Maaf entri ini lebih bersifat diari keluarga. Aku masih teringat kira-kira 6 bulan lepas apabila aku bertanya kepada Abang, anak ketiga samada dia berminat kalau dihantar ke Madrasah Tahfiz. Jawapannya Alhamdulillah abang sangat berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Al-Quran. Ibu pun memang dari awal berhasrat untuk menghantar salah seorang daripada anak lelakinya mendalami ILMU dalam bidang Al-Quran.
Alhamdulillah hari yang ditunggu selama berbulan-bulan akhirnya tiba juga. Pada usia 10 tahun tepat jam 6.30 pm 10.01.10 abang secara rasmi telah menjadi pelajar di sebuah Madrasah Tahfiz di Shah Alam. Sebak juga hati kami nak meninggalkan anak yang baru berusia 10 tahun tetapi abang kelihatan sungguh kuat. Kekuatan abang memberi kekuatan kepada kami.
Kami sedar apabila abang melangkah keluar daripada rumah hari ini adalah berbeza dengan langkah keluar pada hari-hari yang lepas. Langkah keluar hari ini langkah keluar selamanya di mana abang hanya akan pulang apabila ada cuti sesekali setahun. Langkah keluar hari ini bermakna abang telah kami wakafkan kepada perjuangan Agama. Insyallah kami suami isteri yakin Allah akan mempermudahkan segala urusan abang. Kami juga yakin Allah akan memberi kekuatan kepada kami suami isteri untuk melalui hari-hari rindu mengingati abang. Kami suami isteru REDHA untuk melepaskan abang.
Semuga Allah memudahkan segala urusan abang dan anak-anak yang lain dunia dan akhirat sebagaimana Allah memudahkan urusan Agama para solehan.
52 Comments
Salam..Semoga Allah memberkati .amin
Syabas Bro dan juga syabas Abang.
Berhijrah kepada sesuatu yang baik. Pengorbanan yang baik juga.
Moga-moga kejayaan dicapai. InsyaALLAH
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal Sempena 2010 : Edisi Kraf Anyaman Rotan =-.
alhamdulilah, InysaAllah abang akan jadi anak yang berjaya dunia akhirat 🙂
Itulah pengorbanan orang tua yang sejati…. susah nak jumpa orang2 macam saudara lagi
.-= Dak Wan´s last blog ..Islam Malaysia =-.
Terharu rasanya.. Moga segala urusan dipermudahkan olehNya.
sangat terharu membaca kisah hijrah dalam keluarga saudara.. Alhamdulillah, bagi sya memang itulah pengorbanan yg sepatutnya dilakukan oleh sorg bapa.. InsyaAllah akan jadikan ini sbg panduan dalam mendidik anak2
.-= kulanz´s last blog ..Hadiah Tarikh Keramat 100110 =-.
@kulanz, Dalam keadaan DUNIA yang bercelaru ini apa;agi yang hendak kita cari melainkan ALLAH…tengoklah kristian pun nakkan ALLAH …kenapa tidak kita???
@denaihati; bgitu bermakna skali kata2 saudara DH.. saya amat kagum dgn kesungguhan saudara DH sbg seorg ayah n suami..
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
Bagus tul bebudak yg nk pi skolah tahfiz.
Anak jiran sy pun pi skolah agama gak tp
tak pasti plak blajo tahfiz ke tak.
.-= Eriyza´s last blog ..Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com =-.
@Eriyza, Jangan lupa check akaun bank dah bertambah RM50 untuk hadiah peserta bertuah ke 125.
@denaihati,
Terima kasih. 🙂
.-= Eriyza´s last blog ..Kempen Ribbon Blogger, We Care =-.
@Eriyza; tahniah!
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
@Eriyza; x kisah.. asalkan belajar ke arah jalan yang diredhai oleh Allah.. lebih2 lagi hal yg berkaitan agama Islam..
🙂
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
alhamdulillah..
semoga abang menjadi anak yg soleh..
amin..
.-= sha-hir@meng´s last blog ..AJL, AIZAT, BLACK DAN TWITTER =-.
@sha-hir@meng, setiap ibu bapa mengharapkan yg terbaik utk anak2. Memang ibu bapalah yg mencorakkan kehidupan awal anak2 … memberi bekal utk anak itu mengharung arus dunia yg ganas!
