12 Rabiul Awal

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam sejahtera dunia, kalau bukan kerana mu Rasulullah SAW tidak ALLAH cipta dunia dan seisinya. Aku insan kerdil hampir terlupa kalau tidak disedarkan oleh sahabat ku Ustaz Khann Da’ie yang berada nun di bumi Madinah munawarah. Terasa rindu amat sangat kerana sepatutnya kami sedang berada di sana ketika ini. Mari kita sama-sama membaca coretan ustaz yang mencuit hatinyang gersang tiada kerinduan kepada insan agung.

gambar masjid nabawi

#Hari..#Kelahiran..#Rasulullah..#Saw…

Air Mata tidak dapat ku tahan membasahi pipi saat mendengar Syair urdu ‘Muhammad Karoza‘ yang di karang oleh Hazrat Syeikhul Hadith Syeikh Syed Ahmad Khan rah. seorang Ulama’ Besar Pakistan satu ketika dahulu telah lakukan perjalanan dari Pakistan ke Madinah dan ingin menetap hingga mati di Madinah kerana beliau terlalu rindukan Baginda Saw..

Akhirnya barangkali kerana cinta beliau kepada Nabi Saw, ALLAH Swt telah memilih beliau meninggal di Madinah dan di tanam di Jannatul Baqi’ bersama Para Sahabat dan ahli Keluarga Baginda Saw di Madinah..syair ini telah di karang dalam 35 tahun yg lalu dan di nyanyikan kini oleh Junaid Jamshed seorang penyanyi pakistan…

Saya ingin kongsikan pada semua terjemahan dari syair ini agar kita bersama mndpt manfaat dan perasaan cinta kita kepada Habibuna Baginda Saw bertambah juga agar kita semua ada keinginan untuk menetap dan mati di Madinah..

‘Muhammad Karoza’

Makin hampi diri ku dgn Baginda Saw..

Kehidupan diriku akan berubah selepas ini kerana akan berjiran dgn Nabi saw..

Wahai Malaikat2 sampaikanlah pesan kepada Baginda Saw..

Wahai Malaikat2 khabarkan lah kepada Baginda Saw yg khadamnya Syed Ahmad sedang datang menuju kepadanya..

Madinah..Madinah..Madinah..Madinah..
Sangat indah nama Madinah ini..

bila ku menyebutnya..hati ku rasa seronok..

kerana di dalamnya ada Baginda Saw..
Satu zaman yg hampir akan datang..yg mana kalian tidak akan dapati kesetiaan pada diri sesiapa..

Pada masa itu jagalah Agama dan Iman kalian kerana zaman itu begitu ajaib untuk kamu hadapi..
Adakah kamu tahu sekarang ini aku nak ke mana?

Dia adalah Rasululloh Saw ketempatnya lah aku sedang menuju..
Adakah kamu tahu apa yg sedang aku rasa?

Aku sedang merasai nikmat kecintaan kepada Baginda Saw..
Sekarang ni kalian tinggal sajalah di Madinah..kerana kiamat semakin hampir..

Tinggal sajalah di Madinah..kerana kiamat makin hampir..
Madinah..Madinah..Madinah..Madinah..

Us Khann Da’ie

12 Rabiul Awal 1437

23 December 2015

gambar kota lama madinah

Semoga ALLAH terima cinta kita semua kepada Baginda Saw dan memilih kita untuk tinggal dan Mati di Madinah..amen….

Watch “junaid jamshed naat (muhammad ka roza)” on YouTube – junaid jamshed naat (muhammad karoza) : http://youtu.be/A6hlOdOxO-41


Spread the love

207 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!