11 Blog Malaysia Terbaik Blogrrr Awards 2013

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perhimpunan blogger terbesar di Malaysia yang dianjurkan di MIECC, The Mines, Seri Kembangan pada 14/12/2013 telah dapat mengumpul komuniti Blogger. Mengikut laporan di Harian Metro lebih 600 Blogger telah menghadiri perhimpunan Blogrrr anjuran MyNic. Paling aku tabik penganjur dapat menarik ramai usahawan online membuka gerai dengan berbagai produk yang menarik.

Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang perhimpunan dengan berbagai ilmu dikongsikan tetapi yang paling penting adalah peluang bertemu mata dengan Rakan Blogger yang selama setiap hari berkomunikasi di alam maya. Bertemu Kak Jie, Yanmie, Tekong, Amanz dan Broframestone yang sudah lama tak berjumpa. Berjumpa juga dengan Blogger baru yang hebat seperti Tengku Syukri, Emas Putih dan ramai lagi. Hanya gambar jadi kenangan.

Denaihati bersama rakan blogger di Blogrrr Awards 2013

blogger di blogrrr awards 2013

Paling ditunggu pengumuman anugerah 11 katogeri blog. Alhamdulillah blog Denaihati terpilih sebagai “Best Personal Blog 2013” tapi ini bukan bermakna blog Bro Framestone, BenAshaariCik Epal dan Irine Nadia tak bagus mungkin kali ini juri pilih blog Denaihati tahun depan pasti blog yang lain pulak. Atas kejayaan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memahami, team Denaihati yang sentiasa berkerja siang malam, pembaca setia dan semua rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada blog Denaihati dan paling penting kepada ALLAH SWT yang masih memberi ruang nyawa untuk memberi dan berkongsi ilham kepada semesta alam.

Senarai 11 Blog Malaysia Terbaik 2013 anjuran Blogrrr.my

  1. Best Food & Travel Blog – TheBigSmallBoy
  2. Best Personal Blog – Denaihati
  3. Best of Disability Blog – Amir-Hamidi
  4. Best Blogshop – EightDesignsBoutique
  5. Best IT and Gadget Blog – JomPHP
  6. Best Art & Photography Blog – TheEggYolks
  7. Best Entertainment Blog – RotiKaya
  8. Best Sports Blog – Sokernet
  9. Best Fashion & Beauty Blog – Maxmayo
  10. Best Family & Health Blog – IbuBapaCemerlang2012
  11. Best Automotive Blog – Paultan

Denaihati bersama Rayyan Haries pemenang Best Food & Travel Blog di Blogrrr Awards 2013

Abang Ensem bersama trofi Best Personal Blog Blogrrr Awards 2013

Sebagai tanda terima kasih di atas kejayaan blog Denaihati aku sediakan 30 hadiah bonus hujung tahun 2013 untuk rakan blogger yang tidak berhenti-henti menyokong perjuangan blog Denaihati sehingga mencapai ketahap ini. Cara nak menang hadiah ini mudah sahaja :

  1. Tulis entry “review aplikasi android Denaihati terbaru” dengan beberapa gambar screenshot daripada aplikasi android Denaihati tersebut.
  2. Entri mesti ditulis 300 atau lebih perkataan dan mesti ada backlinks kepada blog Denaihati.
  3. URL link entri tinggalkan di SINI.
  4. 30 entri paling awal yang mengikut syarat akan mendapat bonus akhir tahun 2013.
  5. Keputusan muktamat.

Gambar menarik sekitar perhimpunan Blogger terbesar Malaysia
[customgallery]


Spread the love

105 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!