DN lebih melimpah ruah.. Amin
Curahan rasa Aya @ ..Aku, BloggerWanita.com dan 2014
Comments are closed.