2010 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX

Spread the love

Untuk peminat Formula 1 pasti bersetuju kalau aku katakan 2 perlumbanan awal di Bahrain dan Australia memberi isyarat bahawa perlumbaan tahun ini akan berjalan dengan penuh debaran. Perlumbaan di Bahrain dikuasai oleh Fernando Alonso (Ferrari), Felipe Massa (Ferrari) dan Lewis Hamilton (McLaren-Mercedes) manakala perlumbaan di Australia dikuasai oleh Jason Button (McLaren-Mercedes), Robert Kubica (Renault) dan Felipe Massa (Ferrari). Setelah 2 perlumbaan Ferrari mendahului pasukan yang lain.

2 – 4 April 2010, seluruh pasukan F1 akan bertandang ke Sepang Circuit, Malaysia. Pada tahun 2010 terdapat 3 pasukan akan membawa jenama Malaysia iaitu AT&T Williams F1, Mercedes Grand Prix dan Lotus-Cosworth dan ini pasti akan menjadikan perlumbaan di Malaysia lebih menarik.

Bagi aku siapa menang tak penting tetapi yang penting aku suka menyaksikan perlumbaan yang penuh dengan aksi dramatik dan kejar mengejar sehingga saat akhir seperti yang berlaku di Australia. Banyak sebenar pengajaran yang kita boleh pelajari daripada keseluruhan perlumbaan Formula 1 antaranya skill, strategi, daya tahan, penguasaan teknologi, disiplin, kesungguhan, motivasi dan banyak lagi. Semua ini perlu ada dalam diri kita jika  ingin berjaya dalam kerjaya dan bisnis.

Jika Perlumbaan Formula 1 Malaysia 2009 dimenangi oleh Jason Button, siapa agaknya akan menang untuk perlumbaan Formula 1 Malaysia 2010? Jom kita main teka-teki. Kepada yang meneka tepat 3 pemenang F1 Malaysia akan mendapat hadiah istimewa bernilai RM100 setiap yang layak.
[ad#HTML]

Keputusan Practice 1

1. Lewis Hamilton      McLaren-Mercedes

2. Nico Rosberg     Mercedes GP

3. Jenson Button     McLaren-Mercedes

Keputusan Practice 2

1. Lewis Hamilton      McLaren-Mercedes

2. Sebastian Vettel RBR-Renault

3. Nico Rosberg     Mercedes GP

Keputusan Practice 3

1. Mark Webber     RBR-Renault

2. Lewis Hamilton      McLaren-Mercedes

3. Sebastian Vettel   RBR-Renault

Qualifying

1. Mark Webber     RBR-Renault

2. Nico Rosberg     Mercedes GP

3. Sebastian Vettel   RBR-Renault


Spread the love

54 Comments

  1. Pingback: uberVU - social comments
  2. F1 kat australia memang byk drama..tak boring sangat macam yg first race tu.. harap kat malaysia ni lagi byk drama..maybe ada hujan ke. wahh mesti menarik 😛

    mengikut jangkaan saya..ni pemenang f1 di malaysia nanti.. support vettel!

    sebastian vettel
    jensen button
    fernando alonso
    .-= F I T´s last blog ..Hunny Madu Is Getting Married! =-.

    1. @F I T, selalu sebahagian circuit basah sebahagian kering tu yang paling mencabar. Biasanya di Malaysia team yg pandai main tayar akan menang.

    2. @F I T, pas ni perlumbaan kt china plak kn?ke kt mana ek?..huhuhu,,hope ferrari bangkit kembali

    1. @nesca, diffuser blh menjadikan kete smkin laju ke?huhu..kete skrg da dihadkan kelajuan nya kn..

    1. @matjoe, tnggu masa je pemandu kita akan sama2 bersaing ngan pemandu bertaraf dunia..x mustahil suatu hari nanti kita ada pmndu yg blh menjadi juara dunia 🙂

  3. Pingback: IMCurtain.com
    1. @kulanz, tahun depan la plak..save duit awl2 plan nk tgok live F1..sure dpt tgok grandstand pnya la..uhhuuh

    1. @khairil, die hard fans of ferarri..x kira la sape driver..huhuhu..dr zaman schumacher minat ferarri..

    1. @hans, da tentunya lotus akan menang..virgin bknnya power sgt..hahaha..hope kete kita menang..jgn menaggung kekalahan dah la..uhuhuh

    1. @hans, btl2..setuju ngan hans..syarat skrg mcm x best je..kete pn nmpak mkin kurang laju..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!