10 orang terkaya di Malaysia 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan kerajaan pegangan ekuiti bumiputera dalam pasaran modal kini mencecah 22% berbanding sasaran 30%. Bumiputera adalah penduduk majoriti Malaysia tetapi ketinggalan dalam bidang ekonomi. Majoriti pegangan ekuiti 22% adalah dari agensi bumiputera yang diuruskan oleh kerajaan seperti PNB dan Tabunghaji. Kalau nak diharapkan pegangan individu entah berapa peratuslah agaknya.

40 individu terkaya Malaysia 2015

Ada orang kata bangsa Cina lebih mahir berniaga kerana mereka tidak diberi hak untuk bekerja dalam sektor awam tetapi diberi kebebasan untuk berniaga jadi semenjak kecil telah dididik dan hidup dalam suasana berniaga. Orang Melayu diberi kebebasan bekerja dalam sektor awam jadi mereka dari kecil dah rasa selamat pekerjaan sentiasa menanti mereka. Orang Melayu sibuk berpolitik sehingga apa juga aktiviti atas muka bumi ini akan dipolitikkan tak kiralah di pejabat hinggalah di Masjid.

Berikut senarai 10 orang terkaya di Malaysia 2011 mengikut pegangan ekuiti dalam pasaran modal :

1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion

Selain Tan Sri Mokhtar hanya Tan Sri Azman Hashim (RM3.93billion) dan Datuk Mokhzani (RM1.6billion) usahawan Bumiputera yang terselit di kalangan puluhan usahawan Bangsa Cina yang tersenarai antara yang terkaya di Malaysia. Semuga lebih ramai usahawan Bumiputera akan tersenarai dan budaya cemburu dan suka lihat orang yang berjaya jatuh hilang dalam hidup orang Melayu.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini

Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini

Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]


Spread the love

143 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!