100000 bermula dari 1

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 3/11/2011 tarikh bermakna untu blog Denaihati apabila jumlah komen terkumpul mencecah angka 100,000. 100,000 bermula dari 1 dan semua sejarah bermula dengan Denaihati.blogspot.com yang sekarang ramai dah tak pernah jejaki lagi. Pada awal dahulu bukan mudah nak dapat komen pada setiap entri yang ditulis kekadang ada satu atau dua komen sahaja. Ada juga entri seperti “Mengapa Israel menyerang Gaza” dan “Kesusahan adalah ubat kesenangan” yang tidak lansung mendapat komen sehingga sekarang.

Antara blogger dahulunya yang setia bersama blog Denaihati adalah Zuls, Azizwan (sekarang silent reader kot), Rizal (sekarang lebih fokus pada dunia nyata) dan Precious (hilang entah kemana). Zuls adalah blogger pertama yang sudi berkongsi idea dalam entri “Sayangkan bini tinggal-tinggalkan” dan masih setia bersama sehingga sekarang walaupun tidak sekerap dahulu. Kami pernah bersua muka sebanyak dua kali. Menarik juga kerana aku berkenalan dengan Blogger Jaws melalui komen pertamanya dalam entri “Adakah Masalah itu Masalah” pada 17/2/2009 dan siapa sangka hari ini Jaws menjadi sebahagian daripada team Denaihati.

Terima Kasih kerana sudi berkongsi idea di blog Denaihati

Kalau Zuls adalah yang pertama siapa pula yang ke 100,000? Ini komen yang ke 100,000 : “mesti ada je yg best kt DH ni…p tak tahu pulak…ada yg macam ni kat sini…hehehe….adakah sya ketinggalan..??.”. Komen ini terdapat dalam entri “Top 10 Outgoing Links November 2011” dan kalau tak silap Blogger Erah ini adalah pendatang baru dalam blog Denaihati kerana sebelum ini rasanya tak biasa tengok.

Sebagai tanda terima kasih aku memberi peluang kepada Blogger yang pertama dan yang ke 100,000 untuk menulis review blog masing-masing di blog Denaihati. Tuliskan review blog yang paling menarik dan kirimkan ke saya [at] denaihati [dot] com.

Pasti Rakan Blogger masih ingat Rakan Blogger yang menang Notebook Acers Aspire One kerana menjadi pengomen terbanyak 2010. Insyallah 2011 pun akan ada gadget impian untuk Blogger yang jadi juara. Tapi kalau setakat komen “ye ye ye” atau komen “Nice entri” memang tak kira lah. Tunggukan pengumumannya.


Spread the love

231 Comments

  1. wah…tahniah for comments byk2 tu…hehe…biasa la kan..entri cikgu pun kadang2 tak berkomen..tp xper..truskan juga..huhu…skrg pun tgh upgrade ckit2..harap2 menjadi.. 😉

  2. betul la awak tulis, saya terkejut lihat blog awak dah top macam ni, saya rasa saya pernah jumpa blog ini dulu masa duduk di blogspot. pasti rahsianya berada pada 0.02 sen kan

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!