2013 kenangan pahit dan manis Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 memang banyak kenangan untuk blog Denaihati. Paling menyentuh hati apabila sahabat Blogger Jejai meninggal dunia pada bulan Februari setelah muncul kali terakhir di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013. Setiap kali teringat arwah pasti rasa sebak kerana semasa sakit beliau jadi sangat rapat dengan aku. Teringat tulisan isteri arwah katanya dia pun tak tahu apa kebaikan yang arwah dah buat semasa hidupnya sehingga tidak berhenti-henti tetamu datang menziarahi keluarga mereka.

2013 juga blog Denaihati mendapat dua pengiktirafan iaitu MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013. Blog Denaihati juga terpilih untuk nominasi terakhir DiGi WWWOW Blogger of the year 2013 dan MITBC Best Tourism Blog of the year 2013. Anugerah tidak diminta tetapi menjadi semangat untuk terus berkarya lebih berkualiti dan lebih berinformasi supaya dapat memberi manafaat kepada dunia.

Selain berjaya menganjurkan beberapa Kelas Junior Buat Blog dan Kelas Master Wordpress kenangan paling manis apabila berjaya menganjurkan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 dan Seminar Buat Duit Dengan Blog. Semuga usaha kami yang sedikit ini dapat membantu rakan blogger lebih berjaya dalam dunia yang semakin mencabar. Kepada yang berminat Kelas Junior dan Master Wordpress sila hubungi team Denaihati.

2013 sempat juga menganjurkan berbagai contest dengan berbagai hadiah. Tahniahlah kepada yang menang dan kepada yang tak berjaya jangan kecewa teruskan bersama blog dan sosial media Denaihati kerana akan sentiasa ada hadiah contest untuk anda. Nak menang hadiah tu kenalah follow FB, Twitter dan Instagram Denaihati sebab contest bukan sahaja diumumkan di blog sahaja. Jangan lupa follow juga aplikasi Android dan iOS Denaihati.

Berikut antara statistik kenangan blog Denaihati sepanjang 2013.

Statistik trafik blog 2013 (sumber – Clicky.com) :

  • Unique Visitors : 1,878,403
  • Number of visits : 2,557,666
  • Pageviews : 4,256,479

trafik blog denaihati 2013

Trafik blog 2013 taklah berapa nak bagus berbanding dengan trafik blog 2012 kerana ada sedikit perubahan matlamat. Walaubagaimana pun syukur banyak rezeki yang masuk dengan trafik ini. Terima kasih kepada yang memberi kepercayaan semuga ada manafaat pada bisnis anda semua.

Top 10 entri 2013

  1. Keputusan rasmi pilihan raya umum ke 13
  2. Adab hubungan suami isteri malam Aidilfitri 
  3. Top 23 blog Malaysia paling popular
  4. Semak saman trafik online
  5. Percutian Beijing penuh dengan penipuan
  6. Semak status halal secara online dan sms
  7. Sepatut jadi doktor macam Dr. Fatin Liyana
  8. Sebab doa tdak diterima dan zuriat nakal
  9. Semak saman AES online
  10. iPhone 5c penipuan Apple

Top 10 memberi trafik 2013

  1. Kakinakl.com
  2. Amriawan.blogspot.com
  3. Saljuhumairah.com
  4. Tawaranbiasiswa.blogspot.com
  5. Kozumiro.blogspot.com
  6. Syuhadasalleh.my
  7. Apesal.com
  8. Ciklilyputih.com
  9. Ariffshah.com
  10. Kongsibersamanora.blogspot.com

Top 10 penulis komen 2013

  1. Bang Iwan
  2. Hafizmd
  3. Melastik Bintang
  4. Dawaihati
  5. Munir Ardi
  6. Blog Keperawatan
  7. Datin Tyka
  8. Sensasi2020
  9. KiD 
  10. Safiyhati

Top 10 Keywords 2013

  1. Denaihati
  2. Blogger Malaysia
  3. Tempat menarik di Cameron Highlands
  4. Senarai calon PRU 13
  5. Blog Malaysia
  6. Saman Trafik
  7. Mesir terkini
  8. Keputusan SPM
  9. Halal JAKIM
  10. Fatin Liyana

Jutaan terima kasih kepada semua pembaca setia blog Denaihati, keluarga, team Denaihati dan pengiklan yang sentiasa ada bersama saat senang dan susah sehingga berada ketahap ini. Semuga 2014 lebih banyak kenangan manis untuk blog Denaihati.

Sebahagian kenangan blog Denaihati telah dicetak dalam buku Denaihati yang boleh di perolehi di Kedai Online Denaihati nak baca review dari kawan-kawan yang sudah memiliki sila klik Review Buku Denaihati.

Denaihati bersama rakan blogger di Blogrrr Awards 2013

Senaman Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia di MaTiC Fest 2013

misi kembara qurban 2013 bersama equrban.com

Seminar Buat Duit dengan blog 2013
Seminar Buat Duit dengan blog 2013

20130619-180409.jpg

20130606-173748.jpg

20130602-015147.jpg

20130519-123717.jpg


Spread the love

91 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!