Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa yang tak berangan menjadi kaya kalau tidak tak kan keluar lagu kalau aku kaya. Memang macam-macam yang kita angan-angankan apabila menjadi kaya. Kaya ini ujian juga malah lebih besar daripada ujian menjadi miskin. Kaya menjadi manusia leka dan miskin menjadi manusia kufur sebab itu dalam Islam yang terbaik adalah bersederhana tetapi Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya raya.
Teringat kisah sahabat Nabi Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal hanya dua iaitu Allah dan Rasulullah. Tunduk malu bila mengenangkan kerana aku yang harta sedikit tak mampu melakukan perjuangan memberi kepada agama seperti para sahabat. Memberi kepada agama dan masyarakat adalah antara rahsia mengapa orang kaya menjadi bertambah kaya.
Alhamdulillah baru-baru ini senarai 10 orang terkaya Malaysia 2014 telah dikeluarkan dan buat pertama kali 3 individu Islam telah disenaraikan. Senarai 10 individu terkaya Malaysia 2014 ini adalah berdasarkan jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia sehingga 18 Januari 2014. Tiga billionaire Melayu 2014 yang tersenarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim. Aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia dan inilah pertama kali tiga usahawan Melayu tersenarai dalam top 10. Tahniah kepada ketiga-tiga Bilionaire Melayu kerana bukan mudah nak memecahkan monopoli usahawan cina.
[box type=”shadow”]Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2014
- Robert Kuok RM54.48b
- Ananda Krishnan RM33.19b
- Tan Sri Teh Hong Piow RM18.07b
- Tan Sri Queck Leng Chan RM14.11b
- Tan Sri Lee Shin Cheng RM13.12b
- Tan Sri Mokhtar RM11.07b
- Tan Sri Lim Kok Thay RM9.43b
- Puan Lim Kim Hoa RM7.47b
- Datuk Mokhzani RM4.22b
- Tan Sri Azman Hashim RM4.11b [/box]
Berbanding dengan senarai untuk 10 orang terkaya Malaysia 2013 memang terdapat peningkatan jumlah harta terkumpul untuk semua 10 jutawan Malaysia yang disenaraikan di atas. Perbezaan ini disebabkan suasana pasaran saham yang baik dengan angka index pasaran Bursa Malaysia terus melonjak.
Yang tak sedap telinga apabila ada di kalangan orang kita mencebik pada tiga Billionaire Melayu dengan perkataan kronis. Nak menyebut perkataan kronis hanya sekadar kerana ada pemimpin politik menuduh kronis memang mudah tetapi kalau ditakdirkan kita diberi projek kronis adakah mampu untuk kita menguruskan sehingga menjadi antara Billionaire Malaysia. Pasti ada kehebatan peribadi pada usahawan-usahawan ini sehingga mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Billionaire Cina dan India. Sedih kekadang apabila Melayu berjaya ada sahaja salah dan silap yang dikorek tetapi kalau bangsa lain semuanya yang terbaik dan paling sedih yang mengutuk itu bangsanya sendiri.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini
Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini
Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]
Sampai bila agaknya budaya hasad dengki Melayu akan terus menjadi permainan kehidupan mungkin sehingga bangsa Melayu pupus ditelan zaman. Selagi ada dunia selagi ada kerajaan selagi itu ada kronis tak kira siapa yang memerintah jadi jangan biarkan kita terpedaya dengan mainan orang ketiga yang suka melihat Melayu miskin.
104 Comments
kebanyakkan orang cina yang kaya. Melayu sorang je. Mudah-mudahan nanti ramai lagi la bangsa melayu yang bergelar jutawan kat malaysia.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Ada jugak orang melayu yang masuk list individu terkaya ni. Harap lepas ini nanti ramai lagilah orang melayu yang masuk list. Insyaallah. 😉
Harap lepas ni banyak lagi orang melayu masuk dalam senarai ni.
sudah menjadi adat atau tebiat orang kita..apabila ada orang kita naik tinggi, maju ke depan..mulalah akan ada suara suara tak puas hati..PHD…sikap orang kita yang tak membawa kemajuan pun kepada bangsa kita…itu belum cerita bab sailang dan tikam belakang…sekurang-kurangnya kita tumpang bangga sebab ada juga orang kita kaya raya jadi billionaire…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
Masa kecil dulu selalu berangan nak jadi kaya tapi sampai sekarang tak kaya-kaya hehe. Bukan senang nak kaya kalau tak tahan dengan penat dan tak berusaha.
Sudah jadi budaya orang Melayu untuk mendengki sesama sendiri. Bukan nak kutuk kaum sendiri tapi itu lah hakikatnya. Ustaz-ustaz pun akui kebenarannya dan kerapkali menasihati semua supaya buang jauh-jauh sifat itu. Ia hanya merosakkan bangsa sahaja.Kita patut bantu sesama kita untuk jadi lebih baik…bahkan kaya juga.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Kekayaan mereka kita jadikan inspirasi , jangan kita jadikan kontroversi. Pandang keatas tanpa lupa tapak kaki dibumi. usaha , doa , tawakal..rezeki itu Allah bagi.
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
mantap gan , salam kenal 🙂 , semoga artikel nya bisa bermanfaat bagi semiannya 🙂
ternyata saya baru tau min 🙁 ,
hem ketinggalan info nih >_<
Tapi yang paling penting, ada jugak 3 nama bumipetera dalam list tuh.. Dedulu seingat saya seorang sahaja dalam list 10 terkaya nih..
Aset semua makin naik tahun demi tahun. apa la yang diorang buat ek…
Penyakit hasad dengki memang sukar untuk dihapuskan..orang lain sibuk nak kaya manakala mereka sibuk membuat hasad tak akan kaya punya!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Gol Jerman Yang Menjadi Juara
Saya pun nak jadi salah seorang orang yang paling kaya di malaysia. Heee
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh Germany
informasi yang sangat kami tunggu tunggu ,
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Hati @ ..Cara Menyembuhkan Kanker Hati
mkasih infonya semoga bermanfaat untu saya
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
Comments are closed.