.-= Precious´s last blog ..Kau Nak Kupon Makan Free tak =-.
@Precious; sependapat dgn kamu.. 🙂
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
sekolah tahfiz.. Alhamdulillah.. 🙂
.-= zuls´s last blog ..3 Kaedah Asas Cari Twitter Follower =-.
syukur… mudah-mudahan anak2 aye juga akan berfikiran seperti ‘abang’. Sedikit rasa sebak juga sebab skrg ni baru 4 thn, dah nak sekolah….
@yangbaik, INsyallah doalah tanpa henti. Semua tu hidayah daripada Allah dan Allah juga yang memilih seseorang itu jadi baik atau sebaliknya.
@yangbaik; bagusnya.. bestnya dpt tgk anak sendri pertama kali melangkah ke alam persekolahan.. 🙂
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
alhamdulilah. semoga abg menjadi anak yg soleh. Anak dara saya yg sulung pun sama tarikh lahirnya dgn anak saudara DH. Cuma anak sulung saya baru berumur 5 thn. 🙂
@temp. housewife, Insyallah semuga Allah akan pilih abang menjadi anak yang soleh.
@denaihati; amin ya rabbal’alamin..
@temp. housewife; dah ckup umo bleh la anta anak kamu skolah tahfiz juga ya..
🙂
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
Semoga abang tabah berjauhan drp keluarga …
.-= Precious´s last blog ..Nani DiBuat Orang =-.
@Precious, Pagi ini sms USTAZ katanya abang ok je. INsyallah besok pak cik nya akan jengok tanya kabar dah ambil pakaian kotor.
@denaihati, wakakaaaa … nampaknya, abang tu ok jer .. cuma mak ngan paknya yg kelam kelibut risau dan rindu! Biasalah tu …
.-= Precious´s last blog ..Nani DiBuat Orang =-.
@Precious, betul lah tu memang terbayang-terbayang je …siapa tak sayang anak ooooo!!!
@denaihati; haha.. btol tu DH.. sapa x sygkan anak.. saya tgk ayah saya pn dah rindu2 sama adik yg masuk pondok.. bru 2 3 ari dh sebut2 nama adik.. hehe..
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
tersentuh rasa.. alhamdulillah.. mulianya pengorbanan ibu dan ayah…mudah Allah mempermudahkan segala urusan. amin..
.-= tpinky´s last blog ..Smart Reader……. =-.
@tpinky, tidak mudah untuk membuat keputusan memerluka pengorbanan. Tetapi dalam dunia setiap kejayaan mesti ada pengorbanan.
@denaihati; pengorbanan DH sgt2 mulia.. seharusnya org lain perlu mencontohi DH.. jgn biarkan ilmu agama lemah dalam diri anak2 kita.. tahniah DH..
@tpinky; sama meng-aminkan juga..
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
salam bro… skrg nie, dah ramai parents hantar anak2 ke madrasah tahfiz…. insyaallah…
.-= umiharizahin´s last blog ..3rd Blood donation Campaign’2010 =-.
@umiharizahin, Alhamdulillah semakin ramai tetapi lebih ramai lagi yang tak yakin untuk hantar anak2 ke madrasah tahfiz. Ada yang tanya nak kerja apa nanti??
@denaihati; alhamdulillah.. bagus tindakan DH melatih anak ke jalan yg diredhai.. insyaAllah anak DH bakal menjadi tahfiz masyhur kelak..
.-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.
Abang telah membuat pilihan yang jarang2 dilakukan oleh anak-anak sekarang. kebanyakannya pasti tidak akan memilih bidang berkaitan agama pada usia setahun jagung. hanya segelintir yang mempunyai kecenderungan ke arah bidang agama, apatah lagi al-Quran. Semoga Abang akan menjadi seorang tahfiz dan dia mampu untuk menyebarkan pengajaran al-Quran kepada muslim yang lain.
.-= beliamuda´s last blog ..Contest: Menangi RM20 Untuk 5 Orang =-.
@beliamuda, Tahniah jadi penGOMEL pertama. Mujahadah juga untuk buat keputusan ni. Semuga Allah permudahkan semuanya.
@beliamuda, Amin! Tersentuh jiwa aku yg rapuh ini … Semoga ibu dan ayahnya senyum berbangga!
.-= Precious´s last blog ..Semoga Megat Terus Tabah =-.
Comments are closed.