Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah lebih daripada 200 entri telah dinukilkan sepanjang tahun 2014 meliputi berbagai katogeri perkongsian ilmu dan informasi. Berikut 10 entri paling popular yang mendapat perhatian pembaca setia juga pembaca organik berdasarkan jumlah trafik terbanyak.
1. Diego Garcia rahsia dunia
Ramai yang tidak mengetahui rahsia Diego Garcia yang tersembunyi di tengah Lautan Hindi. Semuanya terbongkar setelah berlaku peristiwa sedih lagi misteri kehilangan pesawat MH370 yang sehingga hari ini masih belum terjawab.
2. Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab
Kisah yang mengemparkan negara dan menjadi viral terlalu cepat apabila seorang gadis mengamok apabila kereta kesanyangannya telah dilanggar. Entri Gadis Peugeot CDM25 terlajak biadab juga telah memecah rekod blog Denaihati apabila trafik naik mencecah lebih 180k dalam sehari.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj sudah terbongkar! Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
3. Seks Suami Isteri malam Aidilfitri
Entri tahun 2012 yang terus mendapat perhatian pembaca setiap kali tiba Aidilfitri terutama kepada pasangan suami isteri jarak jauh. Mereka ini kepastian hukum hakam hubungan suami isteri di malam Aidilfitri kerana ada berbagai pendapat dikalangan masyarakat.
4. Air Spritzer diragui kesuciannya
Polimik Air Spritzer memang sentiasa berlegar di Facebook dan Whatsapp sehingga usaha telah dibuat untuk menyedarkan masyarakat. Kisah air mineral mayat menjadi ketakutan kepada rakyat Malaysia sehingga Air Spritzer diragui kesuciannya. Segalanya sudah terjawab terpulang kepada pengguna untuk meyakinkan diri sendiri.
5. Status Halal Coklat Pepero
Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM. Entri ini antara entri yang paling banyak mendapat trafik organik daripada Google dan Yahoo.
6. SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna
Pengalaman aku yang bermasalah dengan smarttag baru telah mendapat perhatian daripada rakan-rakan yang senasib tetapi sehingga hari ini masih belum dapat maklumbalas dari Tounch & Go malah setiap hari ada sahaja pengguna ynag tersekat di palang laluan smarttag.
7. MH17 Anak Saudara antara yang terkorban
Antara kisah sedih yang melanda keluarga kami apabila anak saudara sendiri antara yang terkorban dalam tragedi MH17. Team Denaihati telah membuat liputan dimajlis pengkebumian arwah Hasni Hardi di Batu Anam Segamat. Semuga rohnya berada di sini mereka yang terpilih masuk Syurga tanpa hisab.
8. Cara membuat isteri bahagia
Kebahagian berumahtangga adalah idaman semua pasangan tetaoi bukan semua mengecapi. Kekurangan ilmu adalah masalah untuk mengapa pasangan tidak dapat membahagiakan pasangan memasing keran itu entri cara membuat isteri bahagia mendapat sambutan dikalangan para isteri.
9. Hijrah Artis Malaysia
Alhamdulillah semakin ramai artis yang berhijrah daripada tidak bertudung sekarang sudah bertudung. Industri hiburan juga menerima baik penghijrahan artis apabila artis yang berhijrah masih diterima sebagai pelakon dan penyanyi. Semuga penghijrahan mereka berterusan dan menjadi motivasi kepada peminat.
10. Percutian Beijing penuh dengan penipuan
Daripada 10 rakan-rakan yang pernah bercuti di Beijing secara pakej hampir semua merasai pengalaman ditipu oleh agen travel di Beijing. Ada yang tertipu sehingga puluhan ribu ringgit kerana dikelirukan secara jahat oleh juru jual yang berkomplot dengan agen travel. Anda mungkin salah seorang daripada mangsanya.
Entri tulisan anda juga pasti ada yang mendapat perhatian daripada pembaca. Kongsikan satu entri paling popular 2014 tulisan di blog anda untuk tatapan kita bersama.
118 Comments
entri mengenai Diego Garcia memang menjadi carian top untuk tahun 2014…sebelum ni memang ramai yang tak pernah tahu pasal Diego Garcia sebelum kehilangan MH370…kenapa ianya dirahsiakan agaknya…
Curahan rasa Ezad Skytech @ ..Misi Akhir Tahun 2014
Diego Garcia ni memang tempat yg paling ramai orang cari setelah kejadian kehilangan MH 370….
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Jadual Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam Malaysia 2015
sebenarnya orang kita ni suak juga mengkaji perkara-perkara seperti Diego Garcia..sehingga penghujung tahun trafik masih masuk daripada keyword ini
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Sejak tragedi MH370. Diego Garcia memang menjadi carian ramai! Tempat yg misteri tetapi kini telah dikenali ramai!
Curahan rasa BM @ ..Rangkuman Tahun 2014 (Ilmu Dikongsi Bersama)
Memang seronok bila blog kita sering dikunjungi dan dicari pada setiap hari. Tahniah Denaihati~
Curahan rasa Ila Fyra @ ..Resepi Pengat Pisang Simple + Sedap 🙂
postingan anda sangat elok menjadi bahan referensi untuk saya dalam menulis…
saya sangat suka dengan blog denaihati… karena bahasa mudah dipahami.
salam blogger indonesia
Curahan rasa JUGAPEDIA @ ..Rahasia timbulan kecil dihuruf F dan J pada keyboard
Entri yang menarik adalah…. yang nombor 10 tu. Lepas baca entri tu baru tahu.
Entri paling popular blog saya boleh lihat di sidebar .. hehehe… 🙂
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Carian Google Paling Popular 2014
setelah kemaren MH370 dan MH17 sekarang terjadi lagi pada pesawat surabaya singapur, apakah ini akan menjadi yang kesebelasnya? entahlah, kita saksikan infonya.
Curahan rasa tutorial89 @ ..Cara praktis membuat logo keren tanpa software
betullah ramai org berminat dgn isu MH370 dan MH17.. segala berita yg berkaitan dengan isu itu buat orng tertarik.. lepas ni pulau belitung pula yang menjadi perhatian.. sebut pulau belitung saya sangat suka buku laskar pelangi yg berlokasi di pulau belitung
Curahan rasa Safiya @ ..Cara Makan Vivix Shaklee
info dan entri yang menarik dari denaihati. i luv denaihati.
gud job!
Curahan rasa kereta sewa shah alam murah @ ..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
semua entri memang terbaik,padat dan penuh informasi…..saya suka baca blog denaihati…
Curahan rasa NOREHAN SAAD @ ..BANJIR DI KELANTAN SEMAKIN BURUK
sebelum ni org kata diego garcia x wujud. bila didieahkan yg tentera amerika tembak mh370 baru2 ni baru saya tahu kewujudan pangkalan tentera tu
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Entry Denaihati Kajian Remaja Solat Jadi Rujukan Pencetus Ummah PU Azman
sebenarnya dah lama wujud pun…saya pun sudah tahun lama..mula terjumpa pulau tu selepas duk baca pasal tsunami
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
Tahniah Denaihati…bagi saya artikel yang ditulis oleh tuan memang menarik 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun
Semua artikel dalam blog Denaihati menarik2 belaka. Suka baca blog Denaihati ini. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Comments are closed.