Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. 2013 yang ditinggalkan dengan penuh kenangan manis dan pahit yang menganjar kematangan hidup. Kejayaan dan kegagalan sepanjang 2013 semua adalah ujian ALLAH yang pasti ada hikmahnya untuk dijadikan sambungan rantaian kehidupan 2014. Bagaimana kehidupan aku dan keluarga begitu juga blog Denaihati melalui berbagai proses jatuh dan bangun sepanjang 2013.
Mengingat kembali tulisan aku dalam entri sambutan tahun baru 2013 perkataan azimat yang mesti dipegang adalah “Fail to Plan, Plan to Fail“ dan kata azimat untuk sambutan tahun baru 2012 pula “Melangkah Tahun Baru dengan Niat yang Betul“. Kedua-dua kata azimat ini penting untuk meneruskan kehidupan 2014 yang sangat mencabar.
Kita perlu bersedia melalui zaman susah pada tahun 2014 kerana musim bunga sudah berlalu bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Biarkan orang politik merusuh dijalan untuk mengubah keadaan tetapi jangan kita kerana keadaan itu tidak akan boleh berubah. Percayalah ALLAH sudah berjanji di dalam Al Quran setiap zaman kesenangan pasti diikuti zaman kesusahan untuk menguji manusia adakah mereka benar-benar bersedia semasa zaman senang dan adakah mereka benar-benar bersabar apabila ditimpa kesusahan.
[box type=”shadow”]Berkata (Nabi Yusuf), ‘Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu sediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah. – Surah Yusof ayat 47 – 49 [/box]
Mengembara merata ceruk rantau alam telah membuka mata aku melihat susah senang manusia. Paling tragis apabila melihat anak-anak Palestine dirembat dengan rotan apabila meminta sedikit ihsan dari rombongan kami di lorong miskin di Hebron. Ketika ini aku merasa bertapa nikmatnya kebebasan di negara sendiri tetapi kebebasan bukan milih kekal kerana di luar sana menunggu sahaja kehancuran sebuah lagi negara Islam.
2014 pasti tahun yang panjang dan susah untuk kita lalui. Paksi kehidupan aku pada tahun 2014 akan difokuskan kepada tiga perkara iaitu mendidik anak menjadi anak yang soleh, mencari ilmu yang bermanafaat supaya dapat memberi manafaat kepada insan lain dan membantu kepada yang perlu semampu yang boleh. Semuga dengan fokus tiga perkara ini aku dan keluarga dapat melalui tahun 2014 dengan lebih tenang dan bersabar dengan apa sahaja ujian yang bakal mendatang. Kami pernah susah jadi tak susah kalau terpaksa melalui kesusahan lagi yang penting kena pandai mengurus ekonomi dan kehidupan mengikut kemampuan semasa bukan mengikut emosi melebihi kemampuan.
[box type=”shadow”]“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. – HR Ibn Majah [/box]
2014 juga tahun yang mencabar untuk blog Denaihati setelah memenangi beberapa anugerah pada tahun 2012 dan 2013. Fokus 2014 untuk blog Denaihati adalah untuk menjadi blog khazanah ilmu yang akan berkongsi berbagai kisah kehidupan yang bermanafaat kepada pembaca. Tidak lagi mengejar anugerah, pagerank, ranking dan trafik tetapi aku yakin dengan penulisan yang bermanafaat semua itu akan datang sendiri tanpa diundang. Apabila semua itu datang tanpa diundang pasti rezeki juga akan berganda-ganda daripada sumber yang tidak disangka-sangka.
2014 teringin sangat kalau dapat berkobelerasi dengan top blog Malaysia antaranya Amanz.my, Beautifulnara.com, Redmummy.com dan Benashaari.com menganjurkan majlis sepetang bersama blogger 2014 .. semuga impian jadi kenyataan.
Selamat tahun baru 2014 untuk semua … semuga kehidupan kalian lebih sukses pada tahun 2014. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan kita dan tidak memalingkan hati kita setelah mendapat hidayah.
109 Comments
Bukan mudah untuk menggapai impian terutamanya dalam mengejar cita cita untuk lebih berjaya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..BLOGGER BUAT DUIT ONLINE
Semoga apa yang dihajati oleh denaihati pada tahun ini dicapai hendaknya
2014 dah nak melabuhkan tirainya. banyak juga kenangan manis sepanjang blogging tahun ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tahun 2014 dah nak berakhir. semoga 2015 membawa seribu satu kemanisan buat semua
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
ada beberapa impian yang tak tercapai tahun ni insyaallah tahun depan. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tahun 2014 dah nak habis pun. semoga tahun depan lebih baik amin
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
“Fail to Plan, Plan to Fail“ ..ayat ni betul kena batang hidung sendiri..banyak lagi yang di rancangkan untuk tahun ni belum terlaksana
Curahan rasa nord @ ..Kebaikan Protein Soya Kepada Tubuh Badan
Teringin juga ingin menjejakkan kaki ke negara org dan merasai sendiri kehidupan mereka di sana
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
saya teringin nak ke amerika. tapi mungkin lambat lagi kot. nak kumpul duit dulu
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tahun 2014 juga hndak sampai di penghujungnya. Moga ianya menjadi satu detik terindah dalam hidup kita
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Moga apa yang dihajati oleh Denaihati pada tahun ini segalanya dipenuhi
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
supaya DH terus berkongsi ilmu di blog ni dan terus maju dlm blogging
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tahun 2014 sudah menghampiri ke penhujungnya dan semoga Denaihati terus suksess!
Curahan rasa shamiera osment @ ..Salam Aidiladha…
alahai sedih baca ayat “Paling tragis apabila melihat anak-anak Palestine dirembat dengan rotan apabila meminta sedikit ihsan dari rombongan kami di lorong miskin di Hebron”..kita kene bersyukur hidup di bumi Malaysia ni
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
semoga apa yang DH kehendaki duduk bersama dengan blog yang popular akan tercapai amin….
Curahan rasa adna2029 @ ..KEPENTINGAN DOA DALAM HIDUP MUKMIN
melalui blog tuan denaihati.com macam macam pengalaman yang wawa perolehi melalui pengalaman yang tuan denaihati.com kongsikan. semoga tuan denaihati.com sentiasa sukses dalam bidang blog.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
dan pada thun 2015, wawa harap blog tuan denaihati.com kekal cemerlang gemilang dan terbilang.
Comments are closed.