11 September

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 10 tahun dahulu 11 September telah mengubah landskap politik dunia. Berbagai telahan konspirasi yang dibuat oleh manusia selepas kejadian 11 September tetapi yang pasti selepas detik itu Islam menjadi musuh paling utama di dunia selepas mereka berjaya meruntuhkan Komunis. Islam diasak dari atas, bawah, kiri dan kanan oleh 1Dunia untuk memastikan Islam juga akan hancur sebagaimana hancurnya Komunis.

Mereka silap Islam bukan fahaman seperti Komunis atau Demokrasi atau Kapitalis tetapi Islam adalah agama yang dibawa Manusia Agung Rasulullah SAW. Seluruh alam ini dicipta oleh ALLAH SWT hanya kerana adanya MUHAMMAD SAW kekasih ALLAH SWT.

11 September sebenarnya bukan saat kehancuran Islam tetapi saat Islam berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Beratus ribu manusia telah mendapat HIDAYAH selepas 11 September. Mereka yang mendapat HIDAYAH ini sangat taat pada Islam walaupun dimasa yang sama ramai manusia yang dilahirkan dalam Islam murtad meninggalkan Islam.

Semuga video 11 September boleh menjadikan iktibar kerana janji ALLAH SWT setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Hanya mereka yang sabar dan redha dengan ujian ALLAH SWT akan berjaya dunia dan akhirat.

Firman ALLAH SWT “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (Surah Al Baqarah 2:30)


Spread the love

69 Comments

  1. 11 Sept adalah rancangan musuh2 Islam untuk menghalalkan serangan keatas negara2 Islam supaya negara Islam ini akan menjadi lemah dan tidak lagi menjadi ancaman kepada negara Yahudi disamping mengaut kekayaan dari negara Islam ini. Tapi memang benarlah selepas kejadian tersebut, lebih ramai orang bukan Islam mengenali Islam dan Islam bukanlah agama yang menganjur kegganasan.

  2. pada saya ,saya yakin yg kejadian ni adalah kerja jahat Bush dan kerajaan beliau dalam menyelematkan maruah beliau yg da makin lemah pada waktu itu,dan jadikan alasan utk serang Iraq dan kuasai minyak

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!