2014 bermula dengan langkah kanan semuga berterusan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, penutup 2013 berakhir dengan anugerah “Best Personal Blog 2013” dan “Kembara Palestine” yang sangat menyentuh hati. Permulaan 2014 juga bermula dengan baik, permulaan dengan langkah kanan. Semuga langkah kanan ini akan berterusan untuk tahun 2014 dan Allah lindung daripada segala keburukan sepanjang tahun ini.

Alhamdulillah pada 1 Jan 2014 Kakak yang mendapat keputusan cemerlang PMR telah menyambung pelajaran di Maahad Ihya Ahmadi dekat dengan rumah Cikgu Blogger. Agak mencabar untuk Kakak sebab perlu belajar tahfiz dan akademi sains tetapi itu pilihannya sebagai ibu bapa kami akan mendoakan semua dipermudahkan. Abang yang baru tamat SPM juga dapat menyambung pelajaran di sekolah idamannya Sekolah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah antara sekolah terbaik di Selangor. Terima kasih semua yang tidak disebut nama kerana telah membantu anak-anak mencapai impian mereka.

Mahaad Iyha Ahmadi Banting
Hari pertama mendaftar di Maahad Ihya Ahmadi

Blog Denaihati juga bermula dengan langkah kanak untuk tahun 2014 apabila mendapat hadiah gajet impian ramai rakan blogger iaitu smartphone Samsung S4 active. Hadiah ke dua daripada cabaran top income program affiliate yang blog Denaihati sertai. Kelebihan Samsung S4 active adalah kalis air jadi tak risau kalau terjatuh dalam air. Suka betul isteri sebab dia sahaja yang menggunakan smartphone samsung ini yang dikatakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

samsung S4 active
Hadiah jadi top affiliater samsung S4 active

Awal tahun 2014 permulaan yang sibuk untuk team Denaihati. Buat sementara waktu kami nak lupakan kelas buat blog dan kelas master kerana bukan ramai pun yang berminat nak belajar. Kedua-dua kelas hanya terbuka untuk private kelas kepada yang berminat boleh dapatkan maklumat daripada team Denaihati. 2014 nak fokus lebih kepada projek underground untuk menjana pendapatan berganda seperti ramai rakan-rakan underground yang sudah buat banyak duit tanpa pengetahuan ramai. Cemburu betul dengan mereka yang buat duit online senyap-senyap tak heboh pun kat blog dan sosial media. Sebagai permulaan 2014 untuk mencapai misi underground aku dan Eizil menghadiri  dua workshop  berbeza untuk projek berbeza.

CPA Super Affliate Workshop
Belajar dari expert untuk jadi terbaik dalam industri

Sehari balik daripada workshop duit USD dah mula masuk. Sikit tapi permulaan yang baik sebab ada juga peserta workshop yang lepas dah enam bulan pun tak dapat apa-apa lagi. Ini perkongsian income pertama dan terakhir sebab lepas ni semua underground hanya kongsi pada #TeamWork sahaja untuk beri motivasi kepada mereka. Terima kasih Allah semuga semakin luas rezeki untuk 2014 kerana ada hak untuk yang memerlukan.

hasil pertama dari cpa affiliate workshop
Hasil pertama dalam USD semuga banyak lagi akan masuk

Manusia merancang tetapi perancangan Allah lebih baik semuga Allah permudahkan semua usaha kami kerana 2014 permulaan kembara hidup yang panjang dan penuh dengan dugaan hanya mereka yang kuat dan sabar sahaja akan berjaya. Kepada yang nak mengetahui perkembangan Denaihati mesti join instagram Denaihati kerana banyak update di sini,


Spread the love

125 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!