10 individu terkaya di Malaysia 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, siapa yang tak berangan menjadi kaya kalau tidak tak kan keluar lagu kalau aku kaya. Memang macam-macam yang kita angan-angankan apabila menjadi kaya. Kaya ini ujian juga malah lebih besar daripada ujian menjadi miskin. Kaya menjadi manusia leka dan miskin menjadi manusia kufur sebab itu dalam Islam yang terbaik adalah bersederhana tetapi Islam tidak menghalang umatnya menjadi kaya raya.

Teringat kisah sahabat Nabi Saidina Abu Bakar a.s yang kaya raya telah memberi segala harta bendanya untuk perjuangan agama sehingga yang tinggal hanya dua iaitu Allah dan Rasulullah. Tunduk malu bila mengenangkan kerana aku yang harta sedikit tak mampu melakukan perjuangan memberi kepada agama seperti para sahabat. Memberi kepada agama dan masyarakat adalah antara rahsia mengapa orang kaya menjadi bertambah kaya.

Top 10 individu terkaya Malaysia 2014
Top 10 individu terkaya Malaysia 2014 (sumber google)

Alhamdulillah baru-baru ini senarai 10 orang terkaya Malaysia 2014 telah dikeluarkan dan buat pertama kali 3 individu Islam telah disenaraikan. Senarai 10 individu terkaya Malaysia 2014 ini adalah berdasarkan jumlah pegangan saham di Bursa Malaysia sehingga 18 Januari 2014. Tiga billionaire Melayu 2014 yang tersenarai adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, Datuk Mokhzani dan Tan Sri Azman Hashim. Aku telah menulis senarai 10 orang terkaya di Malaysia sejak 2010 sehingga entri menjadi rujukan Wikipedia dan inilah pertama kali tiga usahawan Melayu tersenarai dalam top 10. Tahniah kepada ketiga-tiga Bilionaire Melayu kerana bukan mudah nak memecahkan monopoli usahawan cina.

[box type=”shadow”]Senarai 10 Individu Terkaya Malaysia 2014

  1. Robert Kuok RM54.48b
  2. Ananda Krishnan RM33.19b
  3. Tan Sri Teh Hong Piow RM18.07b
  4. Tan Sri Queck Leng Chan RM14.11b
  5. Tan Sri Lee Shin Cheng RM13.12b
  6. Tan Sri Mokhtar RM11.07b
  7. Tan Sri Lim Kok Thay RM9.43b
  8. Puan Lim Kim Hoa RM7.47b
  9. Datuk Mokhzani RM4.22b
  10. Tan Sri Azman Hashim RM4.11b [/box]

Berbanding dengan senarai untuk 10 orang terkaya Malaysia 2013 memang terdapat peningkatan jumlah harta terkumpul untuk semua 10 jutawan Malaysia yang disenaraikan di atas. Perbezaan ini disebabkan suasana pasaran saham yang baik dengan angka index pasaran Bursa Malaysia terus melonjak.

perbezaan kekayaan top 10 jutawan malaysia
Perbezaan kekayaan Jutawan malaysia tahun 2013 dan 2014

Yang tak sedap telinga apabila ada di kalangan orang kita mencebik pada tiga Billionaire Melayu dengan perkataan kronis. Nak menyebut perkataan kronis hanya sekadar kerana ada pemimpin politik menuduh kronis memang mudah tetapi kalau ditakdirkan kita diberi projek kronis adakah mampu untuk kita menguruskan sehingga menjadi antara Billionaire Malaysia. Pasti ada kehebatan peribadi pada usahawan-usahawan ini sehingga mereka boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Billionaire Cina dan India. Sedih kekadang apabila Melayu berjaya ada sahaja salah dan silap yang dikorek tetapi kalau bangsa lain semuanya yang terbaik dan paling sedih yang mengutuk itu bangsanya sendiri.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia membina kerjaya berjaya dari rumah!!! Klik Sini

Rahsia Menambah Pendapatan dengan Menulis! Klik Sini

Rahsia sedekah membuka pintu rezeki! Klik Sini[/box]

Sampai bila agaknya budaya hasad dengki Melayu akan terus menjadi permainan kehidupan mungkin sehingga bangsa Melayu pupus ditelan zaman. Selagi ada dunia selagi ada kerajaan selagi itu ada kronis tak kira siapa yang memerintah jadi jangan biarkan kita terpedaya dengan mainan orang ketiga yang suka melihat Melayu miskin.


Spread the love

104 Comments

  1. Hebat ya..Bisa menjadi 10 individu terkaya se-Malaysia..Berapa lama mereka mencapai posisi seperti sekarang ya…Pasti dulu mereka bekerja keras ya..? Sukses deh buat blog denaihati.com

    Hery

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!