10 entri blog paling popular 2014

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah lebih daripada 200 entri telah dinukilkan sepanjang tahun 2014 meliputi berbagai katogeri perkongsian ilmu dan informasi. Berikut 10 entri paling popular yang mendapat perhatian pembaca setia juga pembaca organik berdasarkan jumlah trafik terbanyak.

1. Diego Garcia rahsia dunia

gambar diego garcia

Ramai yang tidak mengetahui rahsia Diego Garcia yang tersembunyi di tengah Lautan Hindi. Semuanya terbongkar setelah berlaku peristiwa sedih  lagi misteri kehilangan pesawat MH370 yang sehingga hari ini masih belum terjawab.

2. Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab

Kisah yang mengemparkan negara dan menjadi viral terlalu cepat apabila seorang gadis mengamok apabila kereta kesanyangannya telah dilanggar. Entri Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab juga telah memecah rekod blog Denaihati apabila trafik naik mencecah lebih 180k dalam sehari.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

3. Seks Suami Isteri malam Aidilfitri

Entri tahun 2012 yang terus mendapat perhatian pembaca setiap kali tiba Aidilfitri terutama kepada pasangan suami isteri jarak jauh. Mereka ini kepastian hukum hakam hubungan suami isteri di malam Aidilfitri kerana ada berbagai pendapat dikalangan masyarakat.

4. Air Spritzer diragui kesuciannya

Produk air minuman keluaran Spritzer

Polimik Air Spritzer memang sentiasa berlegar di Facebook dan Whatsapp sehingga usaha telah dibuat untuk menyedarkan masyarakat. Kisah air mineral mayat menjadi ketakutan kepada rakyat Malaysia sehingga Air Spritzer diragui kesuciannya. Segalanya sudah terjawab terpulang kepada pengguna untuk meyakinkan diri sendiri.

5. Status Halal Coklat Pepero

Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM. Entri ini antara entri yang paling banyak mendapat trafik organik daripada Google dan Yahoo.

6. SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna

Pengalaman aku yang bermasalah dengan smarttag baru telah mendapat perhatian daripada rakan-rakan yang senasib tetapi sehingga hari ini masih belum dapat maklumbalas dari Tounch & Go malah setiap hari ada sahaja pengguna ynag tersekat di palang laluan smarttag.

7. MH17 Anak Saudara antara yang terkorban

serpihan MH17 yang terhempas

Antara kisah sedih yang melanda keluarga kami apabila anak saudara sendiri antara yang terkorban dalam tragedi MH17. Team Denaihati telah membuat liputan dimajlis pengkebumian arwah Hasni Hardi di Batu Anam Segamat. Semuga rohnya berada di sini mereka yang terpilih masuk Syurga tanpa hisab.

8. Cara membuat isteri bahagia

Kebahagian berumahtangga adalah idaman semua pasangan tetaoi bukan semua mengecapi. Kekurangan ilmu adalah masalah untuk mengapa pasangan tidak dapat membahagiakan pasangan memasing keran itu entri cara membuat isteri bahagia mendapat sambutan dikalangan para isteri.

9. Hijrah Artis Malaysia

Alhamdulillah semakin ramai artis yang berhijrah daripada tidak bertudung sekarang sudah bertudung. Industri hiburan juga menerima baik penghijrahan artis apabila artis yang berhijrah masih diterima sebagai pelakon dan penyanyi. Semuga penghijrahan mereka berterusan dan menjadi motivasi kepada peminat.

10. Percutian Beijing penuh dengan penipuan

Daripada 10 rakan-rakan yang pernah bercuti di Beijing secara pakej hampir semua merasai pengalaman ditipu oleh agen travel di Beijing. Ada yang tertipu sehingga puluhan ribu ringgit kerana dikelirukan secara jahat oleh juru jual yang berkomplot dengan agen travel. Anda mungkin salah seorang daripada mangsanya.

Entri tulisan anda juga pasti ada yang mendapat perhatian daripada pembaca. Kongsikan satu entri paling popular 2014 tulisan di blog anda untuk tatapan kita bersama.


Spread the love

118 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!